Datin Maria lari masuk ke tandas bersama tangisan.
"Ehhh...Datin. Kenapa ni? Ok ke?" Aku yang baru keluar tersedar kehadiran Datin Maria yang tengah bersedih.
"Aunty ok je. Terima kasih ye nak." Datin Maria mengelap air matanya yang masih bersisa.
"Nak saya temankan turun ke?" Aku mahu menemaninya ke bawah namun ditolak.
"Takpe nak. Aunty ok je. Eh...kamu ni Assistant Tuan Emir?"
"Ye Datin. Ada apa-apa yang nak saya sampaikan?" Aku melemparkan senyuman.
"Sampaikan salam aunty je. Terima kasih ye nak. Tolong tengok-tengokkan Tuan Emir ye. Aunty turun dulu. Assalamualaikum." Datin Maria meminta diri.
Woww...baiknya Datin ni.
"Baik Datin. Nanti saya sampaikan. Waalaikumsalam."
Datin Maria kelihatan seperti bergegas.
"Baiknya Datin tu. Untung suami dia ye." Aku tersenyum sendiri.
***********
"Hasya,hari ni aku pulang awal. Kalau ada staff cari,cakap yang aku dah balik."
Mata Emir kelihatan seperti baru habis menangis. Mukanya jugak pucat seperti tadi. Apa jadi lepas Datin Maria jumpa tadi? Dua-dua menangis.
"Ok boss. Oh ya, Datin Maria kirim salam." Aku tersenyum.
Emir memegang kepalanya yang mulai berdenyut. Sakit kepalanya mendengar nama Datin Maria.
"Ehh...boss. Ok ke? Nak saya panggil kan Ryan?" Aku panik. Aku yang salah ke?
"Tolong panggil kan Ryan." Emir seperti mahu pitam.
Aku yang risau lantas memegang lengan Emir yang berlapik kemeja itu. Eh...panas sangat ni. Demam ni.Aku mendudukkan nya di kerusi ku. Emir hanya menuruti.
"Jap ye boss." Aku terus menekan interkom memanggil Ryan untuk segera menolong Emir.
"Aku datang sekarang. Suruh si budak degil tu tunggu aku yang macho ni."
Aku hanya membuat muka. Kawan dia yang tengah sakit ni pun sempat lagi dikutuknya. Siap puji diri sendiri lagi.
Aku nampak Ryan tengah berlari ke tempat aku dengan muka yang risau. Risau jugak dia ye.
"Kau ok ke bro?" Ryan memapahnya.
"Kau dah nampak aku begini. Mesti lah tak ok." Emir memarahinya.
"Sorry bro." Ryan tersengih.
Aku hanya menggeleng. Kawan siapa lah yang bengong ni.
"Ehh...panas sangat ni. Aku bawa kau ke klinik Adam ye." Ryan dapat merasa kan bahang badan Emir yang panas.
"Emmm." Emir tidak mampu lagi berkata.
"Tadi pagi kau sihat je. Ni pasal apa ni tiba-tiba sakit. Lain kali makan dan minum benda yang baik-baik." Ryan membebel pendek.
"Kau boleh diam tak. Aku sakit kepala ni. Jangan kau tambahkan lagi boleh tak!" Emir memarahinya. Malas mahu mendengar bebelan kawan nya ni.
Ryan hanya tersengih.
Aku hanya mampu tertawa melihat mereka dari jauh sehingga lah kelibat mereka dua hilang.
"Kenapa dengan boss?" Datang Siew Lin menanya pasal bossnya.
"Takdelah. Demam panas je."
"Pelik ye. Boss tu bukan selalu sakit macam demam begitu. Kalau demam pun mesti boss nampak ok je. Teruk betul demam boss kali ni ye." Terang Siew Lin panjang.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...