"Sya kau kena tolong aku." Riak muka Emir seperti seseorang yang memang memerlukan pertolongan. Alo lo lo...kesiannya muka dia ni.
"Kau nak aku tolong apa tu?" Melihat muka nya sedemikian membuatkan aku seperti mahu membantunya. Harap-harap lah benda yang dia minta tolong ni senang je. Aamiin...
"Kau tolong aku untuk menyamar jadi girlfriend aku time jumpa cik Zahra." Bersinar-sinar muka Emir meminta tolong. Makin bersalah pula tengok muka dia ni. Aku tak nak lah buat benda ni.
"Why me? Ada je orang lain kat luar tu berlambak. Aku juga yang kau pilih." Mukaku berkerut bingung dan geram. Apa lagi masalah yang tuan aku ni buat?
"Kau PA aku. Lagipun masalah aku ni tiada siapa yang tahu selain kau. Kau kena tolong aku. Pleaseeeee." Mukanya dicomelkan. Ingat aku hadap sangat dengan muka kau begitu. Menyampah aku.
"Okay lah boss. Apa yang perlu saya buat time kita jumpa cik Zahra tu."
"Kau duduk je kat sebelah aku. Tapi aku akan cakap kat dia yang kau ni girlfriend baru aku. Ok,deal?" Emir bersungguh-sungguh sangat memberi penerangan.
"Ok lah. Deal." Mukaku menyampah. Nasib Baiklah kerja ku duduk dan dengar je. Fuhhh.
"Good girl." Tangan Emir seperti mahu menyapu kepalaku. Aku sempat mengelak. Aku hanya mampu melemparkan senyuman. Malas melayan boss aku yang berperangai pelik ni.
"So,jumpa cik Zahra tu kat mana?"
"Nanti kau taulah tu. Aku yang pandu kereta tu, bukannya awak."
"Cis,aku tanya je pun." Aku ala-ala merajuk.
Aku bercakap seakan-akan dengan seorang kawan bukan dengan boss sendiri. Ikut suka aku je nak merajuk ya. Tapi kalau boss dingin dah keluar, kecut perut aku dibuatnya.
"Betul lah apa yang boss kau ni cakap. Just sit and wait."
"Ye lah boss. Boss je yang betul."
"Of course lah. Ini boss kau lah." Emir melemparkan senyuman sinisnya. Macam dah lama aku tak nampak dia senyum sedangkan baru tadi pagi aku nampak dia senyum dan ketawa.
**********
"Baby, siapa perempuan kat sebelah you tu? Adik you ke?" Cik Zahra membahaskan Emir sebagai baby. Eiuwww... Baby tua kot. Geli-gelaman aku dengar. Berbulu telinga.
"This is not my sister but my new girlfriend. Cute, right." Emir menarik bahuku mendekatinya.
Mataku terus terbeliak. Dahlah aku bertudung dan paling aku terkejut kan yang dia tak bagitau aku pun pasal rancangan gila dia ni. Enak-enak dia je nak sentuh-sentuh aku.
Aku terus menolak tangan Emir. Tidak selesa dilakukan sedemikian. Lagipun non-muhrim ok.
"So,who I am to you baby? I am your girlfriend too. And I lebih cantik dari sundal tu." Tangan cik Zahra tepat menunjuk muka ku.
Tidak cukup mataku terbeliak,mataku membulat. Aku? Aku perempuan sundal? Jadi dia tu perempuan apa? perempuan murahan, perempuan jalanan atau perempuan jalang? Hahahahaha
"Saya datang ni nak bagitau kat awak yang kita patut putus. So,hingga sini saja hubungan kita sebab awak ni membosankan. Lagipun,girlfriend aku ni lagi cantik plus cute."
Emir menekankan suaranya pada perkataan bosan itu. Nampak sangat yang lelaki tak setia ni cepat bosan dengan perempuan.
"Ni semua mesti sebab perempuan sundal ni kan." Sergahan cik Zahra membuatkan aku tidak sedap hati. Jangan lah jadi apa-apa. Ku mohon Ya Allah.
"Ni semua bukan salah..." Belum habis Emir menghabiskan kata-katanya.
Bushhh!
Mukaku sudah penuh dengan jus oren dek siraman cik Zahra. Aku terus berdiri dan memandang baju kesayanganku yang turut sama basah. Aku terus naik berang.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...