"Alololo kenapa masam je muka ni?" Ellin mengusik Airin sambil mencubit cubit pipinya.
Namun tiada balasan daripada Airin,sebaliknya hanya muka yang masam sahaja.
Tergeleng geleng Sya melihat Ellin. Kejam sungguh. Tak padan dengan member. Lena langsung tidak menghiraukan Airin,masih terbahak bahak dia menertawakan Zein dan Airin. Hah kacau orang lagi kan,ni makannya.
Airin menghelah nafas berat sebelum berjalan senyap senyap ke arah Lena yang masih obses menertawakan orang.
"Bah!!" Sergah Airin dengan tiba tiba.
"Oh mak kau spender pink ada katak." Sampai bersilat sekali Lena melatah.
Terlopong mereka semua melihatnya sebelum menghamburkan tawanya mereka. Membahang muka Lena dibuatnya.
Zein sudah terduduk sambil menepuk nepuk tanah. Tak dapat dia tahan. Ellin pula sedaya upaya menanahan tawanya tapi akhirnya tetap terhambur. Dia mencucuk cucuk perutnya akibat terlalu sakan gelak.
Lena masih lagi megembungkan pipi tanda protes. Zein masih lagi tidak berhenti ketawa. Bila dia nak berhenti je,memandang muka Lena membuatkan dia kembali tertawa.
"Dah lah Zein,kita dah sampai." Ujar Raisya. Tergeleng geleng dia dengan perangai tak betul Zein ni.
Sedaya upaya Zein cuba untuk tidak melihat muka Lena. Kesian juga Lena asyik ditertawa.
"Woah gelap..." Ujar Ellin dengan kagum. Tumbuhan di sini juga sudah banyak yang layu. Mungkin kerana tidak mendapat cahaya.
Mereka melangkah masuk dengan penuh berjaga jaga. Dark Forest bukan calang calang hutan. Sekali tersilap langkah,habis kena bunuh dengan darkness.
Shing!!
"Not this time." Ujar Riana dengan sinis. Laju saja dia mengeluarkan pedang element saat darkness mula menyerangnya. Bayang hitam ni langsung tidak menakutkannya lagi. Ini semua sebab Ellin. Dia masih ingat lagi kata kata Ellin dahulu.
'Kenapa kau terlalu lemah untuk berlawan dengan dia.' Tiga hari tiga malam dia berfikir tentang itu dan sekarang dia bangun mengatasi traumanya.
Sya dan yang lain juga turut peka dengan keadaan sekeliling. Kini pedang element sudah di tangan. Mereka bergerak untuk keluar ke Dark Forest sambil berjaga jaga.
"Kita terkepung!!" Ai memberi laporan.Terlalu banyak puak darkness untuk mereka keluar dari sini. Nampaknya Airin menipu semata mata. Sebelum mereka bergerak ke gunung hylt,Airin kata tak banyak pun puak darkness. Tapi indah khabar dari rupa.
Pelbagai serangan mereka lakukan. Namun puak darkness langsung tidak berkurangan.
Selama mereka bertarung,Zein langsung tidak memandang muka Lena. Tapi ianya tidak selama lamanya."Pfftt...hahahah!!" Terletus tawa Zein saat terpandang muka Lena. Terduduk dia menahan tawa. Airin sudah menepuk dahi. Tak faham kenapa obses sangat si Zein ni nak ketawakan Lena.
Terpaksa yang lain tolong cover Zein. Mana tak nya,Zein betul betul tak boleh berhenti ketawa.
Tak puas hati dengan puak darkness yang tidak berkurangan ini. Sya menggunakan element cahaya dengan seluruh tenaga. Ianya tidak sia sia kerana membuahkan hasil yang bagus.
Dark Forest kini kembali terang,tumbuhan juga mula tumbuh menghijau. Puak darkness juga langsung tidak kelihatan lagi.
"Ai!!"
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasiaMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...