"Boss ok ke? Muka boss pucat semacam je. Nak saya batalkan schedule boss jam 3 ni ke?"
Aku risau melihat keadaan boss selepas balik dari butik La-Vence. Muka dia makin pucat. Mesti ada yang boss takutkan sangat ni.
"Takpe. Tak lama lagi jam 3 dah. Halang-halang lah saya jumpa terus." Emir berdiri untuk mendapatkan air di dalam peti sejuk khasnya.
Kakinya seperti terketar-ketar. Macam nak jatuh je aku tengok.
"Takpe boss. Boss duduk je. Boss nak air apa?" Aku membuka peti sejuk boss.
Fuyooo...macam-macam air dalam ni. Air mountain dew,100 plus,justea, teh lemon ais,jus dan banyak lagi lah.
"Aku nak mountain dew warna hijau tu."
"Orait boss." Aku membawa se tin mountain dew dan terus membukakan tin.
"Thanks. Kalau kau nak air,Kau ambil je kat dalam tu." Emir terus meneguk air tin itu.
"Wow...terima kasih banyak boss." Aku terus meluru ke peti sejuk dan mengambil air kesukaan ku. Of course lah teh lemon ais.
"Tolong ambil kan fail kat atas almari tu."
"Ok boss." Aku segera mengambil fail hitam yang tebal dan berat tu dan terus menyerahkan pada boss.
Belum sampai ke tangan boss,tiba-tiba air kesukaan aku tu jatuh kat baju kurung pink plus kelabu ku. One of my favorite baju kurung. Tidakkkkk!!! Macam mana ni.
"Ooppsss...sorry boss." Aku segera menyerahkan fail itu dan mengambil tisu untuk membersihkan lantai yang habis dibasahi air kesukaan ku.
"Takyah lah kau bersihkan. Nanti aku panggil cleaner ke sini. Baik kau bersihkan baju kau yang dah kotor tu."
"Maaf boss. Cuai sikit." Aku terus berdiri dari membersihkan lantai yang sudah melekit itu.
Belum sempat aku keluar.
"Nah,untuk tutup baju kau yang kotor tu." Emir memberi kot nya.
"Ehh...tak pe boss. Nanti kot boss pulak yang kotor." Aku malu-malu untuk menerima kot yang mahal tu.
"Pakai jelah. Takkan lah aku nak biarkan bakal isteri aku ni dimalukan." Emir tersenyum sinis tapi jelas kelihatan pucat.
Aku mengerlingnya. Dah lah sakit,sempat lagi dia menyakat aku. Whatever lah...bakal isteri ke bakal apa.
"Terima kasih banyak." Aku terus mengambil kot di tangannya dan segera keluar untuk membersihkan baju aku yang dah melekit ni.
Aku menghidu kot nya. Emmm...harum. Bau minyak wangi Romano lah.
Eh eh...apa yang aku buat ni hidu-hidu kot orang.
Aku menutup muka ku yang tiba-tiba terasa panas itu.
"Assalamualaikum. Ni ke bilik Tuan Emir?" Tiba-tiba tanya seorang perempuan. Nampak macam kaya je. Datin Maria kot.
Aku membetulkan postur ku.
"Datin Maria ke? Tuan Emir ada di dalam. Masuk lah Datin." Aku mempersilakan Datin Maria untuk masuk.
"Terima kasih ye."
Datin Maria terus masuk dan aku apa lagi...terus ke tandas lah jawabnya untuk bersihkan baju aku ni.
***********
"Assalamualaikum." Datin Maria mengetuk perlahan pintu dan menguak sedikit pintu.
"Waalaikumsalam. Masuk." Kedengaran tegas suara Emir.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Acak-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...