Bab 61

5.9K 220 13
                                    

"Tahniah ye Ainin." Semua staf memberi sokongan padaku.

Tiba-tiba,salah seorang staf bisik kat aku.

"Buat malam pertama jadi kenangan indah erk. Pasti boss pun suka punya. Aku dah sediakan hadiah baju tidur gaun yang paling seksi untuk kau." Dia menyiku ku dan memberi thumbs up.

Mukaku merona merah. Mana taknya,sebut pasal malam pertama.

"Kak Lana, kak Lana." Kataku kecil.

"Apa yang dia bisik kat awak tadi?" Soal Emir ingin tahu.

Aku membesarkan mataku.

"Awak tak perlu lah tahu. Hal perempuan." Aku acah-acah senyum.

Kalau dia tahu apa Kak Lana cakap tadi,memang suka lah dia tu.

"Awak kan isteri saya. Mesti lah saya kena tahu hal perempuan juga." Desak Emir.

Aku hanya diam memandangnya dengan kening terjongket sebelah.

"Nanti-nanti awak tahulah. Tak nak lah cerita kat sini. Eh eh, ada orang nak salam tu." Aku cepat-cepat menukar topik.

"Cuba tukar topiklah tu." Kata Emir kecil namun masih dapat ku dengari.

Aku merangkul lengannya.

"Tak payah nak merajuk sangat. Acah-acah baby tua lah awak ni." Bisikku.

"Merajuk manja dengan awak je pun." Emir mengemaskan rangkulannya pada pinggangku.

Aku membuka muka meluat.

Baru kahwin kot. Tak payahlah nak tunjuk sangat. Kau sayang kat aku pun aku masih tak tahu.

"Acah sweet romantik lah korang dua ni. Suka aku. Kan Bang." Aisy tiba-tiba masuk line.

Tengku Adam hanya tersenyum mengejek pada kami.

Aku memandang budak dua tu acuh tak acuh. Malas nak layan kerenah orang yang sekepala ni.

"Whatever. Baik kita layan tetamu yang nak balik ni. Kalau kau nak rehat dengan Tengku Adam,pergilah."

"Orait. Thanks ratu sehari. Hehe." Aisy merangkul lengan Tengku Adam yang hanya berada di sebelah Emir.

Aku dan Emir bersalam-salaman dengan orang yang sudah mahu pulang.

***********

Tibalah pada malam resepsi. Potongan kek lima tingkat.

Aku yang tak tahu apa-apa mengenai kek yang ditempah ternganga besar.

"Mak,Mami. Kenapa tempah kek lima tingkat. Membazir sangat." Aku mencebik.

"Bukan untuk kau sorang je yang makan kek ni. Boleh je sedekah dengan orang lain." Mak membebel pendek.

"Jangan lah marah mak. Mak ni, nanti cepat tua tau."

"Mak ni dah memang tua. Cepat tua konon."

"Ok. You win mum." Aku memeluk mak erat.

"Tak nak peluk Mami ke?" Datin Zulaikha turut sama mahu dipeluk.

"Biar Emir yang peluk." Emir mahu memeluk maminya tapiiiii...

"Mami nak Hasya juga yang peluk."

Emir mencebik.

"Jom peluk mami sekali." Aku menarik tangan Emir.

Senyumannya kembali kuntum.

Aku dan Emir memeluk mami.

Setelah itu,majlis untuk malam itu pun mula.

***********

"Tibalah di acara pemotongan kek dan suap menyuap antara raja dan ratu sehari kita."

Klik! Klik! Klik! Klik! Klik!

Boleh tahan flash kamera tu. Macam nak buta aku.

And one more,aku rasa macam dah nak naik lenguh mulut aku ni senyum. Penat sangat.

"Suap! Suap! Suap!" Semua tetamu yang masih ada memeriahkan lagi.

Setiap scene nak suap tu juga lah flash kamera tak henti hingga aku siap kunyah lagi.

"Sedapkan." Kata Emir sengaja meriuhkan suasana tu lagi.

Kek dia memang boleh tahan sedap jugalah. Dahlah cantik hiasan kek tu,sedap pula. Sebab favourite flavour kek aku fresh cream.

Aku hanya menggangguk dengan senyuman yang masih terkuntum layu. Layu?! Sebab penat sangat nak senyum ni. Hahahhahaha.

Setelah suap menyuap bagai tadi. Aku dan Emir mengambil haluan untuk tegur sapa tetamu sebelum majlis berakhir.

Tapi,aku masuk ke simpang lain pula. Aku mengambil angin di tepi kolam berdekatan sebelum tegur sapa tetamu lain.

"Arghhh!" Aku mengeliat perlahan. Nanti aku mengeliat kuat, karang suami aku datang pula.

"Hello and Hi Ainin Hasya. Congratulations baby. You look gorgeous but I more gorgeous than you. So,you must really happy because already win Emir heart,right?"

Aku mencari kelibat suara itu.

"Assalamualaikum ye. Awak Islamkan. Oopppss lupa agama pula kan. For your information,Of coures I am really happy but not you. Even you gorgeous than me or sexy than me but Emir look at me better than you." Aku tersengih kemenangan.

"Bitch you witch!"

Nadine menolakku.

Dush!!!

Aku ditolak ke dalam kolam dan aku tak pandai berenang.

Ya Allah!

"Tolong! Tolong! Uhuk! Uhuk! Tolong!!!" Jerit ku kuat.

Semua tetamu terus menuju ke kolam.

Nadine gelabah dan hanya terkaku memandangku.

Emir terus membuka tuxedonya dan terus terjun masuk ke kolam.

"To,tolong! Uhuk! Uhuk! Aku merangkul leher Emir erat."

Emir mengangkatku dan terus memandang tajam Nadine.

Nadine hanya mampu menelan air liur.

"Get out!!! I don't want to see you again!" Jerit Emir marah.

Semua tetamu memandang Emir dan Nadine silih berganti.

Air mata Nadine merembes laju dan menekup mukanya. Dia terus meninggalkan majlis perkahwinan kami.

"Do you need our help?" Soal Felix yang juga turut sama ada di situ.

"It's okay." Emir mengangkatku naik.

Aku masih merangkul lehernya. Malu sangat kat tetamu yang datang tengok aku macam ni.

Badanku menggigil sejuk.

"It's okay sayang. Abang dah selamatkan sayang." Emir memelukku erat.

Aku masih menutup mataku,tak nak buka.

"Hasya ok ke?" Soal mami risau. Ayah,mak Hasya dan Afiyah juga turut bersama risau.

"Emir nak hantar Hasya kat bilik dulu. Ayah tolong uruskan majlis. Nanti Emir datang."

Emir terus mengangkat ku with bridal style gitu. Semua mata terus tertancap pada kami.

Aku melekapkan mukaku pada dada Emir. Malu teramat sangat.

Dan pada malam itu,aku nampak satu sisi gentleman dia. Dada ni dah berombak-ambing. Dup dap dup dap dada ni tak henti-henti.

Aku kena sakit jantung karang tengok suami aku macam ni. Owwww...so sweet my gentleman husband.

Sorry dah lama tak update. It's been a while,right. Enjoy it today. InshaAllah dalam masa terdekat ni sis update lagi. Yang sentiasa support sis, thank you so much. Love you all guys.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now