Bab 28

6.1K 175 1
                                    

"Ni bunga yang awak pesan tu. Bunga yang besar ni untuk tunang awak ke?" Aisy mengusik Tengku Adam.

Dia menggangguk sambil menghidu bunga yang Aisy hantar.

Sebenarnya Aisy buka butik sekali kedai bunga. Bijak tak.

"Sorry sebab suruh hantar kan awal walaupun bukan timing kerja awak bukan sekarang." Tengku Adam senyum.

"Takpelah kita kan kawan. Kawan mesti tolong kawan dia." Aisy mencuit hidungnya.

"Bukannya Hasya balik hari ni?" Soal Tengku Adam.

"Aku dah biarkan pagar terbuka supaya dia boleh masuk. Jangan risau lah."

"Duduk lah dulu." Pelawa Tengku Adam.

"Takpelah. Aku nak cepat jugak ni. By the way,terima kasih beli bunga kat kedai kami." Aisy tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Biar saya bukakan pintu sebagai tanda menghargai." Tengku Adam bangun.

Tiba-tiba kaki Aisy tersadung pada hujung kaki kerusi menyebabkan kakinya terseliuh.

"Auchhh...sakitnya." Aisy memegang kaki kanannya yang terseliuh.

"Awak ok ke? Biar saya tolong." Tengku Adam memapah Aisy ke kerusi.

"Terima kasih ye." Aisy menggigit bibir bawahnya untuk menahan sakit.

"Dah tugas doktor dan kawan." Tengku Adam tersenyum padaku.

Sedangkan jarak muka kami bukan lah jauh. Aku tertunduk memandang lantai. Hati ni tolong lah sedar yang kau suka ni tunang orang.

Pintu bilik tu tiba-tiba dibuka dengan kuat. Kami yang masih dalam posisi itu terus menoleh.

"Patutlah awak dah jarang jumpa sayang! Perempuan ni punya pasal ke?!" Tengking tunang Tengku.

"Nana jangan salah faham. Sebenarnya dia ni kawan saya je. Kaki dia sakit. So,saya papahlah dia." Terang Tengku Adam.

Aisy yang menjadi pertengahan mereka berdua tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya tertunduk.

"Ooo...ini lah kawan yang awak cakap tu. Kemarin saya nak ajak awak pergi makan, awak kata pergi dengan kawan ye. Kawan perempuan rupanya." Beg tangannya dicampak ke sofa ditepinya.

"Saya pergi dengan Ryan lah. Takkan lah saya nak pergi makan berdua dengan dia sedangkan saya ada tunang." Terangnya lembut. Tiada tanda-tanda seperti dia mahu menengkingnya.

"Dahlah. Sayang tak nak dengar dah. Sayang dah penat dengan perangai awak ni. Dah lima bulan kita tunang okay tapi tiada apa yang berubah. Lebih baik kita putus je.

Dan you perempuan, you boleh ambil Tengku Adam tapi hati-hati lah sebab takut awak yang akan terluka. Dia ni sama je dengan lelaki kat luar tu."

Tunang Tengku yang di panggil Nana itu mahu memutuskan pertunangan nya dengan Tengku Adam dan membuang Tengku seperti  lelaki murahan.

"Kau ni tak gunalah perempuan. Kau tak tau ke yang dia nak bagi cincin kahwin korang hari ni. Dia dah pilih cincin special untuk kau. Aku datang awal ke klinik ni sebab hantarkan bungalah.

Kau nak aku terangkan semuanya ke apa yang Tengku cerita pasal kau kat aku." Aisy menengking nya kuat.

Geram dengan perempuan tak tau di untung ni. Perempuan tak tau di untung ni yang sama macam perempuan kat luar tu. Bukannya Tengku Adam ok.

"Dah lah tu Aisy. Saya rasa memang hingga sini je jodoh kami. Takde gunanya saya nak jelaskan pada orang macam dia." Emir menghalang aku dari meneruskan penerangan ku.

"Orang macam dia?! Saya baru je nak terima awak semula selepas perempuan tu cakap semuanya tapi saya rasa memang patut pun kita putus." Nana terus memaling menghadap pintu.

"Aku tau lah apa yang kau buat kat belakang aku. Kau selalu je pergi ke taman dengan Zafran dan kau pernah pergi clubbing kan. Aku buat bodoh je tapi rasanya kali ni aku tak boleh diam dah.

Aku cadang nak memperisterikan dan ubah kau tapi aku rasa kau bukan jodoh ku. Sudah cukup lah kau kikis duit aku. Kau jangan ingat aku bernamakan Tengku, Kau boleh buat suka hati. No way.

Hari-hari yang aku lalui dengan kau selalu indah tapi tak bermakna aku tak tau tujuan kau baik-baik kat aku. Aku nak bagitau kau satu je aku sayang kau sangat dan aku mulai sukakan kau time kau bantu aku reject pelacur kat tepi jalan tu hari.

That' s all. Aku tak nak cakap apa dah. Apa yang jadi dengan kau, aku tak kesah dah." Tengku Adam meletakkan Aisy di kerusi dan terus mengambil sejambak besar bunga ros di mejanya.

Tengku Adam mendekati Nana dan terus mencampak kan bunga ros itu dihadapannya.

Nana yang sudah tergamam mendengar kata-kata Tengku Adam tadi terus menangis. Dia terkedu entah mahu dikatakan apa-apa lagi. Semua sudah terlambat.

Ni semua perempuan ni punya pasal. Desis hati Nana.

"Woii...perempuan! Kau keluar sekarang! Kalau bukan sebab kau datang sini, aku dengan Tengku takkan bergaduh lah." Nana menengkingnya Aisy sambil air mata bercucuran.

"Dia tak salah lah!!! Kau keluar sekarang! Aku tak nak nampak muka kau! Sekarang!" Suara Tengku Adam naik seoktaf.

Nana terkejut dengan sergahan Tengku Adam. Aisy turut sama terkejut. Pertama kali melihat Tengku Adam marah sebegini. Sebelum ini tak pernah.

"Tapi kita kan dah nak kahwin dua bulan lagi dan awak baru je hantar surat undangan perkahwinan kita 3 hari lalu. Saya minta maaf awak." Nana memaut tangan Tengku Adam tetapi ditepis oleh Tengku.

"Biar lah. Yang jadi tu dah jadi. Biarlah aku cari bini express nanti. Ini lah surprise yang saya cakapkan tu. Hahahahaha...surprise." Tengku Adam tersenyum kelat bertemankan air Mata yang mulai bercucuran.

Nana terus keluar dan menoleh sekali lagi. Tengku Adam hanya menemankan lambaian terakhir untuk Nana bersertakan senyuman kelat dan tangisan. Pertama dan terakhir yang dia akan lihat.

Aisy yang dari tadi duduk turut menangis. Dia faham apa yang dirasakan Tengku Adam saat ini. Melepaskan orang yang disayangi bukan lah mudah tapi jodoh itu takdir Tuhan.

Tengku Adam terduduk di sofa berdekatan pintu. Kepalanya diurut-urut perlahan.

**********

"Terima kasih ye untuk ubatnya." Aisy tersenyum pada Tengku Adam.

Tengku Adam hanya menggangguk namun tiada senyuman bermain dibibirnya seperti biasa.

"Saya balik dulu. Kalau nak kongsi cerita ke apa, saya boleh dengar. Telefon je." Aku cuba menyedapkan hatinya.

Tengku Adam hanya menggangguk lagi. Tiada jawapan tetapi hanya lah anggukan.

Aisy memerhatikan dia dengan wajah yang sedih. Harap Tengku ok lepas ni.

Author ada buat pasal tunang Tengku Adam kan. So,saja nak buat cerita pasal diorang. Next bab lagi. Hahahahaha...otak ni macam nak pecah dah.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now