"Salam mak." Aku mengucup tangan tua mak.
Aisy turut menyalami Puan Rusna.
"Jaga diri ye kamu berdua. Rumah tu jaga bersih-bersih. Minggu depan hari jumaat mak dengan Aiman datang tu." Kata Puan Rusna.
Aku dengan Aisy berpandangan. Mak aku nak datanglah.
"Aikk...dah kenapa kamu dua ni? Takkan lah terkejut dengar mak nak datang nanti."
"Eh...takdelah. Takkan lah kami tak benarkan mak datang pulak. Datang je. Terbuka untuk mak dengan Aiman." Aku melemparkan senyuman. Tidak jugak manis, tidak jugak pahit.
"Baguslah tu. Emmm...jalanlah. Kang lambat pi kerja. Tu lah...kemarin mak kata baliklah,tak nak balik."
"Mana ada mak cakap ye." Aku membuat muka.
Aisy ketawa terkekek-kekek. Lucu mendengar apa yang ku katakan.
"Mana-mana lah nak. Pi lah kerja. Dah jam 7 ni. Sampai sana dah jam 8. Hati-hati memandu ye." Puan Rusna menghantar kami sampai ke pintu.
"Ok mak."
"Jalan dulu makcik. Nanti jumpa lagi."
Aku dengan Aisy melambaikan tangan kami sebelum meloloskan diri ke dalam kereta.
"Ehhh...kak!" Aiman tiba-tiba berlari entah dari mana.
"Ni..huh huh..bagi satu bungkus tu kat abang Emir. Dua bungkus tu untuk korang." Nafasnya tercungap-cungap.
Patutlah dari pagi tadi tak nampak. Rupanya membeli bakso ye.
"Ye ye...nanti akak sampaikan. Terima kasih ye."
"Yoo...terima kasih. Nanti minggu depan akak bawa kau putar KL ye." Aisy memberikan thumbs up.
Aiman yang hairan tak tahu apa-apa tu turut memberikan thumbs up.
"Byeeeeee!!! Assalamualaikum." Aku dengan Aisy melambaikan tangan kami sekali lagi.
Mak dengan Aiman tersenyum dan turut sama melambaikan tangan.
Kereta kami pun jauh memecut meninggalkan halaman kampung kesayangan.
Sayonara!!! Ma ta atane.
************
"Ryan, kau kenal Nadine kan. Kawan sekolah kau dulu." Soal Emir dalam keadaan berbisik.
"Kau dah kenapa bisik-bisik ni? Kita je pun dalam office kau ni." Soal Ryan langsung. Belum lagi dijawab soalan Emir, dah berkalih ke soalan lagi.
"Huhhh...kau jawab je lah. Tak payah lah kau sibuk aku nak bisik ke tidak." Emir mengemaskan kedudukannya. Tidak lagi dalam posisi seperti mahu berbisik.
"Yelah-yelah. Nadine kan budak baru yang pindah masuk sama hari dengan aku pindah masuk tu. Budak yang tak bertudung tu kan."
"Budak tu lah. Kau tau tak aku terjumpa dia kat kenduri kawan mak aku."
Ryan berfikir sejenak.
Tiba-tiba meja dihadapannya dihentak kuat.
Terinjut bahu Emir akibat terkejut.
"Wait! Bukankah dia tu ex-gf kau yang kau cerita kat kami tu." Muka Ryan jelas menunjukkan sejuta seribu persoalan.
"Tu lah aku nak cerita ni." Emir memukul kuat tangan Ryan yang berada dimeja nya.
"Begini..." Belum sempat mula pendahuluan karangan cerita. Dah disampuk lagi oleh hantu sampuk ni.
"Jangan cakap yang kau dengan dia dah couple balik." Sampuk Ryan.
"Aku nak cerita lah ni. Bak kau dengar dulu cerita aku ni. Kang ku tempeleng kepala kau." Emir aca-aca mahu memukul Ryan.
"Sorry boss. Terus kan cerita anda." Ryan tersengih.
"Aku ada cakap kan yang aku dah putus dengan dia time kat London tu sebab apa kan. So,aku terus kan cerita jelah."
Ryan menggangguk.
"Malam tu aku kat tepi kolam sebab nak ambil udara segar. Ramai orang lah kat dalam rumah time tu. So,aku keluar lah. Time aku ambil udara segar tu, aku sendiri je. Tapi aku rasa macam ada orang perhati aku dari belakang. Then,aku toleh lah."
Mata Ryan tidak berkelip mendengar cerita. Malah telan liur lagi.
Tiba-tiba kedengaran pintu berketuk dan terkuak sedikit. Terjegul muka si cantik dengan tudung litup merah. Tada...
"Assalamualaikum boss. Maaf saya lambat. Jalan sesak tadi." Aku masuk bersama fail.
Muka Ryan sudah cemberut. Kacau cerita betul. Desis Ryan.
"Ehhh...dah kenapa dengan kau Ryan? Aku ada buat apa-apa ke?" Soalku hairan melihat mukanya yang cemberut mengada sangat tu.
"Kau lah. Kacau cerita aku dengan Emir. Dah nak masuk klimaks dah tadi tu. Cepatlah buat kerja kau tu. Nak sambung dengar cerita lagi." Ryan menyilangkan tangannya.
Pak!
Aku menghempuk kepala Ryan guna fail.
Ryan menjelingku sambil menyapu-nyapu kepalanya.
"Boss,tadi saya dah cek. Hari ni ada meeting penting jam 9 ni dengan Dato' Rahman. Jam 1,pergi ke butik La-Vence. Jam 3 pulak Datin Tengku Maria nak jumpa kat office ni. Tu je. Minta diri." Aku keluar secepat yang boleh. Malas nak tengok muka asam jawa cemberut si Ryan tu.
"Wait! Datin Tengku Maria? Siapa tu?" Soal Emir hairan bila mendengar nama Datin Tengku Maria.
"Takkan lah boss tak tau pulak. Mungkin boss punya aunty ke kawan mak boss ke. Yang pastinya, dia tu isteri kepada Dato' Tengku Yasin yang terkenal dalam bisnes tu."
Emir diam sejenak. Riak mukanya seperti terkejut. Aku dengan Ryan apa lagi,saling memandang kehairanan lah jawabnya.
"Boss,saya minta diri dulu. Kalau perlu kan apa-apa, panggil je saya kat luar." Aku keluar perlahan-lahan sambil mataku tidak berkalih melihat raut muka Emir yang pelik tu.
"So,nak teruskan cerita?" Soal Ryan. Rasanya Ryan ni dah faham kalau riak muka Emir begitu.
Emir masih diam tidak berkutik."Hello Mir. Dengar ke?" Ryan melambai tangannya di hadapan muka Emir yang sedang mengkhayal.
Emir sedar dari lamunannya.
"Sorry bro. Aku sambung cerita balik." Emir mengemaskan neck tienya lagi.
"Kau ok ke ni? Nak terus kan cerita?" Kening Ryan terjongket sebelah.
"Yelah Ryan. Apa yang aku nak risau pulak. Jom sambung cerita." Emir kembali pada perangai asalnya.
"Emmm...mana-mana je bro. Huhh...sambung lah."
"Kat mana kita berhenti tadi? Aku lupa lah." Emir tersengih tapi jelas kelihatan raut mukanya yang sedikit pelik itu.
"Time kau toleh tu."
"Oh ya pulak. Aku toleh je. Tiba-tiba muka Nadine yang aku nampak. Dia terus peluk aku. Nasib baliklah time tu tiada orang. Then,aku pun leraikan lah pelukan tu. Dia kata lah kat aku yang dia miss kat aku. So,aku pun malas lah nak dengar celoteh mulut dia tu dan terus bawa mak aku balik. Aku buat cerita kat mak aku yang kononnya ada kerja company tak siap. The End." Emir menghabiskan cerita nya.
"Hek eleh tu minah. Tak tau di untung. Dia yang mula kan semuanya. Dia pulak kata miss bagai kat kau. Menyampah aku." Ryan menyilangkan kakinya.
"Nanti lah kita cakap pasal benda ni lagi. Time kita lepak dengan Tengku Adam kita cakap lagi. Aku nak siap-siap jumpa dengan Dato' Rahman ni. Dah keluar lah kau dulu."
"Emmm..yelah. Bye. Jumpa nanti bro." Ryan melambai tangannya malas dan terus keluar.
Emir kemudiannya terduduk meraup muka nya. Seperti stress memikirkan sesuatu.
Please vote gaissss. Love ya so much.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...