56 | Fortune Fairy

3.7K 276 8
                                    

Sya membuka matanya laju. Kini dia bukan lagi di istana Vold tapi di dalam biliknya sendiri.

Hairan dia macam mana boleh berada di dalam biliknya. Tadi tu cuma mimpi je ke? Mesti mimpi punya. Lagipun dah lama ibu dia tinggalkan dia. Mustahil ibunya masih hidup.

Sya menuju me dalam bilik mandinya untuk mencuci muka biar lebih segar. Setelah itu, dia kembali ke atas katilnya dengan niat ingin menyambung tidur.

Seketika perbuatan terhenti. Dia menyembamkan muka ke atas katil lalu menjerit.

"Ahh bongok, apasal aku pegi basuh muka? Sekarang dab tak boleh tidur!!"

Tik tok...tik tok...

Sya memusing kan badannya menghadap kanan. Kembali pula ke kiri. Hampir setengah jam dia melakukan perkara yang sama. Cuba untuk tidur.

"Argh!!"

Dia duduk di atas katilnya. Memikirkan cara lain untuk tidur.

Baru saja dia hendak baring kembali,dia perasan sesuatu di atas comforternya.

"Pixie dust?" Ujar Sya setelah meneliti debu yang berada di atas comforternya.

Serta merta muncul seorang pari pari kecil di depan matanya. Betul betul di depan matanya. Hampir sahaja dia menjerit tadi.

"Siapa kau? Kenapa kau kat sini" Soal Sya.

"Aku fortune fairy dan aku di sini kerana di berikan amanah."

"Hah amanah?" Soal Sya pelik. Amanah apa pula? Tak kan, amanah dia nak bunuh aku? Tak masuk akal betul.

"Kau tau kenapa Uncontrobler Power ni special?" Soalnya.

"Sebab dia paling berkuasa?" Sya mencuba nasib.

"Tit!! Salah bluek!" Ejek si pari pari itu. Ada juga kang yang kena tendang keluar.

"Woah rilek." Ujarnya lagi apabila melihat wajah Sya yang menyeramkan.

"Ada sesuatu yang kau tak tau."

"Uncontrobler Power merupakan suatu kuasa suci. Ni sebab antara banyak banyak kuasa, hanya kuasa ni sahaja yang ditolong oleh dewa."

"Selain merupakan yang paling berkuasa, kuasa ni jugak yang paling unik."

"Sya, Uncontrobler Power mampu menghidupkan sesuatu yang telah mati."

"H-Hidupkan sesuatu yang dah mati?" Soal Sya inginkan kepastian.

"Semua yang berhasrat untuk dihidupkan kembali akan hidup semula." Ujar si pari pari.

"Sya, setiap benda mesti ada korbannya. Nyawa kau akan menjadi gantinya." Tambahnya lagi.

"Jadi nasihat aku, gunakan ia sebaik mungkin." Ujarnya buat kali terakhir sebelum menghilangkan diri.

"Menghidupkan semua yang mati?" Ujar Sya perlahan sambil memandang kedua tapak tangannya.

"Sya, setiap benda mesti ada korbannya. Nyawa kau akan menjadi gantinya."

"Patut ke aku gunakan? Demi kebaikan semua orang?"

"Cak!!"

"Oh mak kau meletup!!" Latah Sya apabila pari pari tadi muncul sekali lagi dengan tiba tiba.

"Hehe, aku nak cakap yang apa yang lalui dekat istana Vold tu bukanlah mimpi. Kalau Uncontrobler Power boleh hantar kau ke sana. Tak mustahil untuk dia hantar kau pulang."

"Jadi...tiada satu pun yang mimpi." Ujar Sya lalu mengeluh berat. Satu lagi benda yang patut dia fikirkan.

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now