9 | Special team!!

5.8K 392 7
                                    

" Baiklah, jangan buang masa lagi. Berpecah ikut team masig masing. Kita akan mulakan latihan selepas pemanasan badan. " Arah professer Kyra dengan tegas. Pofesser Kyra ditugaskan untuk melatih element di kelas kami sepanjang tiga tahun kami di akademik.

" Team? Apa yang prof. cakapkan ni? Pengetua pun tak ada cakap apa apa tentang team ni. " Soal Lena sendirian. Matanya meliar ke arah pelajar pelajar yang lain yang mula berkumpul dalam pasukan masing masing. Matanya tertatap pada tiga pasukan. Ahlinya sedikit tapi pandangan mereka berlagak. Seakan akan mereka yang berkuasa dalam akademik ni. 

Airin memandang mereka bertiga yang terpinga pinga, lantas senyuman terukir di wajahnya. Langkahnya dibawa menghampiri mereka dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir.

"Hye, Nama aku Airin. " Sapa Airin dengan ceria. Lena dan Riana masih terpinga pinga.

Mereka berdua memandang sekeliling mereka bagi memastikan Airin sedang bercakap dengannya.

Airin dan Sya melepaskan tawa kecil. 

" Sya. " Sya memperkenalkan dirinya ringkas sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

" Airin. " Airin juga turut memperkenalkan dirinya sambil menyambut huluran Sya dengan mesra.

" Ability aku night vision. Walaupun aku bukan mind reader, aku tahu kauorang tak tahu apa apa tentang team ni. Haih, aku faham. Masa aku mula mula masuk sini pun sama, tak ada siapa yang bagitahu pasal ni. " Ujarnya dengan kesal.

Sya tertawa kecil.

" Berdasarkan pemakaian dia, boleh tahan cool jugak. Takde lah cool mana. Tapi cool lah jugak. Hoodie berzip diikat di pinggang, rambut yang panjang diikat secara ponytail. " Lena sempat membuat analisis terhadap Airin dengan suara yang perlahan.

Riana yang kebetulannya mendengar itu, memukul bahu Lena perlahan.

" Ni nak tanya sikit, hoodie korang mana? " Soalnya hairan. Nak kata tak dapat, tadi di kelas mereka bertiga siap jadikan selimut lagi.

" Oh, tinggal dalam kelas. Kenapa? " Sya menyoal sebagai wakil mereka bertiga. Tangannya membentuk seekor kuda bersaiz tapak tangannya dengan element airnya. Lalu dilepaskan kuda itu mengelilingi Airin.

" Korang wajib pakai sebab warna hoodie ni yang bezakantahun di sini. Kita warna ungu gelap sebagai tahun pertama. " Terang Airin lalu mencampurnya element anginnya bersama kuda air milik Sya itu.

Sya berhenti mengawal element airnya itu lalu membiarkan Airin pula yang mengambil alih. Kuda air itu mula hilang bentuknya menjadi air biasa. Airin mengawalnya menggunakan element anginya. Dia membawanya mengelilingi mereka lalu menjatuhkan ke atas tanah sebelumnya diserapnya.

"Bagus juga perempuan depan kau ni, cukup mahir untuk kawal element angin dia. "

Sya terkejut mendengar suara yang muncul tiba tiba itu. Dia memandag sekeliling mencari punca suara itu. Namun hampa, apabila tiada seorang pun yang kelihatan mencurigakan.

" Lena, kau masuk team GreenWinder tau. " Ujar Airin.

" Jangan lupa jumpa team leader petang ni, kau kena lapor diri sebagai ahli baru. Nanti aku tolong tunjukkan."

" Eh. " Terkejut Lena apabila namanya tiba tiba disebut.

" Kenapa? "

" Sebab kau pengawal element tumbuhan dan tanah. Tambahnya lagi, kau ada ability healer. Kira perfect combination lah tu. Air, tanah dan tumbuhan. Dalam team tu nanti, diorang semua cuma ada dua daripada element tu dengan ability healer. " Terangnya ringkas.

Lena mengangguk kepalanya patuh dan berpur apura faham walaupun tiada sepatah pun yangmasuk ke dalam otaknya.

" Riana, kau pulak masuk team Warlive. Jangan lupa lapor diri juga. "

"Aye aye sir. " Cepat cepat Riana membalas. Tidak sanggup dia terima nasib yang sama macam Lena. 

" Sya, kau sama team dengan aku. Kita team Battler. "

" Macam tak percaya kan, ketiga tiga kauorang dalam golongan yang rare. " Sambung Airin dengan teruja.

"Tapi kan, semua ahli team Battler patut ada sekurang kurangnya dua ability yang ada kelebihan pada waktu malam. " Ujar seseorang dari belakang Lena. Nasib baik tak melatah. Kalau tak, jatuh standardnya pada hari pertama.

 Airin tertawa lagi.

" Kau ada ability lain kan? " Soal Airin kepada Sya.

" Macam mana kau tahu? " Soal dengan terkejut. Risau jika identitinya terbongkar. Sepatutnya, selain Lena dan Riana, mereka semua patut tahu yang Sya cuma ada ability night vision je.

" Ini yang istimewanya ability night vision. Secara automatik, diorang akan ada dua ability. Tapi rata rata Battler, ability kedua diorang cuma super hear je. Walaupun diorang kata ada night vision yang pegang ability lain. "

" Hah apa apa pun, biar aku kenalkan balik diri aku. Nama aku Airin Elina, panggil aku Airin. Pengawal element tumbuhan dan angin. Ability, night vision dan super hear. "

" Nama kau pula Ellin Akase, pengawal element api dan tumbuhan. Kombinasi paling teruk setakat ni. Ability healer. " Ujar budak perempuan yang tiba tba muncul tadi. Rambutnya yang berwarna merah gelap dan dibiarkan tanpa diikat seakan menjerit di merupakan pengawal element api. Element dah tumbuhannya dan ability healernya seakan ditelan api yang marak.

"Stalker yang paling berjaya dan nerdy. " Sambung seorang lelaki yang mula menghampiri mereka. 

" Dekat sini rupanya kau, patutlah takde dalam team. " Ujar lelaki itu kepada Airin.

" Oh hye, aku Zein. Pengawal element api dan petir. Ability night vision. Jadi, kita akan teammates lah ye. " Ujar Zein lalu meletakkan tangannya di atas bahu Ellin.

" Zein, aku bukan nerdy. Cuma ulat buku sahaja. " Ujar Ellin dengan sedikit marah lalu menurunka tangan Zein itu.

"Jadi kau tak nafikanlah kau tu stalker. " 

Ellin terdiam lalu mengembungkan pipinya tanda protes.

" Ulat buku? Patutlah tahu semua benda. Boleh jadi tour guide ni. " Sya berkata sendirian lalu tertawa kecil.

Zein yang kebetulan mendengarnya kerana ability super hear tersenyum.

"Aku tengok ramai je ada ability night vision, kau kata sikit rin." ujar Sya lalu menyilangkan tangan di dada.

Semua mata tertumpu ke arah Sya dengan terkejut.

" Sya, aku tak ada pun bagitahu kau. " Ujar Airin dengan pelik.

" Haahlah sya, aku pun tak de dengar dia ada kata. " Ujar Ellin pula lalu memandang Sya tajam.

" Sya, kau ada ability mind reader ke? " Soal Zein dengan curiga. Kini suasana menjadi sangat awkward.

Sya sudah berpeluh peluh, kakinya mengundur ke belakang. Cuba mengelak dari pandangan mereka semua.

" Aku tersangatlah pasti, kau tahu sebab ada student kelas kita yang dalam hati masa perkenalan kauorang semua. " Sambung Zein lagi, seakan menyimbah minyak dalam api yang panas. 

Sya menelan air liurnya kesat, memandang Riana dan Lena untuk membantunya. 

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now