Bab 14

7.5K 176 0
                                    

"Bangun lah Macik oi." Emir menggoncang-goncang bahu ku.

Tiada reaksi langsung terhasil. Aku ni kalau dah tidur mati, susah nauzubillah nak bangun.

"Sorry ye Emir. Sya ni memang gini. Susah nak bangun. Awak cuba bangun kan dia ye, saya nak buka kunci pintu dulu." Aisy terus meninggalkan aku yang masih lena di kereta Emir.

"Aishhh macik sorang ni. Bangunlah!!!" Telingaku yang ditutupi tudung itu diteriak kuat.

Masih tiada reaksi. Aku kan handalan kalau dalam tidur ni.

"Macam mana nak bangunkan dia ni? Aku angkat jelah." Emir membuka tali pinggang keledar yang masih melilitku.

Terasa seperti mimpiku terkacau sedikit. Baru je aku nak jumpa Nam Joo Hyuk dalam mimpi aku. Mataku ku buka perlahan. Terjegul muka Emir yang hanya beberapa sentimeter dari mukaku.

"Hiiyaaakkk..." Aku terus menumbuk muka Emir. Emir yang terkejut dengan tumbukan superku terus terjatuh. Aku yang masih dalam gendongannya turut jatuh menindih badan Emir.

"Uiii...sakitnya tumbukan dia." Emir yang masih terbaring dek tumbukan aku memegang pipinya yang sakit.

Emir memandang ku yang masih dalam posisi menindih badannya. Aku mendongak dengan muka mamai.

Sedar tak sedar,aku pandang muka Emir lama untuk memastikan gerangannya. Well,mamai aku ni tahap super. Emir turut membalas pandanganku. Beberapa saat kami terleka.

Shubidu raffa~
Shubidu raffa~

Bunyi ringtone Emir menyentakkan kami.

Aku terus bangun dari menindih badan Emir.

"Maaf boss. By the way,thanks." Aku terus meninggalkan Emir terkulat-kulat di luar. Pipi ku merona merah. Apasal malam ni macam panas erk.

Emir tidak mampu berkata apa-apa. Diam tidak berkutik. Dia terus meloloskan badannya ke dalam kereta.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Emir memegang dadanya. Kenapa kau nak berdebar bagai ni. Tadi tu tak sengaja ok. Macam lah kau tak biasa berkepit dengan perempuan. Lagipun kau yang nak buat Hasya jatuh hati kat kau kan. Jangan makan diri sendiri sudah.

Rahang dan pipi yang ditumbuk tadi kini tidak terasa sakit akibat peristiwa tadi. Keretanya laju meluncur di jalan raya yang sedikit kosong itu.

**********

"Aikkk...mana Emir? Aku baru je nak bagi dia hot chocolate ni." Soal Aisy yang menyedari aku yang masih mamai di belakang pintu.

"Dah balik. Dia nak cepat." Aku terus masuk bilik meninggalkan Aisy di ruang bawah.

Aisy hairan. Ada jadi apa-apa ke tadi?

Aku melemparkan badanku di katil. Syiling rumah menjadi tatapan ku. Peristiwa tadi melayar kembali di fikiranku.

"Arghhh!!!" Aku menghentak-hentak tangan dan kakiku di katil. Geram plus malu. Kenapa dia nak angkat aku pulak? Dan peristiwa tadi memang memalukan sangat. Macam mana nak hadap boss ni esok.

Aku menyebamkan mukaku pada bantal busuk kesayangan ku. Daripada fikir hal tadi bagus aku tidur. Lagi bagus.

Aku yang penat terus terlelap. Tapi mimpi menghantui mindaku yang sudah lama hilang, datang kembali sekali lagi. Of course mimpi kan Akiem lagi.

**********

"Kenapa mata kamu tu? Sembam je? Sakit ke? Tak nak ambil cuti?" Tegur Siew Lin. Siew Lin risau keadaan ku yang lemah longlai dengan mata yang sembam.

Tak cukup orang di rumah tu risau,orang sini pun turut risau juga. Untung aku ada kawan yang caring ni.

Muka aku sembam sebab mimpi kan Akiem lagi tapi kali ni aku nangis lama sangat. Rindu arwah kot.

"Takpe. Aku tak sakit pun. Lagipun aku ok je. Baik-baik." Senyuman manis ku hadiahkan. Tak nak risau kan orang tengok keadaan aku yang macam mayat hidup ni.

"Betul ke awak ok ni?" Soal Siew Lin. Risau benar dia kat aku.

"Beeetuuul. Takyah risau lah. Aku pergi dulu. Kang ada big boss bising pagi-pagi ni." Aku terus berlalu pergi dengan langkah yang lemah longlai.

Belum sempat aku duduk, telefon pintar ku berdering. Tertera nama Kak Aisyah pada telefon ku. Lantas ku angkat. Kalau kak Aisyah yang telefon, mesti ada sebab.
Kak Aisyah tu kakak aku. Satu-satunya kakak kesayangan aku.

"Hello. Assalamualaikum kak. Kenapa telefon ye kak? Sya nak kerja dah ni."

"Sya, Sya balik sekarang. Mak...mak lah." Deruan nafas kak Aisyah tidak teratur. Mesti ada something bad yang berlaku ni.

"Kenapa dengan mak?" Aku risau. Dadaku berombak kencang menunggu jawapan.

"Mak masuk hospital. Datang hari ni Sya. Kalau boleh sekarang ye. Hospital berdekatan." Tut! Tut! Kak Aisyah mematikan talian. Kelam kabut nak urus mak kot.

Aku terus membuka pintu office boss tanpa ketukan. Aku nak balik sekarang juga.

"Boss,ada emergency kat rumah. So,saya nak minta cuti ye boss." Aku tidak mampu mengangkat mukaku. Air mataku sudah mulai mahu keluar.

"Kenapa ni? What a problem? Bak cerita dulu baru aku bagi cuti." Emir juga risau melihat aku yang kelam kabut ditambah lagi dengan mata sembam.

"Kan saya dah cakap,ada emergency keluarga. Saya nak minta cuti seminggu." Aku memicit-micit kepala ku yang tiba-tiba terasa sakit seperti mencucuk-cucuk.

"Ok ok. Aku bagi kau cuti seminggu tapi dengan syarat aku hantar kau." Emir risau apabila melihat keadaan aku yang sakit ni. Nampak sangat ke?

"Tak perlu hantar lah boss. Nanti lepas seminggu saya datang kerja balik ye." Aku terus keluar dari office untuk mengemas-ngemas barang atas mejaku dan terus berlalu pergi.

"Tunggu Sya. Biar aku hantar kau." Emir menahan pintu lif yang baru nak tertutup dan terus masuk.

"Tak perlu lah." Sebaik sahaja pintu lif terbuka,aku mempercepatkan langkah ku meninggalkan Emir.

Kepalaku mulai terasa sakit. Namun tidak ku hiraukan. Semakin lama aku me langkah, aku merasakan dunia seakan mahu kelam.

Aku terduduk. Rasa macam nak pitam.

"Kau ok ke ni? Kan aku dah cakap tadi biar aku yang hantar." Emir membantu ku untuk berdiri.

Dalam fikiran ku sekarang hanya mak je. Harap tak critical.

"Baiklah boss. Tolong hantar saya ke hospital besar berdekatan Bangi ye." Aku masih memicit-micit kepalaku yang sakit.

"Yelah. Kau rehatlah dulu kat dalam kereta ye. Biar aku yang pandu." Emir mahu membantu ku. Risau ke dia kat aku? Tak mungkin.

Aku menggangguk lemah. Langkah ku lemah menuju ke parking kereta milik Emir sambil diiringi olehnya dari belakang.

**********

Aku risau kat dia ke? Hahahahahaha,tak mungkin. Emir menafikan kata hatinya.

Of course lah. Dia tu PA aku je.

Emir memegang dada nya yang sedang berirama itu. Aku risaukan dia sebagai PA ye. Tak lebih pun.

Dahlah suka melawan,mulut tu tak pandai berhenti dan,dan... Aiyooo...masalah dia ni banyak sangat kat aku. Aku belum langsaikan revenge aku kat dia.

Kalau aku yang jatuh hati kat dia, cam ne ye? Gerutu ku.

No no. Aku takkan termakan sendiri dengan rancangan aku ni. Ingat! Dia tu yang tendang perut kau dan tampar kau Kau mesti dapatkan revenge kau.

Pandangan Emir jatuh padaku pada seat penumpang. Mukanya seperti simpati padaku. Kesian jugak dia kat aku ni ye.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now