" No Ai, please!! " Ujar Ash dengan sebak. Dia memangku kepala Ai yang tinggal nyawa nyawa ikan tu.
Badan Ai sudah pun berlumuran darah, membuak buak darah yang keluar daripada perutnya yang koyak dan menampakkan usus dan sebagainya.
Mati ketawa Zein melihatnya diganti dengan mata yang berkaca. Sungguh dia berharap ni cuma mimpi.
Airin dan Ellin sudah terduduk, bergenang kelopak matanya dengan air mata. Bila bila masa sahaja empangan itu boleh pecah. Kawan yang dia rapat mati di depannya matanya walaupun dia tidak melihat saat Ai dibunuh.
Riana menekup mulutnya. Tak sangka semua ni akan terjadi. Lena sudah pun menangis teresak esak. Sya masih lagi terpaku. Semuanya berlaku dengan pantas.
" A-Ash... " Panggil Ai lemah.
Ash merapatkan telinganya di mulut Ai, cuba untuk mendengar apa yang dikatakan Ai.
"Jaga... adik kau... j-jaga diorang... b-baik baik, goodluck Advelyst h-heir. " Ujar Ai untuk kali terakhir sebelum memejamkan matanya.
Terbuntang mata Ash mendengar kata kata Ai tu. Rupanya Ai dah tau identiti sebenarnya.
Perlahan lahan dia meletakkan kepala Ash ke atas tanah tapi sempat dihalang oleh Ellin.
Dia menggerakkan tangannya dan daun daun yang hijau mula muncul. Dia mengumpulkan kesemua daun itu di bawah kepala Ai seakan akan bantal untuk Ai dan mengisyaratkan Ash untuk meletakkan Ai di atasnya.
Makin sebak Airin dibuatnya mengingati memori dahulu. Saat campfire, ketika Ellin tertidur Ai meletakkan bantal di bawah kepala Ellin agar dia lebih selesa. Pagi tu terus Airin menceritakan kepada Ellin dan harini... Ellin membalas kembali apa yang telah Ai lakukan dulu.
Ellin sudah tidak dapat menahan air matanya. Setitik demi setitik ianya mula membasahi tanah. Airin sudah menjauhi mereka. Tak sanggup untuk melihat semua ni.
" Ai... kenapa kau Ai?? Kenapa bukan aku..." Ujar Ellin dengan sebak. Pandangan juga mula kabur dengan air mata. Semakin deras air mata yang jatuh.
"Ni semua salah aku!! Kalau bukan aku,Ai hidup lagi. Kalau bukan sebab nak cover aku...mesti Ai hidup lagi!!" Raung Zein. Betul betul perit dia melihat kawannya mati betul betul di depan mata. Tambahan lagi sebab diri dia.
Pedang element nya muncul di tangannya. Dia menghalakan mata pedang itu ke dadanya dan berkali kali berkata ini semua salah dia.
"Zein!!" Sya menahan Zein daripada berbuat begitu,pedang element tu serta merta hilang.
"Kenapa? Kenapa kau tak biarkan aku mati Sya!! Aku yang sepatutnya mati!!" Zein masih lagi dengan penyesalannya. Dia menumbuk numbuk tanah.
"Habis kau ingat kalau kau bunuh diri,Ai hidup balik ke?!" Ujar Sya dengan marah. Siapa kata dia tak terkesan dengan kematian Ai,Ai pun kawan dia jugak.
"Kau ingat Ai suka lah kalau kau bunuh diri?!! Habis apa guna dia korbankan nyawa dia untuk selamatkan kau?!!" Tambah Sya lagi. Merah mukanya menahan marah.
"Dan kau nak hancurkan amanah Ai suruh aku jaga korang baik baik?" Ash mula mencelah.
Zein terdiam seribu bahasa. Menghadam kata kata mereka. Mereka yang faham akan situasi,membiarkan Zein menenangkan diri.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasyMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...