Bab 70

4.6K 158 18
                                    

"Eh Emir, kau nak pergi mana ni? Nampak tergesa-gesa sangat ni." Soal Ryan.

Kebetulan Ryan dan Tengku Adam bersama Aisy lalu di situ.

"Aku nak pergi bilik 110, ikut aku Ryan Adam. Tolong aku. Cepat!"

"O-okay." Jawab Ryan dan Tengku Adam serentak.

"Sayang, tunggu abang kejap ye." Kata Tengku Adam.

"Ok bang." Aisy hanya tersenyum.

Ryan dan Tengku Adam membuntuti Emir yang sudah jauh di hadapan.

Emir berlari sekuat hati menuju bilik 101.

"What-what happened bro?!" Kata Ryan dalam nadanya yang tercungap-cungap.

"Korang ikut je aku."

Setiba di bilik 110. Emir cuba menenangkan dirinya.

Emir menolak pintu bilik itu sekuatnya tanpa apa-apa ketukan pun.

Gedebuk!!!

Ryan dan Tengku Adam hanya mampu terkejut melihat perlakuan Emir.

"Sayang! Sayang kat dalam ke?!" Emir menolak lagi pintu itu tapi tidak berjaya.

"Tolong aku tolak pintu ni. Dalam kiraan 1,2,3! Tolak!"

Emir, Ryan dan Tengku menolak pintu itu bersama-sama dan berjaya membuka pintu itu.

"Abang..." Suara Hasya kedengaran lesu.

Emir terkejut melihat keadaan Hasya yang tidak bermaya itu lagi. Bajunya juga sudah koyak pada bahagian dada dan tudungnya sudah terbuka.

Shit! Aku terlambat.

"Sayang! Hang in there!" Emir cuba menhampiri Hasya tetapi lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau lipat.

"Kau jangan datang dekat! Kalau tak, aku kelar leher dia!" Lelaki itu mendaratkan pisau itu menghampiri leher Hasya.

"Kau nak apa huhh?! Siapa yang arahkan kau lakukan semua ni?!" Sergah Emir kuat.

Ryan pula mula mendail 999.

"Lelaki yang pegang fon tu! Jangan nak memandai call polis!!! Aku tikam perempuan ni! Letak fon tu kat lantai!"

Ryan panik dan terus meletakkan telefon itu di atas lantai. Tapi Ryan sempat memanggil 999. Harap polis tidak mematikan panggilan itu.

"Setapak kamu ke hadapan, memang mati perempuan ni!" Lelaki itu mengugut Emir yang sudah kelihatan merah padam.

Apabila lelaki itu mendaratkan kucupan pada leher jinjang Hasya, Emir tiba-tiba menyerang lelaki itu kerana barannya yang high level itu.

"Kau memang cari nahas lah!" Lelaki itu menikam perut Emir.

Darah mengalir dengan laju dari perut Emir.

"Abang!" Air mata Hasya merembes dengan lajunya.

Hasya meronta semahunya untuk melepaskan diri.

"Kau jangan nak meronta sangatlah perempuan!" Lelaki itu memacukan pisau nya pada Hasya.

"Emir!" Tengku Adam segera mendekati Emir yang sudah mengerang kesakitan.

"Kau ni reckless sangat lah!!!" Marah Tengku Adam.

"Diam lah!" Emir memegang perutnya yang dari tadi tidak henti-henti memancutkan darah.

"Abaaangg...kenapa reckless sangat." Hasya menangis semahunya.

"Jangan nak buat drama lah! Bawa lelaki ni keluar! Kalau tak, aku rosakkan muka perempuan ni juga! Ganggu masa aku untuk berseronok je." Lelaki itu menyuruh Tengku Adam yang sedang memangku Emir untuk membawa Emir keluar.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now