Krek!!
Bunyi pintu dikuak dari luar mengejutkan Sya. Lantas dia mengambil tempat yang agak tersorok agar tidak kantoi.
Seorang wanita yang sebaya dengan permaisuri Alanstia kelihatan. Dia menuju ke arah meja tadi dengan senyuman.
Dua kemudian mengantungkan sekeping gambar. Pada mulanya agak kabur gambar itu tapi setelah dilap oleh wanita itu, gambar itu jelas kelihatan.
Apa yang dilihat Sya ialah gambarnya ketika di training field tadi! Sya menekup mulutnya dengan riak wajah yang sukar ditafsir. Tidak faham dengan apa yang terjadi sebenarnya. Siapa perempuan ni? Apa tujuan dia ada semua gambar Sya.
Tok Tok!!
Mata mereka berdua beralih pula pada pintu yang dikuak. Seseorang sedang memakai kerudung mendekati.
Perlahan lahan kerudung itu diturunkan dan terserlah wajah Angie.
"Oh Angie." Wanita tadi nampaknya kenal sangat dengan Angie. Semakin pelik Sya jadinya. Bagaimana dia boleh mengenali Angie?
"Bagaimana dengan keadaan tuanku?" Soal Angie dengan sopan.
Wanita tadi tersenyum. "Baik saja setelah melihat anakku juga dalam keadaan baik baik."
Wait what? Anak? Okay, ni dah mula tidak masuk akal.
"Terima kasih Angie, beta sangat menghargai jasa kamu."
"Tuanku tidak perlu berterima kasih. Anggap sajalah ini balasan atas jasa tuanku sebelum ini." Balas Angie lalu tersenyum.
Angie memandang ke arah wajah wanita dihadapannya. Mungkin wajah ini hanya nampak seperti tiada masalah. Tapi siapa tahu, wanita ini amat menderita.
"Tuanku rindukan dia?" Soal Angie.
"Ibu mana yang tidak rindukan anaknya Angie?" Terdiam Angie dibuatnya. Betul juga. Ibu mana yang tak rindukan anaknya.
"Tapi ni semua untuk kebaikan dia juga." Tambahnya lagi. Dia mengusap ngusap gambar Sya yang sedang tersenyum gembira bersama Lena dan Riana di tempat rahsia mereka itu.
"Angie akan tolong tuanku selagi Angie mampu!" Ujar Angie dengan bersemangat. Wanita itu sajalah perempuan yang dianggap ibu. Hanya disitulah di dapat rasakan kasih sayang seorang ibu yang telah lama hilang.
Tertawa wanita itu melihat gelagat Angie. Selama dia berada di istana Vold ini, hanya Angie lah yang selalu melawatnya. Menemaninya ketika dia bosan.
Pernah juga Angie cuba untuk mencari Raisya dan Ash tapi usahanya hanya sia sia. Raisya dan Ash sangat bijak menyorakkan diri.
Mungkin kerana mereka keturunan Advelyst, mereka sering diancam. Ramai dari puak darkness yang memburu mereka demi untuk mendapatkan kuasa mereka.
Malang sekali apabila mereka tidak dapat menggunakan sepenuhnya kuasa mereka apabila Uncontrobler Power masih lagi hilang dan belum dibuka.
Jadi apa yang boleh mereka lakukan hanya terus bersembunyi dan menyamar. Sebab itu lah Angie tidak dapat mengesan mereka.
Tapi Angie langsung tidak salahkan mereka kerana Angie tahu bagaimananya rasa diancam. Diburu dengan ketakutan.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasiMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...