"Sayang, bangun. Mandi dulu, nak solat subuh lagi." Emir membangunkan aku selepas dia mandi dan bersiap.
"Emm." Aku menutup mukaku dengan selimut.
"Bangun sayang. Nak abang angkat sayang ke bilik mandi kah?" Emir merangkul pinggangku.
Aku terus membuka mataku luas dan terus duduk.
"Aduuuhhh..." Aku memegang pinggangku.
"Eh, sayang ok ka?" Emir risau.
"Abang lah ni punya pasal. Semalam macam harimau kelaparan. Habis sakit-sakit badan sayang ni." Aku cuba untuk bangun bersama selimut menutupi badanku.
"Sini abang bantu." Emir memegang tanganku.
Emir cuba menarik selimut di badanku.
"Eh eh bang. Sayang tak pakai apa-apa ni." Aku tarik kembali selimut.
"Abang dah nampak seluruh badan sayang. Buat apa nak malu-malu tutup." Emir tersenyum sinis.
"Eh abang ni." Aku memukul bahunya kuat.
"Aduiii...sakit." Emir menyapu bahunya.
"Tahu pun. Dah, tepi sikit."
"Nak abang bantu?" Emir memegang tanganku.
"Takpe bang. Sayang boleh." Aku bangun dan terus bergegas ke bilik mandi.
"Ada-ada je lah." Emir tersenyum melihat perangai ku.
***********
"Sayang tak perlu pergi kerja lah." Kata Emir sambil menyenduk nasi goreng ke atas pinggannya.
"Kenapa pula? Sayang dah siap ni?" Aku mengambil tempat di hadapannya.
"Kesian pula tengok sayang. Nampak cara sayang jalan tu macam nak jatuh je dengan pegang pinggang tu lagi."
"Sayang ok je lah. Abang tu lah. Ganas sangat semalam."
Emir tersengih.
Hek eleh! Dia tersengih-sengih pula. Dia ingat aku puji lah tu.
Aku menuangkan air nescafe untuk Emir.
"Tapi tak yah lah sayang. Risau abang. Rehat je tapi malam ni sayang ikut lah attend event tu."
"Ok lah bang ku cinta hatiku. Dah, makan tu. Takut lambat. Nanti kalau kawan sayang tanya mana sayang, cakap je sakit ye."
"Ok sayang." Emir mengambil tanganku dan mengucup tangan kananku.
"Berminyak lah mulut abang tu." Aku menarik tanganku laju.
"Eh sorry-sorry. Terlebih sayang." Emir tersenyum sinis.
"Ye la encik husband." Aku menjegilkan mataku.
"Hahahahaha. Comel lah sayang ni. Oh ya sayang, jangan lupa malam ni. Pasal baju untuk malam ni, nanti abang belikan."
"Ok bang. Tapi abang tau kah saiz badan sayang?" Tanyaku hairan.
"Dah puas abang ukur badan sayang semalam." Kening Emir terjongket-jongket.
Aku mencubit peha kirinya kuat.
"Aduduhhh... sakit-sakit. Ampun my wife." Emir memegang pehanya kesakitan.
"Baru tau. Dah makan tu. Sayang nak pergi tukar baju dulu." Aku berdiri dan mahu ke bilik tetapi Emir memegang tangan kananku.
"Teman lah abang dulu ye. Kejap je lagi." Emir membuat muka dua puluh sen.
Macam-macam lah baby tua ni punya kerenah.
"Ok bang." Aku mencubit kedua-dua pipinya.
"Thank you." Emir tersenyum manis.
Aku juga tersenyum sama.
***********
"Sayang dah siap kah tu?"
"Kejap-kejap. Dah siap ni. Nak ambil handbag." Aku bergegas bangun dan mengambil handbag di dalam almari.
"Ok. Abang tunggu kat bawah."
"Ok bang. Dah siap." Aku bergegas turun tangga.
"Eh eh, perlahan lah sayang. Abang tak tinggalkan pun."
"Tak suka buat orang tertunggu. Jom." Aku merangkul lengan kiri Emir.
Itu perkara aku paling suka buat kat Emir bila nak keluar rumah.
"Sebelum tu." Emir berhenti dan aku turut sama.
Emir memandang aku dari atas ke bawah.
Aku memandangnya lain lantas menutup dada ku.
"Apa ni tengok sayang macam tu." Mukaku merona merah.
"Eh takdelah. Nak cakap je yang sayang nampak cantik malam ni. Sedondon dengan baju abang lagi. Nampak lagi cantik." Emir merangkul pinggangku.
"Well, tengok lah siapa yang beli baju ni. Abang kan yang beli untuk sayang dan tengok lah juga si pemakainya. Isteri Emir Naufal ye." Aku merangkul lengan kirinya seerat-eratnya dan sempat mendaratkan sebuah kucupan di pipi Emir.
"Ye my lovely wife yg kelihatan cantik menawan malam ni. Jom."
Emir membukakan pintu kereta untukku.
Oh my! Like in the comic and drama. I like it. He treat me like princess.
"Thanks bang." Kataku dengan suara mendatar.
"Apa sayang?"
"Eh tak lah. Mata sayang ni tak dapat nak beralih dari tengok abang yang segak bergaya ni." Aku ketawa kecil.
"Mengada lah sayang ni. Sini abang pasangkan tali pinggang."
Emir memakaikan aku tali pinggang. Aku ni dah angau sangat ke sampai terlupa pakai tali pinggang. Hahahahaha.
Enjoy guys. Sorry klu bab kli ni tak menyeronokkan sangat. Tpi jgn lupa vote.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Rastgele-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...