53 | Who I am?

3.8K 291 1
                                    

"Sya,kau dari mana?" Soal Lena sebaik saja melihat kelibat Sya.

"Aku pergi jumpa dengan raja kaum fairy dan mermaid. Cakap pasal perang tu nanti and askar askar diorang akan turut serta." Terang Sya.

"Aku dah bincang dengan semua general pasal strategy perang tu nanti." Tambahnya lagi.

Sya membentang sekeping kertas besar di atas meja bulat yang besar.

"Siapa kau?"

Untuk kali yang berapa Sya mengeluh. Penat dia dengan soalan yang sama.

"Witch." Jawab Sya dengan nak tak nak. Malas dia nak layan si Maira ni. Asyik soalan yang sama saja.

"Kau--"

"Aku witch! Tolonglah faham! Aku witch sama macam orang lain!!" Ujar Sya geram lalu menghentak meja dengan kuat. Dia berlalu meninggalkan yang lain. Nasib baik raja dan permaisuri tiada pada waktu tu.

"Kenapa kau nak tau sangat,Ira?" Soal Ellin ingin tahu. Dia pun perasan juga yang Maira asyik tanya benda yang sama. Rimas? Siapa je tak rimas.

"Tak de apa apa lah." Ujar Maira lalu menyambung makan. Yang lain tak nak cetuskan pergaduhan hanya mendiamkan diri.

"Ergh!!"

Serabut. Tu yang dirasakan Sya saat ini. Dia meneleportkan dirinya ke training field dengan niat ingin menenangkan fikiran.

Sya memejamkan matanya sambil berdiri di tengah tengah training field. Muncul api sekeliling tanpa dia sendiri sedar.

Semakin lama semakin marak api. Bahangnya juga tidak dirasakan Sya. Dia cuma fokus untuk mengosongkan mindanya saja. Dia kena kuat,lagi lagi perang besar akan terjadi tak lama lagi.

Sebaik saja Sya membuka mata,dia terkejut kerana kini dia berada istana Vold.

Tanpa membuang masa,dia masuk ke dalam dengan keadaan senyap. Ability invisible juga turut diaktifkan agar tidak tertangkap.

Sya mengikut kata hatinya untuk naik ke tingkat yang paling atas. Setibanya di sana,sebuah pintu yang besar seakan akan memanggilnya. Dia hanya merelakan ke mana kata hatinya ingin pergi.

Sya memulas tombol pintu perlahan agar tidak disedari oleh sesiapa. Lantas dia berjalan jalan di dalam bilik itu untuk melihat keadaan sekeliliing.

Matanya kini tertatap pada sebuah meja yang agak usang. Dengan berdebar debar dia berjalan menuju ke arahnya.

Ddup!!

Ddup!!

Ddup!!

Rentak jantungnya kini seakan akan berhenti begitu juga masa. Gambar keluarganya tergantung di dinding berhampiran meja itu.

Bukan itu saja,gambar dia,Ash dan Raisya ketika kecil juga ada di sana. Bagaikan sebuah album. Pelbagai gambar tentang mereka tergantung di situ.

"A-Apa semua ni?" Soal Sya sendirian. Langsung tiada clue apa apa untuk dia. Dia membuka laci di situ pula.

Gambarnya ketika di bumi juga turut ada. Luruh hatinya melihat,dalam masa yang sama dia terkejut.

Dia membuka lagi laci dibawahnya. Gambar dia bersama rakan rakannya ketika di gunung Hylt!! Gambar ketika dia berlawan dengan Shuu juga disertakan.

Jadi selama ni? Dia diperhatikan tanpa dia sedar?

Krek!!

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now