Tup tup tup...
Tak sedar dah seminggu. Dah habis cuti. Esok dah mula kerja. Housemate pun dah rindu kat aku ni.
Nasib baik orang tak cakap apa-apa pasal Emir tinggal kat rumah aku. Kalau tak...dah jadi drama melayu kena tangkap basahlah atau pun tak enak orang pandang. Lepas tu kahwin paksa.
Whatever lah...yang penting. Aku sedih nak tinggalkan mak ngan Aiman. Lama lagi nak jumpa dan jenguk diorang.
"Mak,Sya jalan dulu. Kalau kak Aisyah ada balik jenguk mak,sampaikan salam Sya." Aku menyalam tangan mak kesayangan ku kemudiannya memeluk tubuh tuanya.
"Jaga diri ya nak. Kalau kerja tu,jangan susahkan orang lain." Puan Rusna menasihatiku.
"Ye mak. Nanti Sya datang lagi jenguk mak tapi mungkin lama lagilah."
"Takpe. Namanya jugak cari rezeki. Tiada yang senang tanpa usaha."
"Sya pergi dulu ya mak. Aiman,jaga mak ya. Akak balik lama lagi." Kataku. Risau nak tinggal kan mak pulak.
"Jangan risau lah. Ni kan Aiman Harraz,anak mak." Aiman menepuk-nepuk dadanya. Suka sangat puji diri sendiri ni.
"Emmm...yalah. Lama sangat ucap selamat jalannya ni. Dah lah. Naik lah kereta tu."
"Memang lah lama. Seminggu cuti macam tak terasa."
"Nanti-nanti tu,baliklah kamu. Jadi Emir. Jaga anak makcik ni baik-baik." Kali ni Puan Rusna memberi peringatan pulak pada Emir.
Dah dia kata kat mak yang dia tu boyfriend aku. Memanglah kena lah kau nasihat mak aku sekali.
"Ye makcik. Saya jaga dia macam nyawa saya." Keluar segala sweet talker dia depan mak aku. Macam nyawa dia konon.
"Tapi jangan nak menggatal sangat. Belum kahwin pun,inikan lagi tunang. Tunggu masa je. Kalau jodoh,jodohlah tu. Jodoh tangan Allah.
Dahlah,pergilah jalan. Nanti berat pulak hati mak nak tinggal kan kamu berdua ni. Cepat-cepat masuk kereta." Mak menolak ku masuk ke perut kereta. Takutlah tu rindu anak dia sorang ni.
Tingkap kereta ku buka.
"Bye mak, Aiman... Assalamualaikum. Jada diri tau." Aku melambai-lambai sementara Emir reverse kereta dia.
"Waalaikumsalam. Hati-hati di jalan. Kirim salam kat Aisy." Puan Rusna turut membalas lambaian ku.
"Okay."
Kemudian,kereta milik Emir meluncur laju meninggalkan halaman rumah Puan Rusna.
**********
Selama berapa minit aku duk dalam kereta Emir ni, kami hanya mendiamkan diri masing-masing. Entah apa nak dibualkan dengan boss aku ni.
Emir boss,aku PA dia. So,baik aku diam je lah. Hanya lagu Devado Danendra-menyimlan rasa menjadi peneman. Lagu favourite aku.
Kepala dan tanganku ku gerak-gerak kan. Mengikut rentak.
"Ehem..." Tiba-tiba Emir berdehem. Sakit tekak lah tu.
Aku masih menikmati lagu di radio itu.
"Eh,kau tak faham ke, kenapa aku berdehem tadi." Emir bersuara. Tak faham lah minah sorang ni. Siap enjoy dengar lagu kot. Aku yang kekok,diam kat sebelah dia ni. Bentak hatinya.
"Of course lah tak faham. Mungkin boss sakit tekak kot." Aku selamba menjawab. Kacau lah boss ni, kita nak dengar lagi lah.
"Kau ni memang suka menjawab ye. Aku potong gaji kau kang." Emir mengugut Ku.
"Jangan lah boss. Ok ok. Saya minta maaf wahai Encik CEO president E.N holdings, Tuan Emir Naufal. Kenapa boss? Apa boss nak cakap tadi." Senyuman palsu ku lemparkan. Kau ugut aku ya.
"Mendengar pun kau ye. Minggu depan kita outstation pi Melaka. Nak bincang projek dengan syarikat kat sana. Sebab kita berjaya dapat projek baru tu."
"Aku ikut sekali?" Soalku. Kerja ku ke sebagai PA? Of course lah kan.
"Dah aku cakap kita, iya lah tu. Kau ikut sekali. Takkan kau tak tau tugas kau sebagai PA." Tegas Emir.
"Kena hadap muka dia 24 jam lagi. Huhh!" Bisikku kecil.
"Yang kau hadap 24 jam ni lah boss kau yang bagi gaji ye. Tak payah mengomel. Dah memang tugas kau."
Aku terus menghadap Emir di tepiku. Dia dengar apa aku cakap? Takkan lah aku cakap kuat sangat. Dah dia dengar, kuatlah suara aku tu.
"Puas kau teliti muka aku ni. Sama macam hari pertama kau kerja kat syarikat aku. Time tu kau mengkhayal pandang aku." Emir tersenyum sinis sambil matanya fokus pada pemanduannya.
"Tak hingin aku teliti muka kau tu. Taulah kau tu handsome..." Aku terus mati kata. Aku sebut handsome? Aduuiiii...kenapa kau sebut...
"Aku handsome. Hahahahha. Terpikat ke?" Meletus ketawa Emir.
Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Terasa membahang muka ku.
"Tak lah. Salah dengar kot kau." Aku cuba untuk cover line.
"Tak payah lah kau nak cover line. Aku dengar jeeeelaasss sangat yang kau kata aku handsome." Emir tersengih.
"Ok lah. Kau menang boss. Ye,aku sebut kau HANDSOME. Dah boss memang handsome." Perkataan handsome ku tekan kuat. Aku mencebik. Puas hati kau Mir.
"Mengaku jugak kau ye. Kalau nak tengok muka aku yang handsome ni setiap hari,kahwin lah ngan aku." Sakat Emir.
Biji mataku terbuka luas. Terkejut. Kau fikir kahwin ni macam main masak-masak. Memang taklah aku nak kahwin dengan playboy macam kau. Bisik hatiku.
"Aku cop yang aku tak kan kahwin sama kau,kay. Dah lah tu. Lari ke situ pulak dia cakap. Cakap pasal projek tu lagi berfaedah." Aku tukar topik.
Aku belum sedia nak cakap pasal kahwin ni. Still nak enjoy zaman muda.
Kami diam sejenak. Tiada perkataan langsung keluar dari mulut Emir. Aku masih menunggu.
"Boss...okay ke? Ke nak ganti tempat. Aku boleh tolong ganti." Tawar ku. Aku risau boss diam tak cakap apa-apa. Aku salah cakap ke?
Emir masih diam. Tiada jawapan untuk tawaran nya tadi.
"Boss?" Aku masih memandang mukanya. Kenapa dia ni? Kalau ada masalah bagitau lah.
"Kalau aku kata aku nak kau kahwin dengan aku?" Emir terus memandang mukaku.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Eh,dah kenapa mamat sengal ni? Hilang akal ke? Tiba-tiba cakap pasal kahwin.
Pandangan ku lari ke tingkap hadapan kereta. Tapi dia masih menunggu jawapan Ku.
Takkan lah dia nak aku jawab. Tiba-tiba kereta yang dipandu Emir bergerak ke laluan sebelah yang bertentangan. Sebab Emir tengah fokus pandang aku sekarang ni.
"Woiiii...ada kereta kat depan tu. Buta ke?" Jeritku. Aku terus memukul lengan Emir kuat.
Emir terus memandang ke hadapan dan membawa kereta nya ke laluan asal. Tenang Emir kendalikan.
"Kau dah kenapa nak teriak! Pukul aku pulak tu." Emir memarahiku.
"Woi! Encik Emir Naufal! Aku still nak hidup lah. Belum cukup amal. Kalau aku tak teriak atau pukul kau tadi, mungkin dah mampus dah kita dua sekarang ni." Aku berlawan suara dengan Emir.
"Tak perlu nak teriak atau pukul!" Kali ini suara Emir pulak meninggi. Minah satu ni memang nak kena hempuk ni.
"Tindakan refleks, okay." Aku terus menyilangkan tangan.
Kami kembali diam. Tiada yang dibualkan lagi.
Sakit kepala sis buat wattpad kali ni tapi kembali bersemangat selepas membaca wattpad. Hahahaha. Still need vote.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...