"Hye Sya." Sapa Riana dengan ceria sambil menepuk bahu Sya membuatkannya terkejut.
"Ish kau ni,nasib aku tak ada sakit jantung." Marah Sya dengan buku di tangan. Bacaan terhenti sebaik saja ada makhluk tidak bertanggungjawab menyapanya dengan cara sapaan yang paling sopan.
"Alah rilek ah, kan sebelah ni ada healer yang hebat." Kata Riana lagi lalu jarinya menuding ke arah Lena.
Lena mendekati mereka dengan membawa buku yang bertingkat tingkat di tangannya. Ini tidak lain tidak bukan mesti si Riana buli dia ni.
"Hah kau ni dah knapa Riana, ada ability gravity pun nk suruh orang angkatkan ke?" Perli Sya lalu berjalan ke arah Lena untuk mengambil buku Riana.
Satu persatu buku dari tangan Lena diambil, dengan kasar Sya membaling buku itu ke arah Riana.
"Tē Cozrėtą." Kesemua buku itu berhenti bergerak lalu dikumpulkan oleh ability gravity Riana mengikut pergerakkan tangannya.
Kini, semua bukunya berada dalam tangan yang sepatutnya.
"Hek eleh kacang je tu." Ujar Riana dengan riak. Terangakat kening Sya sebelah mendengar kata kata Riana yang maha riak itu. Dia tersenyum sendiri lalu memulakan rancangan keduanya hendak mengenakan Riana.
"Eź Còreza." Ujar Sya perlahan sambil tangan dihala ke arah lantai yang dipijak Riana.
Lantainya menjadi ais dan menyebabkan Riana tidak dapat menyeimbangkan diri.
Buku yang dipegang itu terlepas dan menghempap Riana. Salah satu kelemahan Riana adalah dia tidak mampu untuk fokus apabila sibuk mengangkat bakul sendiri.
Lena dan Sya tidak dapat menahan ketawa. Lena sudah menepuk nepuk lantai kerana tidak dapat menahan ketawa manakala Syabpula sudah menekan nekan perut sambil tercangkung.
"Sya! Kau ada element baru?" Soal Riana dengan terkejut dan lantang. Nasib baik dekat sini orang tidak selalu datang. Kalau tidak, habis bocor rahsia.
Sya hanya menangguk sambil mengesat air matanya selepas penat ketawa. Mana tak nya, Riana jatuh sebiji macam nangka busuk. Lena yang masih tidak henti ketawa membuatkan Riana panas hati.
"Tørnãdo." Puting beliung hasil buatan Riana dan meyedut Lena kedalam. Lena masih lagi dan tidak sempat membuat apa dinding untuk melindungi diri.
"Króze." Dahan pokok berdekatan bergerak dan menarik Lena keluar. Lena melompat dengan gaya ninja dan mendarat di atas dahan pokok yg besar dengan perfect.
Serta merta puting beliung itu musnah kerana tiada apa di dalamnya.
Senyuman sinis dihadiahkan kepada Riana, sengaja nak panaskan lagi hati dia.
"Bláze." Terhasillah dua cakera air yang tajam dan memotong dahan itu membuatkan Lena ingin jatuh.
Sya terkejut melihat situasi itu. Dia yakin Lena tidak sempat menghasilkan apa apa untuk menampung dirinya daripada jatuh.
"Bůbblə." Buih air lembut terhasil lalu menyambut Lena. Sya mendaratkan Lena dengan cermat lalu berlari ke arahnya untuk memastikan dia okay.
"Wæll!!" Pelindung tanah Lena sempat menyelamatkan mereka daripada terhempap dahan yang patah. Sya terkejut sedikit kerana tidak perasan dahan yang jatuh di atas mereka berdua
Tanpa membuang masa, Lena menggunakan kuasa tanahnya sebagai tangga untuk membantu dia mencapai dahan yang patah itu lalu menyembuhkannya.
Itulah dia pertarungan kecil mereka yang langsung tidak diambil serious walaupun hampir mencederakan satu sama lain.
"OMG!! Kita dah lambat." Jerit Riana lalu belari meninggalkan mereka yang terpingga pingga.
Lena yang sedar akan hal itu terus berlari mengikuti Riana dan akhirnya Sya.
![](https://img.wattpad.com/cover/155045415-288-k771404.jpg)
YOU ARE READING
Uncontrobler Power √
FantasiMana pernah wujud kuasa element yang diceritakan dalam rata rata buku fantasy.Tu cuma dongeng dan hanyalah rekaan semata mata yang dicerita sebagai bed time story. Tapi bagi Sya Adriana, tu semua benar. Buktinya apabila dia sendiri mampu mengawal ku...