42 | Warm Welcome

4K 302 76
                                    

"Woah." Ujar Airin dengan kagum. Mereka telah melintasi keempat empat hutan berbahaya itu dan kini mereka dalam perjalanan ke gunung Hylt tapi perjalanan kali ni sangat mengagumkan mereka.

Tumbuhan tumbuh menghijau sepanjang perjalanan mereka,dihiasi juga dengan pelbagai jenis bunga. Burung burung berkicauan menambahkan lagi keindahan suasana.

"Macam dekat mimpi je." Ellin turut kagum dengan keindahan tempat ni. Selama perjalanan mereka ke gunung Hylt,hanya perkara yang menyeramkan dan cabaran saja disaksikan mereka.

Buk!!

"Auch!! Sape yang luku pukul aku tadi?" Soal Ellin dengan marah. Laju tangan dia mengusap tempat yang diluku tadi.

"Oh aku ingat nak sedarkan kau ni bukan mimpi." Ujar Zein sambil tersengih. Dia mengusap ngusap belakang lehernya.

"Aku kata macam kan!!" Ujar Ellin dengan tidak puas hati lalu mula mengejar Zein. Zein yang tau hidupnya bakal berakhir lantas melarikan diri.

"Wargh,sorry lah weyh." Zein asyik mengulang saja kata katanya, tak nak dia mati awal. Belum kawin weyh.

Sya langsung tidak mempedulikan mereka. Dia masih lagi terpaku dengan keindahan jalan ini. Ada juga dia memetik beberapa jenis bunga dan mencium harumannya.

"Daisy, dandelion, sunflower, tulips, cuphea, lily, sweet pea, Stargazer,Lily!! Warghh banyaknya bunga!" Airin pula tak habis habis menyebut satu persatu nama bunga di situ.

Mata dia terpaku pula pada sejenis bunga yang mempunyai banyak warna. Hairan,hampir semua bunga dia hafal tapi depan mata ni tak pulak.

"Lena,ni bunga apa?" Soal Airin lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tu rose lah." Larian Ellin terhenti dan beralih ke arah Airin pula.

"Wow." Ujar Airin tanpa nada. Langsung tidak berminat. Pernah juga dia mendengar kawan kawan nya yang lain bercakap tentang rose. Rose yang wangi,rose yang cantik,rose yang tu tapi dia langsung tidak kisah.

Matanya tertatap pada bunga di sebelah rose pula. "Tulip!!" Airin menjerit keriangan. Nampaknya dia lebih berminat terhadapa tulip dibandingkan dengan rose.

"Sya,mari sini." Raisya memanggil Sya supaya mendekatinya tapi yang lain turut mendekati. Seakan akan ada benda yang menarik ingin dikongsikan nya.

"Ini bunga Hydrangeas.Bunga dijadikan lambang suci kepada Uncontrobler Power. Kelopaknya yang banyak dan terdiri tiga warna tidak termasuk putih. Sama macam Uncontrobler Power,kuasa yang tidak terkira. Warna tu membawa maksud power di akan mewarnai dunia satu hari nanti." Terang Raisya dengan panjang lebar.

Terangguk angguk yang lain mendengar penerangan Raisya itu.Mereka bergerak pula melihat bunga bunga lain. Tapi hanya Sya saja yang setia melihat bunga tu.

"Hydrangeas dan Uncontrobler Power... Bunga ni akan berbakti pada mereka semua. Aku yakin." Ujar Sya seorang diri. Dia tak tau kenapa tapi firasatnya kuat mengatakan yang bunga ni akan membantu rakan rakannya.

"Bunga ni rare kot,sebab tu tak de dalam buku." Ujar Airin cuba menyedapkan hati dia. Ye lah tak kan ulat buku tak tau pasal ni. Kan?

"Sya,kau dah pall in love dengan bunga ni ke?" Soal Lena yang sedar Sya asyik memandang hydrangeas itu.

"Argh,say properly. Fall okay. Urmm maybe." Sya tersenyum sendiri.

"Guys,semua bunga ni bermaksud kita dialu alukan untuk ke gunung Hylt sekarang!!" Ujar Raisya dengan kuat maka bersorak lah mereka dengan kejayaan yang diperoleh.

Hola guys!! Nak tanya kalau Mika buat group whatsapp kan... Ada yang nak join tak?

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now