Tok! Tok! Tok!
"Hasya,bangun. Dah nak lambat ni. Awak nak minta pengesahan lagi kat syarikat tu. Bangunlah"
Aisy mengejutkan aku tapi pintunku berkunci. Takut aku ni lambat bangun lagi. Macam kebiasaan.
Pintu bilikku terkuak.
"Aku dah bangunlah. Dah siap pun." Aku keluar dengan bergayanya. Aca-aca model gitu.
Tudung bawal shiffon berwarna oren dibentukkan seperti shawl. Dipadankan dengan baju kurung moden berwarna oren dan biru gelap.
"Wow. Cantiknya kawan aku hari ni. Macam Kau nak kawin pula hari ni." Aisy memandangku dari atas ke bawah. Perfect.
"Baru kau nak puji aku. Selama ni kau kutuk-kutuk je kawan Kau yang cantik ni ye." Aku masih membetulkan tudung yang sedikit senget.
Tanganku ligat mengambil selfie dan ditambah lagi mencari lighting supaya mencantikkan lagi gambarku.
"Hey sorry to say ye sis. Kawan Kau yang baik ni je selalu puji kau ye. Kau je yang berat mulut nak puji kawan kau yang sedia ada ni." Aisy memberikan jelingan tajam.
"Hehe. Janganlah marah ye. Main-main je tau." Aku menampar lembut belakang Aisy.
"Dahlah. Daripada melayan kau ni, baik kau pergi sekarang sebelum kau lambat lagi."
"Ok lahhh. Salam." Aku menghulurkan tangan.
"Nak minta berkat lah tu. Tau pun kau yang kawan kau ni penting kan." Aisy menyambut huluran tangan ku. Sayang gak dia kat aku ni ye.
"Sorry ye Aisy. Pagi-pagi dah cari pasal. Saya pergi dulu tau. Doakan ye. Assalamualaikum." Senyumanku menyepetkan lagi mataku.
"Ye ye. InshaAllah aku doakan. Waalaikumsalam." Aisy melambaikan tangannya.
Aku terus memuatkan diriku dalam kereta vios yang kelihatan berkilat untuk kali ini. Bunyi enjin keretaku memecahkan bunyi pagi yang hening.
**********
"Emir,aku tengok kau ni macam tunggu seseorang je. Siapa Kau tunggu ni?" Ryan hairan bila melihat Emir terlalu memandang pintu pejabatnya dan interkom nya.
"Aku tengah tunggu Puan Diana untuk perkenalkan aku dengan seseorang." Emir tersenyum lebar sambil memegang resume Hasya.
Gambar Hasya diperhatikan lama. Cantik gak orangnya. Hidungnya mancung, matanya sepet, bibirnya mungil ditambahkan dengan kulitnya yang putih dan flawless.
"Cantik juga." Senyumannya tidak lekang.
"Siapa yang cantik? Aku pun nak tengok." Ryan cuba mengambil kertas dari tangan Emir tapi tidak berjaya. Siapalah perempuan tu agaknya?
"Kau tak nak kongsi cerita kau sama aku ke? Aku tengok kau ni macam ada rahsia je." Ryan cuba mengorek rahsia Emir.
"Nanti sampai masanya,kau tau lah tu." Emir masih dengan rahsianya.
"Ceh,kau ni susah sangatlah nak bagitau rahsia kau tu. Suka sangat berahsia." Ryan mencebik.
"Ahhh,aku tak kisah. Ini rahsia aku bukan kau."
Emir tahu kawannya sorang ni memang mulut celupar. Kalau boleh,satu syarikat tahu rahsianya. Hanya Tengku Adam yang boleh dipercayai.
"Malas lah layan kau ni Mir. Aku blah lah dulu." Ryan terus memaling dari Emir.
"By the way,jangan lupa tutup pintu rapat-rapat ye. Byeee." Emir melambaikan tangannya dengan riak muka selamba.
Ryan tidak menoleh dan terus keluar dari pejabat Emir. Geram lah tu.

YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...