"Sya Adriana?" panggil seseorang dari dahan pokok yang berada tepat di atas atlas. Dia memakai kerudung hitam bersama topeng muka yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat rupanya.
"Adik ke tu?" Soalnya untuk mendapatkan kepastian lalu melompat turun dan membuatkan Sya terundur setapak.
"Raisya Aryana?" soal Atlas pula dengan teruja. Perlahan lahan kerudungnya diturunkan. Topeng mukanya juga turut ditanggalkan. Terpapar wajah seorang perempuan yang menawan sambil tersenyum manis.
"Atlas, apa khabar kamu?" soal perempuan yang bernama Raisya itu dengan senyuman manis yang masih menghiasi wajahnya.Dia menuju ke arah Atlas dan menundukkan dirinya untuk membelai bulu Atlas.
"Adik?" Hairan Sya dibuatnya. Soalanya itu cukup untuk membuat Raisya berpaling menghadapnya. Raisya berjalan perlahan lahan ke arah Sya lalu menggengam kedua tangannya.
Mata Raisya dipejamkan sebelum membaca beberapa spell. Cahaya hijau keluar menyinari daripada genggaman itu.
"K-Kakak!!" Sya terus memeluk Raisya erat sebaik saja genggaman itu mula longgar. Air matanya juga turut menitis. Dia terus memeluk kakak erat sebaik saja genggaman itu mula longgar. Air mata juga turut menitis.
Jadi, mimpi yang pernah dialami Sya ialah memorinya bersama kakak? Sya tidak tahu apa yang patut dia rasa. Marah? Kecewa? atau sedih? Sya buntu.
"Kakak, mana abang?" soal Sya dan berjalan menyaingi langkah kakak.Mereka akan menuju ke istana raja vold iaitu raja kegelapan.
Rupanya, batu Amethyst, Zamrud, Berlian, Delima, Emerald perlu dikumpulkan untuk menghalang darkness daripada masuk ke Alanstia.
Tapi, batu Amethyst baru je dicuri beberapa minggu yang lepas dan menyebabkan lembaga hitam pula berkeliaran.
"Kakak tidak dapat cari abang." ujarnya sayu sebelum keluhan kecil dilepaskan.
"Boleh kakak bagitau tentang abang?" ujar Sya teruja.
"Abang? Hermm, dia ni seorang yang happy go lucky. Tapi masa berlawan, dia sangat serious dan riak." ujarnya lalu tertawa kecil.
"Abang ni istimewa, dia boleh menyerupai siapa siapa sahaja dan menipu umurnya."
"Wow, adik pun tak boleh buat macam tu."
"Sebab tu, dia susah nak dicari." nadanya kembali sayu.
"Tapi dia lupa, tanda bintang di lengannya tak dapat disorokkan." ujarnya lagi sebelum tertawa kecil. Mengenangkan kisah beberapa tahun dahulu.
Abangnya itu menyerupai ayahanda dan mengarahkan Raisya untuk menghadap bonda. Namun, dia dah selalu buat trick tu menjadikan Raisya tak teragak agak menarik lengannya. Melihat tanda bintang biru menyebabkan dia tersenyum sinis.
Tergelak Sya mendengar cerita Kakak.Tak sangka, abangnya seorang yang happy go lucky tapi tegas dalam berlawan.
"Sikapnya yang paling pelik bila dia asingkan sayur tapi tetap makan."
"Kakak, siap--" belum sempat Sya ingin bertanya nama abang, Atlas memanggil mereka.Katanya, mereka dah hampir dengan istana Vold.
Sya bergerak terlebih dahulu sebelum kakak kerana kataya, dia akan menyusul kemudian.
"Ash, Ash Adrian." Ujarnya perlahan tanpa didengari Sya sambil memandang loket di lehernya yang tersimpan gambar keluarganya.
"Satu hari nanti, kita akan bersama kembali." ujarnya sayu sambil menitiskan air mata.
Lantas dia mengesat air matanya sebaik saja Sya memanggilnya.
"Ye, akak datang ni!" sahut Raisya.
'Kenapa, kau tak bagitau je dia'
"Amber, kau tau kan bila dia jumpa abang dia, kesemua element dan abilty dia akan diunlock. Mampu ke dia mengawal Uncontrobler Power?"
"Sekali gus, akan dedahkan identiti dia. Dia belum bersedia untuk berlawan, darkness tidak boleh jumpa dia lagi. Kau tau kan darkness dapat kesan dia bila kesemua powernya dibuka secara serentak."
'Haih...'
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...