26 | Flora And Fauna

4.1K 316 6
                                    

"Guys, korang tak rasa pelik ke?" Soal Riana dengan tiba tiba. Sengaja mencari topik untuk dibualkan. Ye lah, bosan kot dari tadi tak bebual apa apa.

"Pelik kenapa pulak?" Soal Lena kembali. Tak de pulak terlintas dalam kepala something pelik.

"Kenapa macam tak de something yang bahaya, kau tau kan yang paling selamat pun koma tiga tahun." Riana meluahkan apa yang dipendamnya sepanjang perjalanan untuk ke Fear Forest.

"Haah kan, rasa biasa je." Lena mengiyakan lalu meletakkan tangan di dagu seolah olah tengah berfikir.

Tiba tiba, beberapa batang tumbuhan hijau mula menjalar di kaki Riana dan menyebabkan dia tak boleh bergerak.

"Weyh Lena, apa salah aku kau nak lilit aku macam ni." Ujar Riana kuat apabila tinggal dia sorang saja di belakang.

Hairan Lena bila tiba tiba dia dimention. Mereka semua memalingkan badan ke arah Riana. Memang betul, dia sedang dililit.

"Bukan aku lah buat!" Ujar Lena sedikit tak puas hati. Kini, tumpuan mereka betul betul terarah pada tumbuhan yang menjalar di sekitar kaki Riana.

Tanpa disangka, kaki mereka juga turut dililit.

Wargh!!

Bunyi ngauman yang kuat menambahkan debaran di hati. Kalau raksasa macam mana? Nak lawan macam mana dengan tak boleh gerak. Mati awal ni.

"Ni pengakhiran hidup kita ke?" Ujar Ai sebak. Airin hanya mengulingkan mata. Menyampah dengan Ai yang drama tak bertempat.

"Choy! Mulut kau tu tak payah masin sangat eyh." Marah Riana. Aduh Ai ni, bukan nak sedapkan hati, ni makin buat orang takut pulak. Hah amik kau Riana, biasa sangat kan. Ni, luar biasa kat depan kau.

"Mak!!" Jerit Ai dengan takut apabila muncul seekor hurm... Binatang yang merupakan campuran antara serigala dan manusia. Saiznya boleh tahan besar.

"Apa benda tu? Apasal hodoh sangat." Ujar Zein dengan terkejut.

"Tu beast lah pandai!!" Marah Airin apabila Zein boleh main main pulak. Tu lah Zein, lain kali baca buku yang berfaedah bukan baca komik.

"Tunggu apa lagi? Lepaskan diri lah!!" Ujar Sya apabila melihat mereka sibuk memandang beast tu atas bawah.

Tersentak mereka mendengarnya, lantas masing masing menggunakan element tersendiri untuk melepaskan diri.

Ellin memanaskan tangannya menggunakan api element dan menyentuh tumbuhan yang melilitnya sehingga ianya terbakar.

"Sampai hati kau bakar tumbuhan ni sedangkan kau boleh kawal dia." Ujar Airin dengan sayu. Ceh, kata orang je lebih. Dia pun drama sekali.

Ellin hanya tersengih mendengar. Apa yang dia tau, dia dah lepas.

Memandangkan Lena dan Airin mempunyai element tumbuhan, mereka lebih suka mengawalnya daripada mencederakannya. Kawannya yang lain turut dibantu daripada diorang hancurkan tumbuhan ni.

Sya tidak mampu untuk mengawalnya memandangkan dia belum membuka element tumbuhan nya. Jadi dia juga dibantu oleh Lena.

Tanpa disedari Sya, beast tadi mula menyerang. Kawan kawannya yang lain sudah dicederakan tanpa disedarinya tetapi hanya luka kecil.

Beast tadi berlari ke arah Sya dengan satu maklamat, iaitu membunuh Sya.

"Sya!!" Jerit Raisya cuba memberi amaran apabila Sya masih lagi termenung sedangkan dia dalam bahaya.

"Tak!!"

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now