"Boss, dah ramai yang datang untuk temu duga. Boleh boss mulakan temu duga sekarang?" Suara Puan Diana kedengaran dari interkom.
"Ok. Mulakan sekarang. Awak tolong panggilkan orang pertama." Emir membalasnya dengan interkom.
"Baik boss."
Selang beberapa minit. Kedengaran pintu diketuk perlahan dan dibuka. Muncul wanita yang memakai pakaian sendat paras paha.
Gulp...rosak iman. Haishhh
"Boleh saya masuk?" Suara wanita itu kedengaran lembut.
"Masuk." Tegas Emir. Emir hanya tunduk dek kerana insaf. Insaf lah sangat.
Sesi temu duga bermula dari jam 7 pagi sehingga jam 9 pagi. Wanita yang datang temu duga, semua nya seksi-seksa belaka. Tinggal seorang sahaja lagi.
"Itu je yang datang temu duga,boss." Puan Diana bersuara di interkom.
Aikk...ada satu lagi resume kat tangan aku ni. Getus hati Emir.
Resume itu diperhatikan lama. Perempuan bertudung litup pada gambar resume. Berumur 25 tahun. Beza 3 tahun dengan Emir.
"Ok. Itu sahaja untuk hari ni. Saya nak keluar sekejap."
Belum sempat dia membuka pintu, pintunya ditolak kasar. Terkejut Emir apabila seorang wanita bertudung litup muncul dengan nafas yang tidak teratur.
"Ma-maaf saya la-lambat datang inter-interview." Suaraku kedengaran jelas tidak jelas dek nafas yang sesak.
"Maaf, temu duga dah tamat. Awak boleh balik." Suara Emir jelas kedengaran dingin.
"Tolonglah, saya merayu sangat." Tanganku disatukan untuk meraih simpati.
Emir mendapat satu idea yang bernas. Bernaslah sangat. Dia tersenyum sinis
"Awak boleh masuk."
Senyuman ku terus melebar. Harap-harap lah dapat. Sejurus akj masuk, Emir menghentak kuat mejanya.
"Encik, ada masalah ke?" Aku menyoalnya hairan. Tak sakit ke tangan dia hentak-hentak meja begitu.
"Saya memang ada problem."
Langkahnya satu persatu diatur mendekati aku. Satu persatu juga langkah aku ke belakang dibuka dan buk. Dinding kat belakang aku dah...
"Encik, saya datang ni nak interview." Suaraku bergetar. Dadaku berombak kencang.
Emir tidak menghiraukannya. Tangannya dihentak ke dinding tepat di tepi muka ku. Gulp. Liur ku telan sedikit.
Wajah Emir semakin dekat pada pipi ku. Mataku langsung terbeliak dan nafasku tidak teratur.
Pang!
"Aduh! Sakitlah,Tak guna! Sial!" Emir mengadu kesakitan dek tamparannya yang kuat.
"Kau yang mulakan dulu lah si miang."
Geram mendengar kata-kata ku, Emir menolakku kuat ke dinding.
Buk!
Mulut ku ditekup kuat. Belum sempat dia menahan kedua belah tangan ku, aku lebih mendahului.
Perut Emir Ku tendang kasar. Nasib baik ada seni mem-pertahankan diri. Fuhhh~
"Amek tu. Enakkan." Aku mengejeknya keriangan.
"Tak guna kau perempuan. Kau tunggulah apa yang aku akan buat kat kau."
Aku terus keluar dari pejabat Emir dengan jelingan tajamnya. Mukaku merah padam akibat menahan marah.
Puan Diana hairan melihat muka ku seperti begitu dan terus menjenguk bossnya.
"Ya Allah boss. Nak telefon ambulance ke?" Risau Puan Diana.
Emir menggeleng. Dia memegang perutnya yang sakit kerana penangan ku yang hebat. Mukanya berkerut menahan sakit.
"Pa-panggilakan Ryan dengan segera." Emir mengarah sambil perut dipegang kuat.
Puan Diana hanya mampu menggeleng dan terus memanggil Encik Ryan melalui interkom.
Pandangan Emir mulai kabur dan kelam. Emir pengsan sebelum Ryan tiba.
**********
Aku pulang dengan mukanya yang merah padam. Marahku masih belum redah.
"Tak guna punya jantan. Kebanyakan lelaki kat dunia ni semuanya sama je." Aku menjerit seperti melepaskan nuklear di hati.
"Apasal teriak-teriak tu." Aisy keluar dari biliknya dengan pakaian kerjanya.
"Aikk...kau belum pi kerja lagi?" Aku naik hairan.
"Biasanya aku masuk kerja jam 11 lah. Hah...jangan nak tukar topik. Apsal kau balik marah-marah pula ni?" Aisy meneruskan soalannya.
"Mamat CEO syarikat E.N holdings tu lah. Tak guna betul! Adakah patut dia nak cium aku."
"E.N holdings!!! CEO syarikat tu bukannya handsome ke dan muda." Suara Aisy kedengaran teruja.
"Yang kau teruja sangat ni apasal pula? Aku ni mangsa dia tau." Aku masih tidak puas hati.
"Hehe...sorry erkk. Aku cuma dengar cerita yang CEO syarikat tu masih muda lagi dalam lingkungan 27 tahun."
"Aku tak kisah pun siapa dia. Yang penting,kalau aku jumpa dia. Aku nak dia rasakan aikido aku ni." Aku mengangkat muka nya berlagak.
"Yang penting kau selamat kembali Sya. Kalau tak,memang aku telefon polis dah."
"Iya lah.Eh eh...jam 10.45 dah ni. Baik Kau pergi sekarang." Aku mencuit-cuit bahu Aisy dan menunjuk jam dinding ruang tamu.
"Alamak! Dah nak jam 11 ni. Kau punya pasal la ni. Haihhh..." Aisy terus mengambil begnya dan berlalu pergi.
"Bertuah punya anak. Aku pula dituduhnya. Nasib baik aku ada ingatkan dia." Aku membebel sendiri.
Fikiran ku kali ini dihantui pula dengan tragedi tadi.
"Daripada memikirkan hal tu, lebih baik aku landing."
Aku menghayunkan langkah terus ke bilik dan meng-hempaskan badan ke katil. Fuhhh...enak rasanya baring di katil yang empuk. Terus terlelap dibuatnya.
# Tidur adalah benda paling hebat.Hahahhaha
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...