Bab 5

9.8K 249 0
                                    

Sebulan kemudian...

"Hasya...Kau belum dapat kerja lagi ke?"

Sudah sebulan aku mengganggur. Kerja yang sesuai dengan kos Ku memang susah untuk didapati.

"Susahlah cari kerja ni. Leceh sangat. Semua syarikat yang aku pergi semuanya dah penuh." Aku mencebik.

"Cepat sangat lah kau give up babe. Kau kena usaha lagi lah."

"Kalau ada rezeki aku, adalah tu. Tunggu masa je ni." Aku membalasnya selamba sambil menikmati mee segera yang terhidang.

Bunyi telefonku tiba-tiba berdering. Ganggu timing makan betul. Lantas ku capai segera.

"Hello. Assalamualaikum." Aku memulakan bicara dahulu.

"Waalaikumsalam. Ini cik Hasya ke?"

"Ye, saya." Aku hairan bila namaku dicari. Siapa lah yang cari aku ni.

"Tahniah cik. Cik telah berjaya melepasi temu duga dan mendapat jawatan Assistant kepada CEO syarikat kami. Esok,sila datang ke syarikat E.N holdings untuk mendapatkan pengesahan. Itu sahaja. Terima kasih."

Tut tut...
Talian dimatikan.

"What! Aku tak salah dengar ke?" Aku masih kaku memandang telefonnya.

"Siapa yang telefon tu Sya?" Aisy hairan memandang aku yang diam tidak berkutik.

Senyuman Hasya mulai melebar.

"Aisy!!! Aku dapatlah jawatan PA tu." Badan Aisy ku peluk erat.

"Woi woi, mati aku tak bernafas."

Pelukanku dileraikan. Fuh,nasib baik.

"Apasal kau happy semacam ni? Senyuman kat muka kau tu, tak lekang lagi tu."

"Aku dapat kerjalah. Dah sebulan kot aku cari kerja." Aku masih menggenggam tangan Aisy.

"Syukur alhamdulillah. So,baik kau telefon mak kau sekarang." Genggaman Hasya tanganku dileraikan.

" Tu je respon kau. Punyalah aku peluk kau bagai. It's okay. Baik aku telefon mak aku sekarang." Telefon pintarku lantas dicapai.

"Mejok lah tu." Aisy buat muka menyampah.

Aku tidak mengendahkannya. Nombor mak tersayangku terus didail.

"Hello assalamualaikum mak. Pa kabar orang sana ya?" Seperti biasa aku akan memulakan bicara.

"Waalaikumsalam nak. Kenapa dah lama tak dengar kabar kamu ni? Dah dapat kerja?"

"Aikkk...Sya yang tanya kabar mak dulu kot. Takpe takpe, Hasya baik je kat sini. Sya dah dapat kerja. Mak jangan risau ye. So,pa kabar lak orang sana?"

"Iya. Mak dengan lain-lain kat sini baik je. Hahhh bagus lah dah dapat kerja. Tapi lepas ni jangan pula anak mak ni berhenti kerja. Jaga adab kat sana. Jaga nama mak dan ayah ya nak." Mak berceloteh panjang. Sayang benar dia dengan anak sulungnya ni.

"Okay mak. Dahlah dulu mak. Nanti Hasya call lagi. Hasya nak tidur dulu untuk pergi kerja esok. Selamat malam mak. Assalamualaikum. Muah." Aku cuba mematikan bicara. Kalau diajak bercerita ni memang tak habis lah jawabnya.

"Tidur lena ya nak. Selamat malam. Waalaikumsalam. Muah banyak-banyak."

"Byeee." Aku terus mematikan talian.Badanku terus direbahkan di atas katil.

Fikiranku menerawang memikirkan nama syarikat tersebut. Macam pernah dengar nama syarikat tu.

Mataku terus terlelap kerana kepenatan. Penat lah sangat.

*********

Sebelum itu...

"Selamat pagi boss. Schedule tuan hari ni pada jam 10 pagi ni ada mesyuarat dengan share syarikat. Jam 2 petang ada temu janji dengan Cik Hazel dan jam 8 malam ni ada family dinner dengan Datin dan Dato'."

Puan Diana masih dengan tugasnya walaupun dia tahu itu hari terakhirnya bertugas sebagai PA.

"Ok. Dan panggilkan Encik Ryan sekarang." Emir masih dengan muka ketatnya.

"Baik boss."

Pintu bilik dihempas perlahan.

"Schedule aku hari ni penuh sangatlah. Haishhh..."

Emir membuka telefon nya apabila ada notification muncul. Notification yang muncul ditekan.

"Alamak,assistant lagi aku lupa nak pilih. Hampeh betul." Notification dipandang lama apabila perkataan PA terdedah.

"Emirrr!!!" Ryan muncul secara tiba-tiba. Pintu pejabatnya ditolak kuat.

"Woi...kenapa kau nteriak-teriak ni? Bingit telinga, tau tak?" Telinganya disapu perlahan.

"Whateverlah Emir. Yang penting aku bahagia. So,kenapa boss muda ni panggil I ye?"

"Aku nak katengokgi jumpa dengan share syarikat jam 10 ni. Kau boleh tak?" Riak muka Emir serius. Tidak seperti kebiasaan.

"Aku tak bolehlah Mir. Jam 9.30 ni aku nak ambil adikku kat airport la. Sorry erkkk." Bahu Emir dipegang Ryan.

" Takpe lah. Siapa je lah aku ni kan?" Muka Emir monyok.

Adehhh...macam mana ni? Aku nak urus pasal PA la. Emir mengeluh.

"Bencilah aku tengok kau monyok-monyok ni. Macam budak-budak sangat. Mana taiko yang aku kenal ni?" Rambut Emir diramas kasar.

"Aku katakan takpe lah. So,keluar lah kau. Aku tak perlukan Kau sekarang ni." Emir membelek-belek fail di mejanya.

"Menghalau nampak. It's okay. Aku ni siapalah je kan."

"Thanks jadi kawan yang baik ye bro." Muka Emir mengejek menandakan sindiran.

Hanya jelingan tajam diberikan Ryan. Pintu pejabatnya dihempas kuat.

"Kau ke atau aku yang merajuk sekarang ni" ketawanya meletus satu pejabat.

"Ok. Aku takde masa nak ketawa bagai. Aku nak urus pasal PA kesayangan baru lagi."

Mukanya kembali serius dan rambutnya dikemaskan ke belakang. Resume di dalam fail dikeluarkan dan dibelek satu persatu.

"Bukannya ini..." Resume perempuan bertudung litup diperhatikan.

Peristiwa hari itu bermain semula di ingatan Emir. Dialah perempuan yang menendang perutnya. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Kau jangan ingat kau akan terlepas lagi. Kau tunggu lah apa yang aku akan buat dengan kau." Ketawa Emir meletus sekali lagi.

Puan Diana yang duduk diluar hairan dengan ketawa sinis Emir.
Dah kenapa boss aku ni? Gila ke? Muda-muda pun dah gila?

Emir membuka pintu biliknya."Puan Diana, tolong panggil Encik Hilman. Dengan segera."

"Baik boss."

Puan Diana terus memanggil Encik Hilman melalui interkom. Encik Hilman terus bergegas ke bilik pejabatnya di tingkat paling atas.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik pejabatnya terbuka luas.

"Maaf boss. Kenapa boss paling saya?" Encik Hilman masih diluar pintunya.

"Masuk dulu dan tutup pintu tu."

Encik Hilman masuk dengan debaran yang hebat. Apa salah yang aku buat ni? Hatinya berbisik kecil.

"Awak tolong dailkan nombor pada resume ni dan bagitau dia bahawa dia telah berjaya jadi Assistant saya seperti kebiasaan awak buat sebelum ni." Panjang lebar diterangkan Emir.

Resume yang ditunjukkan segera dicapai oleh Encik Hilman.

"Ok boss." Encik Hilman terus mendail nombor pada resume tersebut. Aku ingatkan dia nak marah aku. Huhhh nasib baik.

Senyuman sinis pada bibir Emir tidak lekang. Setakat ini hanya dia yang tahu rancangan nya untuk mengenakan perempuan tu. Perempuan tu adalah aku.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now