Bab 47

6.1K 192 3
                                    

"Assalamualaikum boss. Hahahahahahaha. Terima kasih hantar saya kemarin. Kenapa tak kejutkan saya guna air? Terpaksa Aisy hantar saya ke sini sebab kereta saya tinggal kat sini."

"Waalaikumsalam. Hek eleh, salahkan aku pulak,dah kau tidur macam mayat mati tak pandai sedar. Kalau orang lain yang jadi suami kau ni, silap hari dia dah tanam kau kat kubur sebab sangkakan kau dah mati." Emir ketawa berdekah-dekah.

Aku mencebik.

"Ada je kesempatan boss nak kutuk saya." Aku menyilangkan tanganku.

"Bukan kutuk kau tapi kau patut beruntung yang aku adalah bakal suami kau. Dah aku biasa dengan perangai kau yang satu ni." Emir membetulkan posisi duduknya.

"Emm...yelah. Beruntung dan sangat bersyukur saya ye." Aku menjelingnya dan segera keluar.

"Wait!"

Aku baru je nak tutup pintu office dia.

"Em, apa?" Aku menjegulkan kepala ku.

"Kau tak bagitau schedule hari ni. Apa schedule aku hari ni?" Kata Emir dengan gaya tangannya seperti mahu meminta.

"Saya masuk tadi untuk terima kasih je. That's why saya keluar ni untuk ambil iPad and fail schedule boss. Jap ye." Aku menutup pintu.

Mata Emir tetap memandang pintu office nya hingga sang bidadari tu masuk semula.

Tok!

Sekali ketukan je. Pintu terkuak and muncullah dia.

Emir memutarkan kerusinya ke arah cermin besar di belakang nya.

"Ok Sya. Schedule aku." Kata Emir tanpa memerhatikan orang dihadapannya.

"Excuse me,aku lah Mir." Kedengaran suara Tengku Adam.

Emir yang terkejut dengan suara garau itu terus memutarkan kerusi nya kembali ke hadapan.

"Uiii...kenapa kau kat sini? Mana Hasya?" Soal Emir yang terus memandangnya pintu.

"Tanya Hasya pulak. Aku kat depan kau je pun. Aku nak bagi kad ni." Tengku Adam menyerahkan kad di tangannya.

Emir menyambut. Kad bertukar tangan.

"Kad apa ni?" Emir memerhatikan kad yang bersampul itu.

"Bukalah sampul. Baru lah kau tau. Dahlah. Aku nak pergi kerja ni. Kalau nak tanya apa-apa, you can call or meet me ok."

Emir menggangguk seraya membuka sampul ditangannya apabila Tengku Adam telah berlalu keluar.

"Lucu lah dia ni. Susah payah naik nak hantar ni je." Kad yang berlipat tiga itu dibuka.

"Ini kad kahwin siapa ni? Baru aku perasan pulak." Gumam Emir sendiri.

Emir membaca kad itu perlahan-lahan.

"Tengku Adam dengan siapa ni? Aisy? Sama nama dengan kawan Hasya lah." Kad itu di baca nya sampai habis. Siap belek kad tu lagi.

"Assalamualaikum boss. Ni schedule boss." Aku meletakkan fail itu di atas mejanya.

"Hey,tak ketuk pun." Emir menjongketkan kening nya sebelah.

"Boss yang pekak. Saya dah ketuk tiga Kali tau." Aku mencebik.

"Eh,ye ke. Sorry." Emir menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Schedule hari ni ada meeting tentang tapak projek baru kat Klang jam 9.30 ni. Jam 12 ni pulak jumpa Datin Zulaikha. Jam 3 pulak Cik Nadine nak jumpa."

"Nadine?!" Emir terus berdiri.

"Ye lah, Nadine. Kenapa boss nak terkejut sangat ni?" Dahiku berkerut kehairanan dengan sikap boss sedemikian.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now