Bab 8

8.3K 224 1
                                    

"Sebelum kita mulakan meeting, ini Assistant baru saya. Perkenalkan diri kau." Emir menyuruh ku memperkenalkan diri.

Aku yang memandangnya menjadi kelam kabut. Aku lantas berdiri.

"Saya Ainin Hasya binti Abdullah. Boleh panggil Hasya dan umur saya 25 tahun. Ini kali pertama saya bekerja. So,harap semua dapat bantu saya." Aku melemparkan senyuman manis.

"Ok,kita start meeting kita hari ni. Hasya berikan saya fail yang berkaitan dengan projek yang kita bincangkan kali ini." Emir sudah menyediakan tangannya untuk menyambut fail.

Ya Allah... Aku lupa nak bawa fail projek tu. Ada je aku tinggal kan kat atas meja tadi. Matilah aku...

"Ma-maaf tuan. Maksud saya,boss. Fa-fail projek tu... tertinggal kat atas meja." Aku sudah tertunduk. Takut bapa harimau mengamuk.

"What!!! Kau tinggal kan fail tu. Cemerkap sangatlah kau ni. Pergi ambil sekarang! Right now!!!" Suara Emir tinggi seoktaf.

Aku terkejut dengan sergahannya. Lantas aku berlari keluar untuk mengambil fail tanpa menoleh walau sekilas.

"Maaf ye boss. Tapi boleh tak kalau boss jangan berkasar dengan dia. Lagipun ini first day dia bekerja di sini." Salah satu lelaki di situ bernama Izhar membela aku. Owww...so kind.

"Kau tak perlu sibuk. Ni hal dia dengan aku. Pandailah aku latih dia." Emir menjeling Izhar tajam.
Izhar mati kata. Tidak sanggup untuk melawan boss nya yang dingin seperti naga itu. Silap hari dia yang dipecat.

Emir terus membelakangkan mereka. Baru kau tau Hasya bagaimana rasanya bekerja kat syarikat aku kan. Senyuman nya melebar. Ini baru sikit, lepas ni aku akan buat hati kau lebih sakit lagi. Kau tunggu je lah.

**********

"Ini failnya boss." Aku tertunduk lagi. Dari awal pagi lagi aku tidak berani melihat mukanya yang dingin itu. Hanya lantai jadi pemandangan dan hiasan mataku.

"Bak angkat muka kau. Aku tak suka bila pekerja aku tak angkat muka dia dan tak pandang muka aku. Tiada confident dalam bekerja." Emir bersuara.

"Baik boss." Aku terus mengangkat mukaku dan memandang mukanya walaupun tidak suka untuk melakukan sedemikian. Senyuman palsu ku hadiah kan.

"Kan bagus kalau begitu. Kau sebagai PA aku kena hadap muka aku bukan lantai. Faham." Suara Emir kali ini kedengaran lembut.

Aku hanya menggangguk. Kemudian aku mengambil tempat di sebelah Emir sebagai PA yang setia. Setia lah sangat.

"Okay ,kita mulakan meeting kita hari ni ya. Sebelum tu terima kasih Hasya sebab ambil fail tadi.Saya nak bincang pasal bajet untuk projek tanah. Kate tolong uruskan segala bajet." Emir menyuarakan dan mengurus projek.

Selama dua jam kami bincangkan pasal projek. Memang hebat bagi orang yang masih muda seperti Emir menjadi CEO. Keyakinan nya memang tinggi.

"Hasya,masuk ke office selepas ini." Emir terus berlalu pergi. Aku termangu-mangu.

"Ba-baik boss." Aku terus melajukan hayunan langkah ku untuk terus menuju ke pejabat Emir.

Sampai di hadapan pintunya,aku berhenti. Nafas aku tarik sedalam-dalamnya. Baju dan tudungku dikemaskan sedikit.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum boss." Kepalaku dijegulkan.

"Masuk." Emir menghadap telefonnya seperti sedang berwhatsapp.

"Kenapa bosd nak jumpa saya?" Aku memberanikan diriku untuk memandang mukanya.

"Aku nak kau ikut aku hari ni." Mata Emir masih tertancap pada telefon pintarnya. Kelihatan fokus.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now