Bab 22

6.7K 206 2
                                    

"Aisy,aku jalan dulu. Jaga diri kau ye." Aku memeluknya. Kesian kawan aku sorang ni di tinggal sendiri.

"Jahatlah kau ni. Baru je kau tinggal kan aku 2 minggu lalu, dah jalan lagi." Aisy mencebik.

"Kau ajak lah siapa-siapa duk tinggal dengan kau seminggu ni. Takut aku kalau jadi apa-apa dengan awak."

Risau aku nak tinggal kan dia ni lagi. Harap-harap tak jadi apa-apa dengan dia ni.

"Takpe lah... Aku sendiri pun dah ok. Time kau takde tu hari, sendiri je aku. Seram jugak lah tapi ok je. Jangan risau lah.

Yang penting kau tetap jahat sebab tinggal kan aku." Aisy senyum tapi senyum mengejek.

"Yang jahat ni jugak kau rindu nanti. Aku tau kau sayang kat kawan kau yang syantik ni." Aku mengerdipkan mataku berkali-kali. Nak buat manja lah konon.

"Dahlah. Pergilah kau jalan sekarang. Nanti aku kurung kau kat bilik kang supaya kau tak jalan, baru kau tau." Aisy menolak belakangku dan terus membukakan kereta proton ku.

"Baik-baik tau. Jaga-jaga dengan Emir tu. Kalau dia macam-macam dengan kau, kau hempuk je dia dengan aikido kau." Aisy membuat lagak orang bersilat.

"Itu silat lah siot. Yelah. Aku nak jalan dah ni. Salam." Aku menghulurkan tanganku untuk bersalam dengannya.

"Hasyaaa..." Aisy terus memelukku. Ndukkk...

"Kau jangan nangis malam-malam rindu kan aku pulak." Pelukan nya ku kemaskan. Lama kami berkeadaan sedemikian.

"Aku taulah yang aku ni cengeng. Dah byeee...assalamualaikum." Aisy terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Kalau jenis Aisy ni, dia tak suka nampak orang dia sayang jalan kat depan mata. Tu pasal lah dia akan masuk dulu kalau aku jalan. Takut rindu melarat lah konon.

Aku hanya menggelengkan kepalaku. Lucu melihat gaya kawan manja aku ni.

"Jaga diri Aisy." Aku terus menutup pintu kereta ku dan terus memandu keluar dari perkarangan rumah.

Dengan izin Allah,semuanya akan baik-baik sahaja untuk seminggu ni.

**********

"Kau dah packing semua barang kau? Tiada barang penting kau yang tertinggal?" Emir menanya ku dahulu sebelum kami bertolak ke Melaka.

"Dah boss nampak beg bagasi kat tangan saya ni. Maknanya dah packing lah kan." Aku mengangkat beg bagasi di tangan kananku. Takdelah berat mana pun.

"Menjawab je kerja kau ni ye. Bagus jugak kalau kau jawab tu baik-baik. Tapi kau ni suka melawan." Kepalaku yang ditutupi dengan tudung litup itu ditolak Emir perlahan.

"Dah boss tanya. Jawab lah kan." Jawabku sambil memeriksa tudungku di kamera telefon.

"Baru je aku cakap. Dah melawan. Aku hempuk kepala kau kang." Emir sudah menyediakan buku lima di tangannya. Penumbuk lah tu.

"Sori-sori." Aku tersengih sambil tanganku membuat isyatat ampun.

Eh,makin rapat pulak aku dengan boss erkk. Sebab aku bagi ceramah free kat dia minggu lalu tu kot. Baguslah kalau dah berubah. Kalau ye.

"Mana staff yang lain?" Soalku. Dua staff yang di pilih Emir buat pembentangan tu ikut dengan kami sekali. Tapi masih tiada kelibat. Ke aku yang lambat?

"Ada kat dalam. Awal lagi diorang sampai. Lebih kurang jam 7 tadi."

Aku terus memerhatikan jam pada tanganku. Awal doh. Aku sampai jam 8.30. Takut kena marah boss lah tu.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now