"Kak Aisyah,mana mak?" Soalku. Aku ni dah lama tak jumpa mak sejak kerja. Ampunkan aku mak.
"Ada kat bilik 1022. Adik duduk lah dulu. Ajak sekali boyfriend adik tu duduk sekali."
Aku terus ke bilik yang dinyatakan.(Nombor bilik tu sis hantam je. Hehehe.)
"Duduk lah dulu." Kak Aisyah mempelawa Emir.
Emir menggangguk lantas duduk.
"Siapa nama?Dah lama kenal dengan Ain?" Kak Aisyah memulakan perbualan. Kak Aisyah ni peramah orangnya.
Ain? Mesti nama panggilan dia kat rumah ni. Well,nama dia kan Ainin Hasya.
"Panggil Emir.Baru kenal sebulan." Jawab Emir. Dia sangka aku ni boyfriend Hasya. Mainkan role je lah.
"Jaga Ain tu baik-baik tau. Adik akak tu baik orangnya. Time akak sambung belajar,dia yang jaga adik-adik lain kat rumah. Dulu,hidup kami tak macam sekarang.
Kalau dulu,mak kami tak mampu nak tampung kami belajar semua. So,adik akak yang sorang ni kerja sekali belajar nak bantu ringankan beban keluarga. Eh,maaf ye. Panjang pulak akak cerita ni." Kak Aisyah tersengih.
Sama macam aku. Banyak mulut. Kakak borek,adik rintik.
"Tak pe,teruskan. Saya pun nak jugak tahu pasal GIRLFRIEND Mir ni dalam-dalam." Perkataan girlfriend itu ditekan kuat.
"Ok,akak sambung. Habis je akak sambung belajar. Giliran dia pulak untuk sambung belajar. Nasib baik akak dah jadi guru. So,senang lah akak nak tampung diorang semua. Cita-cita dia tu tinggi.
Bilang dia,nak jadi PA lah katakan macam dalam novel. Tapi tak sangka dia betul-betul dapat jadi PA. Allah balas balik kebaikan dia ye. Terima kasih banyaklah untuk boss dia ni sebab terima adik akak ni." Kak Aisyah tersenyum.
Emir yang mendengar kisah tersebut membuatkan dia tertunduk. Kuat semangat ye si Hasya ni. Aku pulak hidup dalam kemewahan. Mesti ramai lagi di luar sana yang hidup macam tu.
"Nak jenguk mak dulu. Nak ikut?" Kak Aisyah mengajak Emir.
Emir menggangguk. Nak jugak tengok bakal mak mertua lah katakan.
**********
"Maaakkkk!!!" Hasya membuka pintu wad dan terus memeluk mak kesayangannya.
"Eh,kenapa ni?" Puan Rusna menyapu-nyapu kepala anaknya.
Tubir air mata Hasya jatuh bercucuran.
"Sya-Sya minta maaf sebab dah lama tak balik." Tangan maknya terus dikucup bersama air mata.
"Macam lah mak ni nak mati dah. Orang jatuh bilik mandi jelah. Sakit belakang je pun."
Aku memandang mak dalam.
"Betul mak ok? Kakak telefon tadi pagi macam mak ni nak critical." Aku mengelap air mata yang masih bersisa.
"Ok lah. Takde nya wayar melekat kat badan mak ni. Lagipun,cara mak bercakap macam orang kuat je kan." Mak bangun dari katil wad.
"Eh,hati-hati mak."
"Aduh-duh-duh. Pinggang mak." Mak memegang pinggangnya yang sakit.
"Baringlah mak. Ingat kan serius sangat. Buat penat je lah kita menangis berlagu bagai."
"Kau jelah." Mak tersenyum.
"Eh,senyum-senyum bagai. Entah-entah,mak yang suruh Kak Aisyah buat begitu kan,supaya Ain balik."
Pintu wad terbuka.
"Memang pun dik. Mak nak tengok muka kau. Tu yang suruh ikut dalam rancangan ni." Kak Aisyah menepuk belakang Ku perlahan.
"Maakkk!!! Kak Aisyaahhh!!! Orang banyak kerja lagi kat sana tu." Aku merungut.
"Eh, siapa tu? Suruh lah dia duduk. Kesian dia berdiri." Mak yang sedar dengan kehadiran Emir menyuruhnya duduk.
"Ooo...tu boyfriend Ain. Baru kenal sebulan, kan. Duduk lah kat bangku tu." Sekali lagi Kak Aisyah mempelawa.
Aku yang memandang Emir terus membesarkan mataku. Apalagi boss sengal aku cakap kat Kak Aisyah ni.
"Wah,mak dah ada calon menantu sorang lagi. Baguslah kalau begitu." Makin lebar senyuman di bibir mak.
Ya Allah! Makin susah lah aku nak jelaskan begini ni. Terpaksalah main watak girlfriend palsu dulu ni.
"Nama dia Emir,mak. Boyfriend merangkap boss. Baru je sebulan kenal." Aku memaniskan senyumanku walaupun palsu.
"Handsome bakal menantu mak ni. Pandai anak mak tackle ye." Mak menyiku-nyiku lenganku.
"Handsome ke mak? Baguslah kalau mak suka." Aku tersengih palsu.
Muka Emir terserlah dengan senyuman lebarnya. Suka lettuw di puji mak aku.
"Suka lah. Siapa yang tak suka dapat menantu handsome, kan Emir."
Eh eh,tanya Emir pulak.
"Mestilah mak cik." Emir menayangkan muka sejuta ringgitnya yang handsome tu.
"Panggil mak je. Dah nak jadi menantu kot."Mak,Kak Aisyah dan Emir ketawa. Aku hanya tersengih. Bahaya ni, aku yang kritikal nak terangkan kat mak nanti.
"Kak Aisyah,mana bang Ed?" Aku menukar topik. Malas mau puji big boss.
"Abang Ed kerja."
"So,Kak Aisyah yang hantar mak?" Aku terkejut.
"Yelah,siapa lagi? Akak kan dah pandai bawa kereta." Kak Aisyah mengetuk kepalaku.
"Aduh,sakitlah. Abang Ed selalu sibuk." Aku mencebik.
"Suami akak tu. Mengutuk je kau tau. Boyfriend kau tu pun sama." Kak Aisyah membalas.
"Eh,akak ni kutuk orang depan-depan." Bisikku perlahan.
"Bagus lagi kutuk depan-depan dari belakang-belakang macam kau."
"Sudah lah tu bergaduh. Benda kecil je pun." Mak masuk campur. Kalau mak tak masuk campur,sampai esok berperang.
Emir yang jadi pemerhati hanya ketawa. Seronok sangat dia tengok kami bergaduh erkk.
"Okok. Akak menang. So,adik Aiman dengan Aidil mana?"
"Si Aiman tu asyik bawa anak buah dia main je. Mananya mau belajar tu. Dah lah nak dekat STPM tu si Aiman." Kak Aisyah membebel.
"Biar Ain yang jumpa diorang. Jom kita balik." Aku yang tidak sabar-sabar mahu balik mengajak kak Aisyah.
"Akak nak jaga mak dulu. Petang ni baru mak boleh balik. Kalau nak balik,balik lah dulu."
"Ok lah kalau macam tu. Kak,mak. Ain balik rumah dulu." Aku menyalam tangan mereka.
"Eh,dah nak balik KL?" Puan Rusna risau. Baru je jumpa anak dia sorang ni.
"Orang bukan nak balik KL lah. Balik ke rumah kita lah. Jumpa mak nanti kat rumah." Aku dan Emir keluar sambil melambai-lambaikan tanganku.
Maaf kalau cerita sis makin hambar ke bosan. Sis still mencuba. Kalau crita setakat ni ok,alhamdulillah.
![](https://img.wattpad.com/cover/164358236-288-k740357.jpg)
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Altele-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...