2 Years Later...
"Aduh, aku dah lambat ni." Ujar Lena dengan cemas sebaik saja terpandang jam yang tergantung di dinding.
Tergesa gesa dia mengambil begnya dan menyarungkan kasutnya. Selesai mengunci pintu dia berlari menuju ke akedemik.
Kini, sudah dua tahun Sya meninggalkan mereka semua. Setelah perang besar tu terjadi. Dia dan yang lain memegang jawatan terbesar demi melindungi akedemik.
Hari ni, hari pertamanya di akedemik setelah cuti sekolah tamat. Dia dan yang lain ditugaskan untuk mengendalikan pelajar tahun pertama.
"Masaklah aku kena pancung dengan Airin." Lena mempercepatkan langkah. Akibat cemas sangat sampai dia terlupa dia boleh teleport saja.
Perkarangan akedemik dimasuki tanpa sebarang rasa teruja. Dia betul betul tiada masa untuk melawat mana mana tempat dulu.
Langkahnya menjadi perlahan. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Sama seperti dua tahun yang lalu. Hari pertama dia ni akedemik dulu. Sama macam harini, dia, Riana dan Sya terlambat semasa first day.
Langkahnya dibawa perlahan kini. Tiada langsung rasa tergesa gesa.
"Maaf." Ujar seseorang yang berkerudung kerana terlanggar Lena lalu berlalu pergi.
"Aura dia..." Sebaik saja Lena memandang belakang untuk melihatnya,dia hilang dari pandangan.
"Lena, kau lam--" Terhenti kata kata Ellin apabila melihat Lena tiba dengan mata yang sembab. Baru lepas menangis.
"Kau okay tak, Lena?" Soal Riana dengan cemas.
"Aku okay." Tipu Lena. Biarlah dia saja yang tau. Atau mungkin, ni bukan masa yang sesuai untuk dia membuka cerita.
"Cerita kat kitaorang nanti." Ujar Ellin dengan nada memujuk.
Dewan akademik menjadi riuh rendah akibat keterujaan pelajar tahun pertama. Ada yang tertawa apabila Zein dan Ai membuat lawak bodohnya.
Airin dan Ellin memperkenalkan peraturan, kelas dan macam macam lagi tentang akademik manakala Lena dan Riana pula membantu pelajar tahun pertama mengendalikan element mereka.
Ada juga pelajar yang menjerit naga elektrik Zein berkeliaran. Rata ratanya pelajar perempuan kerana takut.
"Zein!! Amik lah naga kau tu!!" Marah Riana kepada Zein. Bingit dengan suara nyaring yang menjerit.
"Fuhh, penat siak." Rungut Ellin sambil mengurut ngurut kakinya. Zein dan Ai, rakus menenguk air mineral.
Lena lebih memilih untuk berdiam diri. Memikirkan cara untuk memberitahu mereka semua.
"Kau kenapa Lena? Macam serabut je aku tengok kau."
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasiMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...