Pejam celik pejam celik, dah hari jumaat.
Hari yang aku perlu berdepan lagi dengan boss.
Well, lepas je dari rumah dia hari selasa tu, dia pergi outstation hari rabu tu dan dia kata dia pergi sendiri. So,aman lah aku untuk 2 hari ni.
Tapi hari ni dia dah datang pulak.
"Apa yang kau menungkan tu? Tunggu boss balik ke?" Sakat Siew Lin.
"Takdelah. Bosan. Tu je. Takde maknanya aku rindu boss." Kata Ku sambil menongkatkan daguku.
"Tengah hari ni nak lunch sama aku tak?"
"Jom lah. Lagi ramai lagi meriah." Sampuk Ryan.
"Sibuk je lah Kau ni. Yang ditanya tu aku, bukan kau." Aku menayangkan muka menyampah.
"Takpelah. Nak join ke Ryan?" Ajak Siew Lin.
"Nak nak. Nanti aku ajak kawan aku sekali ye." Ryan melonjak-lonjak kegirangan seperti kanak-kanak ribena.
"Aku join sekali and kau Ryan, kawan yang kau ajak tu biar normal. Jangan macam kau." Kutuk Ku.
"Mengutuk je kau tau ye. Aku ni normal lah. Kau tunggu je lah kawan aku tu. Hmm!" Ryan terus meninggalkan kami.
"Peliknya. Mesti ada something yang dia nak cakap ke sini sebab takkan lah dia datang nak join kita lunch je kan." Kata Siew Lin hairan.
"Betul jugak tu." Aku jugak turut berfikir sama.
************
"Kita lunch kat sini je lah ye. Malas lah nak lunch jauh-jauh. Kafeteria company kita ni pun sedap tau and lagi murah dari kat luar. Tapi murah untuk pekerja kat company ni je." Kata Siew Lin.
"Aku ok je. Kau Ryan?" Aku beralih pada Ryan pulak.
"Aku pun ok. Jap ye. Nak contact kawan aku dulu cakap yang kita makan kat sini." Ryan terus cepat-cepat mengeluarkan telefon nya dan menuju ke tepi pintu kafeteria.
"Kita ambil tempat lah dulu. Nanti penuh pulak. Ryan tu tunggu kawan dia lagi tu." Kata ku pulak.
"Jomlah." Siew Lin menarik tanganku segera.
Terinjut-injut kakiku mengikuti rentak Siew Lin yang laju.
15 minit kami menunggu Ryan tapi masih belum muncul. Dahlah kita di bagi rehat sejam je.
"Lambat lah Ryan dengan kawan dia ni. Aku telefon lah dia ye." Kata Ku.
Siew Lin seraya menggangguk.
No.Ryan ku dail. 017-xxxxxxx.
"Hello Ryan."
Nasib baik terus angkat. Bisik hatiku.
"Hello Sya. Jap kawan aku dah nak sampai ni. Hahhh...dah sampai pun." Ryan terus mematikan talian.
Aku mencebik. Aku baru je cakap hello,tak sempat bagi salam pun. Soal dia pun tak sempat.
"So, how?" Soal Siew Lin selepas perasan riak mukaku yang sedikit kecewa.
"Kawan dia dah sampai. Dia kata jap, tengah menuju ke sini lah tu." Aku menongkat dagu.
Bunyi pintu kafeteria jelas kedengaran dengan adanya loceng tergantung pada atas pintu itu.
Aku dan Siew Lin terus memandang pintu.
Entah lah nak kata apa tapi nampak kawan dia ni buat aku kecewa? Gembira? Hati berputik? I don't know.
"Tunang kau lah Sya." Bisik Siew Lin.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Acak-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...