"Aikkk...Aisy. Bila kau balik? Aku tak dengar pun bunyi ketukan. Salam pun aku tak dengar." Soalku setelah nampak kelibat Aisy.
"Baru je lah. Kau tu yang pekak. Dah kau tu terperap kat bilik. Memang begitu lah jawab nya." Aisy menjawab.
"Kau tak nak peluk aku ke? Tak rindu?" Aku menyiku-nyiku lengan Aisy.
"Takde moodlah. Sebenarnya nak pelukan jugak tapi mood aku dah rosak dari pagi lagi." Aisy terus memeluk ku.
Dah kenapa si Aisy ni? Mesti ada masalah ni.
"Kalau ada problem, share jelah. Mintak peluk konon." Aku tetap jugak membalas pelukan Aisy.
Kami duduk di sofa ruang tamu. Tiba-tiba dia pegang tangan aku. Terkejut aku kali ni. Mesti masalah besar ni.
"So,whaddya happen?" Aku menjongketkan kening sebelah ku.
"Begini...tadi pagi aku ke klinik Tengku Adam hantar bunga yang dia pesan. Lepas tu..." Aisy menceritakan masalah yang berlalu pagi tadi dari A hingga Z.
"Apa masalah perempuan tu?! Dahlah kurang ajar. Kurang di ajar lagi. Memang rugilah dia lepas kan Tengku Adam." Aku turut marah selepas mendengar cerita Aisy.
"Aku pun dah termarahkan perempuan tu tadi sebab dia kutuk Tengku Adam yang baik ni."
Suasana aku dan Aisy bercerita tegang seperti kami yang bergaduh sedangkan kami bercerita tentang orang yang bergaduh. Hahahahaha.
"Takpelah. Dah lalu kan. So,ni lah peluang kau nak dapatkan Tengku Adam dengan kebaikan yang kau ada ni." Aku menjongket-jongket kening ku sambil tersenyum sumbing.
Tetapi muka Aisy tiba-tiba terus monyok. Terkejut aku. Ingatkan dia akan senyum.
"Kau ok ke? Aku salah cakap ke? Sorry erkk." Aku menepuk-nepuk belakang nya.
"Takdelah. Dia ada cakap yang dia sayang kat perempuan tu. So,aku tak tau lah aku ada peluang ke tidak? Apalagi dengan keadaan dia sekarang ni." Aisy mengius-nguis jarinya.
"Time keadaan dia sekarang ni lah kau perlu ada di sisi dia. Siapa tau hati dia akan terbuka." Aku menghadiahkan senyuman manis pada Aisy. Dia perlukan support sekarang ni.
"Aku tak tau lah." Kali ni Aisy menguis-nguis kakinya pada karpet.
"Takpe,kau fikir baik-baik. Sekarang ni kau rehat je dulu. Mesti kau penatkan. Biar aku yang masak kali ni. Special untuk kau." Aku menyapu-nyapu kepala Aisy.
Aisy hanya menggangguk. Kemudiannya,aku terus ke dapur untuk memasak. Takpe,kali ni aku rajin sikit. Sikit je lah.
**********
"Apa yang kecoh-kecoh pagi ni?" Aku yang baru datang terus menggeledah orang yang berada di tempat ku. Kenapa berkumpul tempat aku?
"Kau lah perempuan tu kan." Tiba-tiba seorang perempuan teriakkan aku.
Semua mata terus tertumpu pada aku. Wuii...macam nak tumbuk aku je ni.
"Pasal apa pulak ni?! Aku tak tau lah. Perempuan tu perempuan ni lah. Kecoh lah pagi-pagi ni. Tak lama boss nak datang dah ni." Aku terus menghentak tanganku pada meja.
"Tak lama boss datang konon. Padahal nak menggatal lah tu dengan boss. Kot-kot nak cerita yang dia dah mengandung lah tu." Seorang lagi perempuan di situ bersuara.
Menggatal? Mengandung? Apa ni? Aku tak faham lah. Takkan aku nak menggatal dengan boss pulak. Dia kan boss aku.
"Apa ni?! Aku tak fahamlah." Aku terus duduk di kerusi ku.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...