'Jangan pernah pandang seseorang dengan sebelah mata' -Sya
" Ah korang, Rin yang Sya maksudkan tu akulah. " Riana bersuara bagi menyelamatkan keadaan.
" Aku yag bagitahu Sya tentang special team tu. Aku dengar pasal tu sebab ada classmates kita yang cakap dalam kelas. "
Kata kata Riana yang ada logiknya mula dipercayai oleh mereka semua.
" Lagipun, kitaorang bertiga dah kawan lama. Memang Sya selalu pendekkan nama kitaorang Macam aku, Rin dan Lena pula Len. " Tambahnya lagi.
" Baiklah kamu semua, saya harap semuanya dah berada dalam team masing masing. Saya nak tengok skill bermain pedang kamu. GreenWinder, Warlive dan Battler tidak akan berlawan dengan team lain. Jadi setiap team, tolong hantarkan ahli. " Arahan dari prof. Kyra betul betul menyelamatkan mereka bertiga dari terus disoal siasat.
Sekelip mata, persoalan yang bermain di dalam minda mereka dibiarkan begitu saja.
"Berjaga jagalah sikit, jangan main lepas je."
Suara yang sama menjengah fikiran Sya, kali ni dia leih memilih untuk mengabaikan saja suara itu. Usahanya sama, akan sia sia saja jika dia cuba mencari. Lagi lagi dalam akademik yang mencecah berapa ribu pelajar. Lagpun dengan ini dunia magic, tak hairanlah kalau ada yang memiliki ability telephathy.
"Pedang lagi, aku dah lah teruk main pedang ni. " Ujar Airin sambil membuat pemanasan badan.
" Macam biasa lah sebelum kita berlatih element. Takut nanti ada yang patah segala patah tulang kang. " Ujar Zein pula.
" Kauorang main pedang sebelum berlatih element? Tak penat ke? " Soal Sya dengan hairan.
" Ye lah, pedang je kot? Penat mana kau boleh jadi. " Ujar Zein degan lagaknya. Airin juga sedikit kecewa apabila mendengar kata kata Sya itu. Expectation pada Sya sedikit demi sedikit merumdum. Fikirnya, Sya tidak memiliki stamina yang banyak untuk bermain pedang.
"Kita main pedang guna element kan? " Soal Sya dengan ragu ragu apabila menyedari perubahan pandangan mereka berdua terhadapnya.
"Haah. " Ujar Airin perlahan sambil matanya ditutup. Seakan cuba fokus akan sesuau yang dilakukannya. Begitu juga dengan Zein.
" Aku akan main first. Airin, kau akan main second dan Sya main last. " Ujar Zein dengan tiba tiba setelah mendiamkan dirinya selama beberapa saat. Beberapa idea muncul dalam fikiran Sya. Salah satunya, Zein dan Airin menggunakan ability super hear diorang untuk mendengar strategy daripada team yang lain.
" Kenapa kau pertama? " Soal Sya untuk mendapatkan pengesahan tentang ideanya.
"Kita akan lawan Warlive, pemain pertama diorang kawan kau tu. Memandangkan dia budak baru, aku nak test kekuatan dia. Mesti senang je, atau kau nak Airin yang hancurkan dia jadi debu? Ataupun, kau nak lawan kawan kau sendiri. " Kata kata Zein sedikit sebanyak menambah api dalam dirinya. Riak sungguh jejaka di hadapannya.
Namun, Sya masih lagi dapat mengawal kemarahannya. Sebaliknya, dia menyembunyikan senyuman sinis. Zein akan bertarung dengan Riana Aqiera, sengaja dia menyembunyikan fakta. Riana Aqiera merupakan pemain pedang yang mahir selepas dirinya.
" Ingat rules saya, tiada bermain kotor. " Prof. Kyra sekali lagi meningatkan mereka tentang peraturan. Pelajar pelajar lain mula mengambil tempat di tempat duduk colloseum. Terdapat juga pelajar tahun yang lain yang turut serta menyaksikan perlawan itu kerana Zein merupakan pemain pedang yang bagus dalam kalanagan tahun pertama.
" Goodluck and get ready untuk kalah. " Ujar Zein perlahan namun cukup kuat untuk pelajar lain mendengarnya. Pelajar perempuan yang lain tergelak mendengar ayat idolanya itu. Seakan memerli Riana.
" Eh, keapa kau yakin sangat? Kau tak pernah dapat aku main pedang pun. " Riana pula membalas dengan innocentnya.
" Kau kawan Sya kan. Baru je tadi dia kat amain pedang memenatkan. Jadi mesti kau pun sama, tak ada stamina yang banyak. "
Riana bertambah hairan. Main pedang memanglah penat kan? Teruk mana diaorang ni main pedang sebenarnya.
" Tapi kan Zein, hidup kita ni kan macam roda. Kadang kadang di atas and kadang kadang di bawah. Sekelip mata je posisi kauorang sebagai Top Sword Player dirampas kitaorang. " Riana semakin galak memprovok Zein.
Sebaik saja wise ditiup, perlawan bermula. Seperti yang dijangkakan Sya, Zein akan menggunakan pedang element petirnya. Element petir boleh dikatakan antara element yang terkuat.
Riana pula menggunakan pedang element anginnya. Semakin sinis senyuman Zein.
Zein memulakan serangan dengan melibas pedangnya ke arah Riana, asap menutupi pandangan pelajar lain. Selepas beberapa minit, pandangan kembali kepada sedia kala. Mata pedang Zein kini berada di lantai gelanggang manakala dia tercungap cungap.
Pelajar senior dan classmates agak terkejut melihat keadaan Zein itu. Pertama kali mereka dapat melihat Zein dalam kepenatan semasa bermain pedang.
" Ara ara, dah penat ke? Siapa yang tak ada banyak stamina ni. "
Pelajar lain cuba mencari kelibat Riana apabila suaranya sahaja yang kedengaran. Sya da Lena tersenyum, akhirnya Riana gunakan juga kelebihan element anginnya untuk bergerak laju. Riana kini berdiri santai di belakang Zein dengn jarak beberapa meter.
Tanpa memberi ruang kepada Zein, Riana menukar pedangnay kepada element air pula. Kelajuannya masih lagi dikekalkan dengan elementnya anginnya. Bahu Zein menjadi target libasannya. Terkedu Zein apabila menyedari masih ada yang lebih kuat dari dirinya. Sejak kecil lagi, dia dianggap sempurna kerana pandai dalam segalanya.
Sebaik saja Riana ingin menyerangnya untuk kali kedua, Zein pantas menghalang menggunakan pedangnya. Secara tiba tiba, riana dan pedangnya menjadi debu.
Kaki Zein ditendang menyebabkannya hilang imbangan. Dalam keadaan yang masih terkejut, dia memandang ke arah belakang. Terkedu dirinya memandang Riana yang seakan sama seperti mereka mula berlawan berbanding dirinya.
Baru Zein sedar, inilah yang ditakutkan mereka. Apabila pengawal element air dan angin cukup mahir untuk mengawal elementnya, klon dapat dihasilkan untuk mengelirukan pihak lawan.
Riana mengelilingi Zein dengan laju sehingga mata Zein tidak dapat mengikutinya. terhasillah angin yang sangat kuat sehingga menganggu penglihatan pelajar lain.
Sebaik saja keadaan kembali reda, penglihatan mereka menangkap Zein yang sedang terbaring dengan beberapa libasan manakala Riana berdiri megah menghalakan mata pedangnya pada leher Zein.
Rata rata pelajar kelas mereka terkejut melihat keadaan mereka, jika mereka kalah di tangan Zein. Apatah lagi di tangan Riana, mungkin langsung tiada peluang.
" Kalau kau tak boleh nak buat aku berpeluh, jangan terfikir nak hin akau aku. Sya seribu kali lagi bagus daripada kau. " Ujar Riana dengan perlahan dengan suara yang penuh ancaman.
" P-Perlawanan tamat, WarLive memenangi pusingan ini. " Bukan saja pelajar malah prof. Kyra juga turut terkedu. Riana memandang Sya dengan senyuman manis lalu mengangguk perlahan. Sya yang faham signalnya itu memabalas anggukan. Sya beriak seperti tiada ada yang terjadi.
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasiMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...