Sudah sebulan aku kerja di syarikat Emir. Keadaan ku tetap juga begitu. Tapi bertambah masalah setiap minggu sudah jadi kebiasaan.
Well, Emir kan kaki perempuan. So,banyak je perempuan yang datang nak jumpa dia. Semuanya seksi-seksa dan lawa belaka. Ada yang datang dengan marah-marah,ada juga yang datang dengan tergedik-gedik. Malas aku layan. Buat aku meluat je.
"Boss,schedule boss hari ni..." Tidak sempat aku habiskan, ada seseorang menerjah masuk. Gadis berpakaian sendat hitam menghampiri Emir. Tiada khabar tiada salam,siapa gak ni.
"Baby!!! Kenapa U tak jawab call I. Dah 5 kali I call U tau tak." Badannya terus merapati badan Emir dengan liuk-lentoknya yang macam cacing kepanasan tu. Naik menyampah aku.
"Sorry lah honey. I sibuk lah. Boleh tak kita jumpa nanti malam. I ada kerja ni." Hidung gadis itu di cuitnya. Senyuman manis dilemparkannya.
Aku makin menyampah. Girlfriend dia ni menyibuk sangat pagi-pagi ni. Tak senang aku mau buat kerja. Kaki ku terus aku hayunkan menuju ke pintu. Malas mau layan drama bagai ni.
"Sya,jangan keluar! Aku nak kau stay dulu. Duduk kat kerusi tu." Suara Emir meninggi. Ini yang aku tak suka ni. Suka sangat mengarah benda yang tak patut. Aku hanya menuruti seperti yang diarahkan Emir. Nak jaga hati boss kesayangan lah katakan.
"Baby~ Tak yahlah kasar-kasar dengan pekerja U. Kesian diorang." Muka Emir dielus-elus dengan jari-jemari gadis itu.
"It's okay honey. Dia dah biasa dengan cara saya ni." Tangan gadis itu digenggam kemas dalam genggamannya.
Mataku ku pejam malas dan telingaku hanya mampu dipekakkan walaupun kedengaran baby-honey nya tu.
Gedebuk!!!
Tiba-tiba pintu office Emir dibuka kuat. Terjegul muka seorang gadis dengan pakaian merah sendat paras betis. Ni lagi sorang,siapa pula ni?
"Baby!!!!! Perempuan ni siapa??? Bagitau I, right now!!!" Gadis baju merah itu memekik kuat. Matanya merah menahan marah.
Tidak cukup seorang gadis yang buat aku meluat ditambah lagi satu. Aku lenyek kang dua gadis yang perasan cantik ni.
"Excuse me,he's mine. Who are you,hahhh???" Suara seorang lagi naik seoktaf.
"Ini yang aku tak suka ni." Gadis berbaju merah itu sudah menghampiri Emir dan gadis berpakaian hitam itu.
Tangan ku sudah ditadakan. Mohonlah jangan berlaku ribut petir taufan di sini.
"Arghhh...sakit lah!!! " si gadis berbaju hitam itu sudah mengerang kesakitan akibat rambutnya yang ditarik. Aku hanya duduk di sofa sebagai pemerhati. Malas aku menyibuk hal remeh ni.
"Stoppp!!! This is my office. Get out,right now!!!" Suara Emir yang tinggi seperti guruh itu menyebabkan kedua-dua gadis itu terus terdiam. Terinjut bahu aku dibuatnya. Tadi baby-baby...sekarang dah meletus pula gunung berapi sorang ni.
"Lepas ni,aku tak nak jumpa dengan korang berdua lagi. Kita putus. So,keluar sekarang!" Emir terus membelakangkan mereka.
"Tapi I nak kan penjelasan lah baby." Baju Emir ditarik-tarik manja. Nak memujuk lah tu.
Kau fikir,dia laki kau. Entah apa yang dihadapkan sangat dengan si Emir tu.
"Tak perlukan penjelasan. Kau sendiri dah nampak yang aku ni pasang perempuan. Bukan kamu berdua je,lebih lagi. Perempuan kat sana tu pun aku punya." Tangan Emir tepat menunjuk aku.
Aku? Si Emir ni memang cari pasal ni. Aku sudah bangun dari tempat duduk ku untuk keluar dari office.
"Duduk!!!" Suara Emir menerjah telingaku.
Aku tidak mengendahkan Emir dan terus membuka pintu. Belum sempat aku keluar,tangan ku sudah ditarik. Langkahku terus terhenti.
"Kamu berdua keluar sekarang. Duit kat atas meja tu untuk korang. Ambil dan keluar sekarang!!!" Emir masih dengan suara dinginnya.
Tangan ku dalam genggamannya. Aku cuba leraikan tapi makin erat genggamannya.
Gadis yang seksi belaka itu sudah keluar meninggalkan aku berduaan dengan Emir di office. Matilah aku.
"Lepaskan tangan aku lah." Aku masih cuba untuk meleraikan tetapi gagal. Inilah kuasa lelaki. Kuat sangat erkkk. Walaupun aku ada aikido tapi tak sanggup nak buat kat boss aku. Lebam pula muka dia yang putih melepak ni.
"Maafkan aku Sya." Tanganku dikucupnya lembut. Mataku terbeliak. Gila agaknya mamat sengal ni.
Aku terus menarik tanganku dan ku lapkan pada kain baju ku. Geli aku. Selama sebulan aku kerja dengan dia ni,di marah-marah je. Penat melayan kerenah bossku yang pelik ni.
"Kau maafkan aku tak?" Emir memandang mukaku. Mukanya dicomelkan seperti anak kucing mengharapkan makanan.
Aku masih diam. Hatiku masih sakit. Awal-awal pagi dah timbulkan masalah. Dahlah aku period sekarang ni. Aku terus membuka fail yang berada kemas di tangan ku sejak tadi.
"Schedule boss hari ni pada jam..." Dipotong lagi oleh suara sumbang yang masih memohon maaf. Boss aku lah tu.
"Sya,tolong maafkan aku. Pleaseee..." Emir masih mengharapkan maafku.
"Okok. Saya maafkan. Saya nak sambung kerja saya sekarang." Malas aku layan boss pelik aku ni. Kalau aku tak maafkan,kang bising pulak dia mengharapkan maaf aku.
"Ok." Emir melemparkan senyuman manisnya. Handsome nya boss aku ni ye. Nasib baik boss aku,kalau tak...dah lama aku tackle dia ni.
"Schedule boss hari ni pada jam 10 ada mesyuarat projek tanah baru dengan staff. Jam 2 pula berjumpa dengan client kat airport. Itu je untuk hari ni." Aku terus menapak keluar.
Sebaik sahaja pintu itu tertutup,senyuman sinis nya muncul.
"Sya,you're so beautiful lady. I will make you fall in love with me and make you suffer. Hahahahahahaha." Ketawa Emir memecah kesunyian bilik nya. Gambar Hasya ditatapnya lama.
Bermulalah rancangan Emir yang entah bakal berjaya ke tidak. Baru nak balas dendam selepas buat research tentang Hasya selama sebulan ni.
#Maaf lah kalau sedikit pelik
#Please vote
#Still mencuba
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...