Zein dengan pantas menyelamatkan Ash daripada ditikam. Keadaan gelanggang menjadi huru hara. Kesemua student bertempiaran melarikan diri. Prof pula masih keliru denga apa yang jadi.
Pada saat Sya ingin mengejarnya,Lena menggunakan element tanahnya untuk mengurung Sya. Zein meletakkan Ash di hadapan Ellin supaya dia boleh heal Ash.
Setelah itu,Zein menuju ke arah Sya dengan marah yang membuak buak.
"Kau dah gila ke Sya?!!" Soalnya. Ingin saja dia menghayunkan penumbuknya tapi Riana lebih pantas menahannya. Sedang berlakunya pertikaman lidah antara Riana dan Zein,Lena mengambil kesempatan untuk melihat diri Sya.
Apa yang dilihatnya sungguh mengejutkan. Tiada lagi mata putih dan biru aqua Sya. Yang tinggal hanya hitam sepenuhnya.
"Riana meh sini." Panggil Lena. Sempat dia berbalas jelingan dengan Zein,dia mula bergerak ke arah Lena.
"Tu...tengok tu.Mata dia." Ujar Lena sambil menuding jari ke arah mata Sya. Perlahan lahan Riana menoleh ke arah Sya. Sama seperti Lena, Riana turut terkejut.
"Lena cepat lena!!" Arah Riana dengan tergesa gesa dan sedikit takut. Suaranya juga ditinggi. Terkejut yang lain mendengar nya. Rupa rupanya bayang hitam itu masuk dalam badan Sya lagi.
"Tak boleh,dia semakin kuat...Aku takbboleh buat seorng diri!" Herdik Lena. Setiap kali lembaga tu masuk dan setiap kali Lena cuba mengeluarkannya,dia semakin kuat.
"Ellin tolong Lena. Kau healer kan!!" Desak Riana lagi.Terbuntang mata Lena mendengar permintaan Riana.
"Riana!! Kau tau tak apa risiko dia?!!"
"Dan kau tau tak apa risiko bila benda tu berada dalam badan dia dalam jangka masa yang lama?!!" Riana mula meninggikan suaranya. Tersentak Lena mendengarnya. Perlahan lahan keluhan kecil dilepaskan..
"Ellin,tolong aku guna spell outcast." Arah Lena dengan perlahan.
"Ouh...okay." Ellin hanya mengiyakan meskipun dia tak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dia pun tk sampai hati ingin mengatakan 'tak' bila melihat keadaan Riana yang terlalu risau. Dia berjalan perlahan lahan ke arah Sya.
Ellin berada di bahu sebelah kanan manakala Lena di sebelah kiri. Yang lain hanya melihat tanpa sebarang suara.
Ellin dan Lena membaca beberapa spell penting. Pada masa yang sama,Sya meronta ronta agar mereka menghenti perbuatan itu. Tetapi langsung tidak diendahkan oleh Ellin dan Lena.Semasa proses pemulihan itu,Ellin tidak henti henti menitiskan air matanya.
15 minit telah berlalu,Ellin terduduk lemah. Bukan kerana energy yang semakin berkurang tetapi...
"Zein,tolong bawak Sya pergi bilik rawatan. Pastikan dia dapat rehat yang cukup. Ellin dan Lena,ikut aku." Arah Riana dengan suara yang mendatar. Dia berjalan meninggalkan yang lain diikuti oleh Lena dan Ellin.
"Kau dah tau semuanya Ellin. Kau tau macam mana lemahnya aku nk lindungi dia. Jadi tolong,tolong jangan bagitau yang lain." Ujar Riana. Jadi inilah yang dikatakan Lena.Risiko. Mereka takut kalau orang lain tau pasal ini. Spell outcast ialah spell yang mengambil semua memori lama dan menayangkan kembali di minda Sya. Melihat memori dan tanggungjawab Sya membuatkan Ellin menitiskan air mata.
"Kenapa tanggungjawab dia besar sangt?? Knapa kau pun tk pernh kuat melawan dia??" Soal Ellin dengan tersedu sedu. Memori Sya terlalu pahit. Hampir hampir saja dia melepaskan tangannya kerana tidak mampu melihat memori pahit Sya. Tapi dia pun kena kuat. Lena dan Ellin hanya terdiam. Mereka juga tiada jawapan untuk itu.
"Kitaorang pergi dulu." Itulah kata kata terakhir Lena sebelum pergi meninggalkan Ellin.
"Jangan tunjukkan kesedihan kau pada dia. Cukuplah dia dibebani dengan tanggungjawab yang ada. Jangan buat dia rasa serba salah atas diri kau." Mendatar saja pesan Lena. Ya,Lena betul. Sya mungkin nampak kuat,tapi sebenarnya dia lemah. Dia tk mampu nk tanggung semuanya.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasíaMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...