"Maaf sebab terburu-buru semalam. Tapi hari ni kita bertolak awal sebab ada hal peribadi." Kata Emir sambil fokus pada pemanduannya.
"Takpelah boss. Bukan salah boss pun. By the way, terima kasih sebab pilih kami untuk pembentangan projek kali ni." Izhar tersenyum lebar. Gembira kerana boss yang di kenal nya dingin kini lebih baik.
Tiba-tiba telefon milik ku berbunyi.
"Hello,assalamualaikum mak. Kenapa telefon?"
"Waalaikumsalam nak. Tak tanya pun khabar mak. Terus tanya kenapa telefon. Merajuklah mak." Kata mak dengan suara yang kedengaran ala-ala merajuk.
"Hahahahahahaha...sorry mak. Pa khabar? Sihat?" Aku tersengih.
"Alhamdulillah baik. Haaa...cam tu lah anak mak. Begini,mak telefon ni nak suruh kamu balik sebab ada orang hantar rombongan meminang. Mak terima pinangan mereka."
"Apa mak?! Kenapa mak terima! Tak lah bagi Sya buat pilihan dulu." Aku sudah mencebik geram.
Kate, Izhar dan Emir yang menjadi pemerhati tertawa kecil kerana lucu dengan caraku bertelefon. Volume suaraku kuat sangat. Penuh kereta. Hehe.
"Mak ni dah tua. Umur tak panjang dah. Makin pendek umur ada lah. Mak pun nak jugak tengok kamu tu kahwin awal. Nak jugak gendong cucu banyak-banyak."
"Tapi kan mak, takkan lah orang nak kahwin time umur ni. Awal lagi lah mak. Orang belum ready lah." Aku sudah menggenggam tanganku erat.
Kate dan Izhar terkejut memandang aku. Paling terkejut muka Emir lah.
"Dahlah. Tiada tapi-tapi. Ainin kena balik jugak hujung minggu ni. Minta cuti dengan boss kamu yang handsome tu. Sampaikan salam mak kat dia. Assalamualaikum." Tegas suara mak jelas kedengaran.
"Mmm...waalaikumsalam." Aku terus mematikan talian. Mukaku menjadi lebih cemberut.
Tanpa ku sedari, tiga orang dari tadi memerhati aku yang galak bertelefon dengan mak. Kalau bertelefon dengan mak, tak pernah suara aku ni perlahan. Mesti volume tinggi.
"Bising ke? Sorry erkk. Terbising pulak." Aku tersengih sambil belakang tengkuk ku yang dilapisi tudung itu ku sapu perlahan.
"Memang bising pun." Kate menjawab sambil bibir nya tersenyum sinis.
Kami bertiga ketawa besar kecuali Emir. Mukanya kelihatan serius seperti memikirkan sesuatu yang penting.
**********
"Maaf,aku turunkan kamu kat syarikat je. Memandang kan laluan rumah Hasya sama dengan aku. So,aku hantar dia sekali. Jangan salah faham, ok."
Emir menurunkan Kate dan Izhar di Syarikatnya memandangkan rumah mereka arah bertentangan.
"Takpe boss. Terima kasih hantar kami." Kata Izhar dengan senyuman nya yang lebar.
"Esok kamu dua cuti lah. Untuk esok je."
"Terima kasih boss. Kalau ada kerja apa-apa di syarikat yang perlu dibuat, bagitau je saya." Kata Kate sambil mengeluarkan bagasinya dari kargo kereta Emir.
"Sama-sama. Kalau Ryan ada tanya aku kat mana, cakap kat dia yang aku dah balik. Esok aku datang." Kata Emir dalam nada yang serius. Dah penat kot dia.
"Ok boss." Kate dan Izhar menjawab serentak.
Emir terus menutup tingkap keretanya dan terus meluncur laju.
************
Budak ni dari tadi tidur. Kate dan Izhar dah turun pun masih tak sedar. Apa punya budak lah ni.
"Sya,bangun. Aku nak cepat ni. Bangunlah." Kali ini Emir memukul-mukul ku kuat dengan kain kotnya. Kalau di pukul perlahan pulak,tak bangun aku.
Apa lagi,terus terbangunlah aku. Sakit giler dia pukul aku.
"Alhamdulillah bangun pun. Dah sampai lah oiii..." Tiba-tiba Emir mematikan enjin keretanya.
Matikan enjin kereta? Dia nak buat apa matikan enjin kereta. Aku dah sampai kat depan pagar kot.
"Kau jangan risau lah. Aku nak jumpa Aisy je pun. Takdenya aku mau apa-apa kan kau. Tak hadap aku."
"Ada aku cakap apa-apa ke? Excuse me, hello Tuan Emir Naufal. Aku pun tak hadap lah kat kau dan aku tak hingin pun kat kau." Aku terus menjugilkan mataku.
Perasan lebih je ni orang. Dah lah suka baca fikiran aku, banyak mulut pulak tu. Tau-tau je si Emir ni apa yang ada dalam fikiran aku.
"Dahlah tu. Aku tolong kau angkat bagasi kau yang besar gedebak tu." Emir terus keluar ke kargo keretanya untuk mengeluarkan bagasiku.
"Sempat lagi dia mengutuk aku." Bisik ku kecil.
"Bukan kutuk tapi sayang kau. Takkan lah aku nak biarkan yang aku sayang ni bawa bagasi gedebak ni. Kesianlah nanti kan." Kata Emir selamba tanpa sedar perkataan 'sayang' tersasul dari mulut nya.
Aku terpempan seketika tapi terus sedar. Dia kan kaki perempuan. So,senang je dia nak kata perkataan 'sayang' tu.
Giliran aku pulak keluarkan senjata mulut aku yang berbisa ni.
"Sayang jugak abang kat Sya ni. Ingatkan tak. Ok abang. Tolong angkat tu ye. Sayang nak jumpa Aisy cepat-cepat."
Aku terus berlari meninggalkan Emir. Biasa je tapi hakikatnya,aku pun berdebar nak cakap perkataan dua tu. Geli-geleman aku.
Emir terpempan.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Emir memegang dada kirinya. Terasa degupan jantung yang berdegup laju. Mukanya merona merah terutama sekali telinganya.
Dia pun tak sedar yang dia boleh tersasul perkataan 'sayang' tu. Kan dah termakan tembakan das tu balik.
"Whatever." Emir berlagak selamba tapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya dia.
**********
"Assalamualaikum Aisy. Aku dah balik." Aku membuka pintu yang tidak berkunci itu.
"Hello Aisy. Takkan lah kau dah lupa aku untuk lima hari ni je. Assalamualaikum."
Tiada jawapan kedengaran. Pergi kerja lah tu tapi belum jam sepuluh kot. Dia pergi ke butik biasanya jam sepuluh setengah. Kerja awal kot.
Aku cuba menyedapkan hatiku.
"Ada Aisy?" Emir tiba-tiba menanyaku dari belakang. Terkejut aku.
"O-o-o makku." Aku jatuh terduduk akibat terkejut.
"Itu pun kau terkejut. Dahlah. Bangunlah kau. Mungkin Aisy tiada kat rumah kot sebab jumpa Tengku." Emir terus meletakkan bagasiku di tepi pintu.
"Terima kasih banyak boss. Menyusahkan je. Pasal tadi pun saya minta maaf. Main-main je." Aku tersengih.
"Aku pun main-main lah. Dahlah masuk lah kau. Aku nak balik jumpa mak aku cepat-cepat."
"Kirim salam kat mak kau. Cakap kat aunty semoga cepat sihat." Aku terus menutup pagar dan mengunci pagar.
"Orait." Emir terus laju meninggalkan perkarangan rumahku.
Sekali lagi,tanpa aku sedar. Ada yang menjadi paparazzi tak guna mengambil gambar kami berdua.
Lepas ni saya nak buat bab pasal Aisy pulak. Please vote my reader. Hopefully you all can touch that star. Touch it and go. Hahahaha.
![](https://img.wattpad.com/cover/164358236-288-k740357.jpg)
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...