"Kau kenapa Lena? Macam serabut je aku tengok kau." Soal Ellin yang menyedari tentang perangai Lena.
Rakan rakannya yang lain menghentikan perbualan mereka. Ingin mendengar apa yang dikatakan Lena.
"Tadi aku terlanggar orang--"
"Wuuuu love at the first sight?" Zein mengusik. Jelingan maut dari Lena cukup untuk membuatkan Zein mendiamkan diri.
"And aura dia sama macam Sya." Kata kata Lena membuat mereka tersentak. Dah dua tahun, nama itu tidak disebut.
"Oh korang buat apa dekat sini?" Soal Raisya yang muncul secara tiba tiba.
"Oh mak kau pocong!!" Latah Zein. Sudah lah dia yang jalan paling depan diikuti dengan Ai dibelakangnya.
Terkejut mereka dibuatnya. Ada kang benda lain nak tanya tapi cara nak kebumikan orang yang ditanya.
Raisya tertawa kecil sebelum menanyakan benda yang sama lagi.
"Sya...dia dilahirkan semula ke?" Soal Ai dengan sayu. Dia sebenarnya bersalah dengan Sya. Dia seakan akan bertukar nyawa dengan Sya.
"Merepek lah. Ni bukan cerita fantasy. Cuba hadap realiti yang Sya sudah tiada." Ujar Raisya. Tidak berapa gemar apabila nama Sya disebut semula.
"Oh...Tu je kitaorang nak tanya. Kitaorang pergi dulu." Ellin meminta izin untuk pulang. Silap mereka juga, tidak mungkin ada kaum yang akan dilahirkan semula. Itu semua mitos sahaja.
"Tak payah lah stress fikirkan pasal benda tu Lena. Sya memang sudah tiada lagi." Ujar Riana sebaik saja memasuki bilik Lena. Dia tak nak Lena tertekan hanya sebab itu sahaja.
"Susah nak percaya Riana. Kita dah berkawan dengan Sya dari kecil lagi. Tak mungkin aku akan lupakan dia secepatnya." Ujar Lena dengan sayu. Riana juga turut sebak mendengarnya.
Sya boleh dikategorikan sebagai kawan yang perfect. Walaupun Sya famous di sekolah, mana pernah di lupa member dia yang lain.
"Apa apa pun, biarlah dia berehat dengan aman."
"Sya pasti tak nak berjumpa dengan mereka lagi?" Soal Raisya serba salah. Hampir hampir saja dia meninggikan suara dengan yang lain.
"Tak perlu kot." Ujar Sya tenang lalu menghirup teh yang dibuat Raisya.
"Kenapa?" Soal Ash pula yang muncul entah dari mana.
"Biarlah Sya jadi protecter diorang dari jauh." Ujar Sya untuk kali terakhir.
• Tamat •
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...