"Shhh...jangan bising Sya. Nak kena tangkap basah ke? Atau kau nak kahwin secara normal dengan aku?" Dia meletakkan jari telunjuknya dibibirku sebagai tanda diam.
Mukaku sudah merah menahan marah. Nangis? Memang taklah. Aku bukan orang yang mudah nangis.
Daguku didongakkan tepat memandang anak matanya yang kelihatan seperti hazel itu.
"Kau nak rasa first kiss kau kat sini ke?" Muka Emir yang dingin itu kelihatan seram ditambahkan lagi dengan senyuman sinisnya. Tapi aku tak takut lah.
"Kau ni memang tak guna ye. Tak cukup ke perempuan kat luar sana kau pergunakan. Kau kena ingat perempuan kat dunia ni dianugerahkan Allah berpasang-pasangan.
Istighfar kau Mir. Ingat Allah. Aku tau, kau takkan buat begini kat aku kan. Aku tau kau baik selama sebulan aku kenal kau ni." Suaraku yang tadinya kasar mula lembut untuk memujuk nya.
Tangan ku yang dicengkamnya kuat mula longgar. Kaki kiriku jugak mula diturunkannya dengan tangan nya sebelah.
"Maaf." Emir meraup rambutnya ke belakang dan terus membelakangkan aku.
Tiba-tiba tangisan kecil kedengaran.
"Boss? Nangis ke?" Soalku. Takkan lah suara hantu pulakkan. Aku pun tak nangis. Mesti lah dia kan.
"Tak-tak lah bukan aku." Emir tidak mengaku.
Sedangkan memang betul dia menangis. Jelas kedengaran suaranya bergegar.
"Aku maafkan boss. Harap boss berubah lah lepas ni dan banyak-banyak solat taubat dan istikharah untuk petunjuk jodoh.
Mungkin dah sampai masa untuk boss cari pasangan hidup." Aku memaafkan Emir. Mungkin memang salah aku tadi cari pasal dengan dia. Cari pasal pun dengan lelaki.
"Kau tak takut dengan aku ke lepas apa aku dah buat kat kau?"
"Taklah sebab ada orang pernah buat kat aku begitu jugak tapi aku tenangkan dia. Lepas tu,tup tup tup.
Aku dengan dia tunang. Dia pun berubah jadi baik dah time tu. Nama dia Akiem."
Aku senyum mengingatkan kisah kami dulu. Walaupun seram diperlakukan begitu tapi Allah itu pengatur yang terbaik untuk hambanya.
Hati dia kembali lembut dan berubah menjadi lebih baik dari sebelum nya. Mungkin Allah turunkan musibah tu kepada aku untuk ubah dia jadi lebih baik.
"Kau dah tunang? Maaf sebab enak je suruh kau kahwin ngan aku. Tunang kau kat mana sekarang ni?" Soal Emir.
Dia tak tau yang tunang aku dah meninggal. Perlu ke aku jawab soalan dia tu?
"Sebenarnya dia..." Tidak sempat aku menghabiskan ayat ku. Lampu lif tersebut hidup kembali dan terus terbuka pada floor 8.
Semua pekerja berkumpul di hadapan lif kami.
"Boss, ok ke? Eh,ada Hasya sekali. Ok ke?"
Semua pekerja di situ bising.
"Dah nampak aku dengan PA aku ok, maknanya ok lah kan. Pergi buat kerja kamu." Suara Emir naik seoktaf.
Pening kot dia. Aku mencuri pandang muka Emir. Jelas kelihatan mukanya baru lepas nangis.
Semua pekerja di floor tersebut berlari ke tempat masing-masing untuk buat kerja selepas mendengar suara dingin Emir.
"Jom ke bilik meeting. Dah lepas 10 minit dari jam yang sepatutnya." Emir terus mempercepatkan langkah nya.
Emir ni memang orang yang menepati masa. Dia tidak suka buat orang menunggu.
Walaupun kebiasaannya dia datang awal tapi orang lain mesti lebih awal darinya tanda menghormati Emir sebagai CEO syarikat.
"Ok boss." Aku juga turut mempercepatkan langkah agar sama dengan Emir.
Mudah-mudahan lepas kat lif tadi tu dia berubah.
Orang kata, seseorang itu akan berubah jika ada iman. So,aku pasti Emir akan berubah. Sedangkan kejadian tadi,senang je aku tenangkan dia.
Bila aku fikirkan tadi? Rindu pulak kat arwah Akiem. Mudah-mudahan dia pun akan bahagia di sana.
**********
"Semua staff dah ada kat sini?"
"Dah boss. Semua dalam list dah ada." Mataku melilau melihat staff yang disenaraikan pada fail tersebut.
"Ok. Kita mulakan meeting sekarang." Emir sudah mula membuka laptop nya. Kelihatan sudah bersedia.
Mukaku berkerut.
Bukankah dia ikut aku ke Bangi seminggu ni. Bila masa pulak dia buat persediaan ni? Laptop pun aku tak nampak dia bawa.
"Minggu depan saya dan Hasya akan ke Melaka untuk kendalikan projek ni. So,saya nak kamu cek balik kerja kamu ni dan hantar pada saya 3 hari sebelum kami bertolak. Faham!" Tegas Emir.
"Baik boss." Jawab semua staff di situ serentak.
"So,mulakan pembentangan untuk projek ni. Saya nak dengar. Kalau ada yang salah,saya akan betul kan."
Aku tersenyum memandang Emir. Nampak berkaliber dia sekarang ni. Tak sangka,hebat jugak CEO muda ni. Jangan pandang sebelah mata wo.
Selama dua jam mesyuarat itu berlangsung, aku tidak rasa mengantuk. Mungkin terpegun dengan keunikan Emir dalam kendalikan mesyuarat ni.
"That's all for today. So,Encik Jo boleh hantar pembentangan tu pada saya lepas ni. Biar saya yang uruskan sebahagian tu."
"Baik boss."
"Ok. Tu je. Semua boleh surai." Emir menutup mesyuarat itu.
Semua staff mereka keluar berbisik-bisik antara satu sama lain kerana hairan sikap Emir hari ni.
Biasanya dia marah-marah kalau staff dia buat kerja tak betul. Tapi kali ni,dia yang nak betul kan pulak.
"Fuyoo! Hebat lah boss." Aku menepuk-nepuk tanganku.
"Apa yang hebatnya?" Soal Emir. Hairan kot.
"Hebat. Hebat lah. Entah nak kata apa lagi." Aku menjongketkan bahuku.
"Dah aku CEO syarikat ni,memang lah kena buat betul-betul." Emir terus keluar dari bilik meeting.
Aku turut membututinya dari belakang kerana menuju ke tempat yang sama.
"So,boss dah oklah ni kan. Harap lepas ni boss akan berubah ye. Saya tau Allah itu pemaaf.
Dan Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya. Banyak berdoa dan solat ye boss." Aku menasihatinya panjang lebar. Harap kata-kata aku memberi ransangan untuk dia berubah.
"Banyak cakap lah kau ni. By the way,terima kasih. Aku pun tak tau setan mana rasuk aku tadi tapi Allah bantu aku supaya sedar pada saat genting tu. Pasal hal tu aku minta maaf." Muka Emir menahan malu. Nasib baik ego bertempat.
"Takde hal lah. Allah is a good planner. Biasanya dalam banyak drama melayu,tak boleh kawal dah. Tapi siapa tau takdir yang Allah atur untuk kita. Semua boleh jadi.
Allah dah bantu kau untuk sedar saat ni Mir. Belum terlambat lagi. By the way,bukannya kau nak pi toilet ke tadi sebelum naik lif tadi?" Aku terus menukar topik untuk menghilangkan kesedihan Emir.
"Tu tadi,sekarang tak." Emir terus laju meninggalkan aku.
"Tunggu lah boss." Aku turut sama mempercepatkan langkah ku.
Mesti orang pelik kat aku. Tak takut ke? Mestilah takut kan tapi kalau kau yakin dia sebenarnya baik,tiada yang perlu ditakutkan.
Ntah nak cakap apa lagi. Saja buat watak perempuan ni nampak heroic sikit. Sesuai dengan watak dia. Banyak je perempuan berani kat luar sana macam ni. Harap dapat terhiburlah. By the way,please vote. Tapi terima kasih baca wattpad saya walaupun silent reader.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Acak-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...