45 | The Ball

3.7K 282 4
                                    

Terpaku mata mereka melihat keadaan istana. Bukan sebab luas atau cantik tapi sebab ada banyak makanan. Perut pun dah start buat konsert.

Riana orang yang paling pertama di antara mereka yang pergi ke meja yang menghidangkan pelbagai jenis menu. Langsung tidak pedulikan rakannya yang lain. Mata dia lebih tertumpu kepada makanan yang terhidang lazat.

Rakan rakannya yang lain tergeleng melihat perangai tak senonoh Riana itu tapi langkah tetap dibawa ke arah Riana juga.

"Woah, korang mesti tak percaya dengan apa yang korang nampak. Banyak gila makanan." Ujar Riana dengan teruja.

"Nanti gemuk aku tak tau eyh." Usik Lena. Mati senyuman Riana dibuatnya tapi tangannya masih ligat mengambil hidangan. Kata kata Lena hanya dibiarkan dibawa angin.

"Sya kau kenapa diam?" Soal Zein. Semua mata memandang ke arah Sya pula. Menanti jawapan yang meniti di bibir Sya.

"Aku cuma rasa macam ada sesuatu yang buruk nak jadi." Ujar Sya dengan senyuman yang dibuat buat.

Terdiam mereka semua mendengar sebelum Ash menyampuk.

"Alah, perasaan kau je tu." Ujar Ash. Langsung tiada rasa risau yang menjentik tangkai hatinya. Baginya, mereka perlu merehatkan minda setelah hadapi pelbagai cabaran semasa perjalanan ke gunung Hylt dulu.

Mereka kembali berborak seperti biasa setelah diyakinkan Ash.

"Aku nak pergi tandas kejap." Ujar Sya lalu kaki dibawa menuju ke luar dewan itu. Niat sebenarnya hendak ke luar istana bagi mencari udara segar. Tapi dia tak nak risaukan kawannya yang lain.

Firasat dia betul betul katakan ada sesuatu yang buruk nak jadi. Dia mengambil tempat duduk di bangku yang disedikan di luar istana.

"Betul ke ni perasan aku je." Soal Sya kepada diri sendiri. Semakin dia menafikan firasatnya itu, semakin kuat kata hatinya.

"Kau okay?" Tersentak Sya apabila bahunya disentuh. Dia memusingkan kepalanya melihat gerangan yang menyentuhnya itu.

"Aku okay." Jawab Sya setelah melihat gerangan itu atau lebih tepat lagi, Ash.

Tanpa dipelawa, dia mengambil tempat duduk di sebelah Sya dengan selamba.

"Kau tipu, kau tak okay kan sebenarnya."

"Kalau dah tau kenapa tanya lagi?" Ujar Sya dengan sarcastic. Terdiam Ash dibuatnya dan hanya sengihan yang mampu dia beri.

"Kau yakin ke yang ni cuma perasaan aku je?" Soal Sya dengan riak wajah yang risau.

"Tak." Kata kata Ash membuat Sya menjadi pelik. Pening dengan Ash ni.

"Sebab aku pun rasa benda yang sama." Sambung Ash lagi. Terbuntang mata Sya dibuatnya.

"Jadi, kenapa kau nafikan tadi?"

"Sebab aku tak nak rosakkan mood diorang. Kalau kau nak tau, Airin dah tunggu lama dah majlis ni. Aku tak sampai hati nak rosakkan semuanya." Luah Ash lagi.

Terharu Sya mendengarnya tapi dalam masa yang sama dia geram. Ash sepatutnya bagitau dia, tak de lah dia macam orang gila cuba nafikan.

"Kenapa kau tak bagitau aku?" Geram Sya melihat Ash.

"Kalau aku bagitau, apa kau boleh buat?" Soal Ash dengan tenang. Kini, giliran Sya pula yang terdiam. Tak tahu apa yang perlu di balasnya.

Boom!!

Uncontrobler Power √Where stories live. Discover now