28 | Stuck

4.1K 386 2
                                    

"Kak Rai, kita rest dulu eyh." Sya mula mengusulkan cadangan. Memandangkan hari semakin gelap dan mereka juga sudah keletihan akibat berjalan sepanjang hari.

"Okay jugak."

Lega. Itu yang dirasakan oleh mereka semua saat ini. Sebaik saja mendengar jawapan Raisya, terus mereka merebahkan diri di atas tanah.

"Okay okay guys, gerak pasang khemah." Arah Zein dengan selamba. Langsung tidak menghiraukan kawannya yang sedang kepenatan. Tak nak bagi chance langsung.

"One minute, please." Pinta Riana dengan suara perlahan. Hampir saja tidak kedengaran. Maklumlah, dah penat sangat.

"Yes, one minute Zein." Ash turut mengiyakan dengan mata yang terpejam.

Belum sempat Zein membuka mulut, Sya dengan cepat menyampuk.

"Okay, rest five minutes."

Terkedip kedip mata Zein mendengarnya. Hah tu lah, satu minit pun berkira sangat kan. Kan Sya dah bagi lima minit terus. Cakap cakap sis tak payung.

"Sya." Panggil Ash cuba memulakan perbualan memandangkan suasana di situ teramat sunyi.

Semua mata tertatap pada Ash kini.Menanti percakapannya yang seterusnya. Hanya mendengar je boleh diorang lakukan saat tidak mampu untuk mengeluarkan suara lagi. Ketara sangat tu penat diorang.

"Hurm."

"Kau ada abang kan." Soal Ash dengan ragu ragu. Sudah lama dia ingin mengutarakan soalan tu tapi tak jumpa masa yang sesuai.

Tergamam mereka semua mendengar bila Ash menyebut perihal abang Sya. Ye lah, kan Sya baru je dapat memori dia balik. Lepastu dah lah dia tak dapat jumpa abang dia lagi.

Raisya pula memandang ke arah Ash dengan seribu tanda tanya. Apa motif utama Ash tanya benda tu dekat Sya.

Hanya anggukan saja yang diberikan kepada Ash daripada Sya. Memori lama yang dia dapat cukup menyakitkan untuk dihadam. Memori macam mana dia melihat ke dua ibu bapanya mati di bunuh mata depan matanya sendiri dan macam mana dia boleh terpisah dengan abang dan kakaknya.

"Okay, night Sya." Ujar Ash untuk kali terakhir sebelum masuk ke khemahnya.

"Tak kan lah..." Ujar Raisya di dalam hati dengan terkejut. Sedaya upaya dia menahan dirinya dari menitiskan air mata.

Dia terlupa. Raisya terlupa satu benda yang sangat penting. Adik lelakinya bernama Ash Adrian dan lelaki yang tanya kepada Sya ialah Ash.

Ash dan Ash Adriana ialah orang sama. Ability klon Ash sangat hebat sampai mampu menipu semua orang termasuk ahli keluarganya.

Raisya tahu semua ni apabila Ash secara tidak sengaja menampakkan sedikit bintang biru di lengannya.

"Ini yang tak best." Rungut Lena lalu duduk bersila lalu diikuti dengan yang lain kecuali Sya dan Airin.

Mata mereka masih tertatap pada gaung yang besar yang menghalang mereka daripada menuju ke gunung seberang.

"Hah apa susah, buat je lah jambatan guna apa apa element yang sesuai." Ujar Ai dengan teruja sehingga terdiri.

"Haahlah." Lena juga turut mengiyakan. Cepat sangat putus asa sampai lupa yang diorang ada kelebihan istimewa di sini.

"Hah dah pegi blah, biar aku buat jambatan." Halau Lena kepada rakan rakannya yang lain. Yang lain hanya menggulingkan mata dengan keangkuhan Lena itu.

Lena memejamkan matanya lalu menghembus nafas. Dia membuka kembali matanya lalu menghalakan tangannya ke arah gaung itu dengan tenang.

Maka terhasil sebuah jambatan yang diperbuat daripada lilitan akar dan dihiasi dengan bunga yang segar.

"Hah jom lah." Ajak Lena dengan ceria. Belum sempat dia memijakkan kaki ke atas jambatan itu, suara Atlas menghalang.

"Jangan." Terhenti langkahnya mendengar suara keras Atlas. Tanpa disangka, Atlas menendang sebiji batu yang sedarhana besar ke arahnya.

Boom!

Lantas jambatan tadi roboh. Terbuntang mata Lena melihatnya manakala rakannya yang lain sudah menahan gelak.

Sama seperti Lena, rakannya yang lain turut melakukan benda yang sama menggunakan pelbagai jenis element tapi hasilnya tetap sama. Jambatan element mereka langsung tidak dapat menahan beban. Seakan akan, tidak diizinkan oleh sesuatu.

When my brain got stuck and this is the result😂😂

Click this ⭐ to be like this 🌟

Enjoy your reading guys!!😉

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now