Bab 44

6K 200 2
                                    

"Mami." Aku menyalam tangan Datin Zulaikha.

Emir memandang ku hairan. Bila masa pulak dia panggil mami aku begitu. Gumam hatinya.

"Emmm...kan bagus panggil mami begitu."

"So,mami. Kenapa nak jumpa kami?" Emir mengambil tempat di hadapan Datin Zulaikha.

"Makan lah dulu. Nanti mami cakap sambil kita makan ye. Sya pun pesan lah makanan." Datin Zulaikha tersenyum tetapi senyuman tu ada maksud mendalam.

"O-okay aunty. Eh,mami." Aku sedikit gagap. Macam tau-tau je apa yang mami mahu katakan.

Kami hanya diam ketika menunggu makanan sampai tapi muka Datin Zulaikha tetap senyum.

Apa agaknya mami nak cakap ni? Berdebar pulak aku menunggu ni.

Aku memandang Emir pulak. Well,reaksi selamba je sambil main telefon dia. Tak kekok pun dengan suasana yang aku tengah hadap ni.

"Nahhh...makanan kamu dah sampai. Makanlah. Sambil tu mami cerita lah perancangan mami ye."

Aku dan Emir menggangguk sahaja. Tiada yang mahu membuka mulut. Mulut ni dah berat sangat ke nak cakap iya ke ok.

Aku menikmati makanan kesukaan ku iaitu mee basah seafood plus ayam bersertakan teh O sejuk.

"Begini, mami nak cakap pasal pertunangan kamu dulu."

Aku dan Emir berhenti makan. Makanan di mulut terus ditelan.

"Makanlah." Datin Zulaikha hairan melihat kami berhenti makan.

"Tak. Mami cakaplah dulu pasal perancangan mami tu. Kalau kami makan karang, tersedak pulak. Tak ke naya kita. Kan Sya." Emir membesarkan matanya. Nak kita setuju lah tu dengan kata dia.

"Emmm...betul tu mami. Kang tersembur pulak air atau makanan ni keluar. Membazir pulak." Aku tersengih. Apa kau mengarut ni?

"Kalau begitu mami cakaplah dulu. Mami nak minggu depan ni buat majlis pertunangan dulu. Tapi kita jemput keluarga je. Then,bulan depan baru kita buat akad nikah sekali majlis perkahwinan besar-besaran. Apa macam? Ok?" Datin Zulaikha terang panjang lebar.

Aku dan Emir saling memandang. Bahasa isyarat kami tu macam dah boleh faham dah satu sama lain.

"Begini lah mi. Biar Emir dengan Sya bincang dulu. Nanti dah bagi kata putus. Emir bagitau lah. Tentang majlis pertunangan tu Emir setuju tapi Emir nak buat kenduri kecil-kecil je."

"Betul tu mi. Pasal majlis pertunangan tu Sya pun setuju dengan apa yang Emir kata tu. Minggu ni hari selasa mak Sya datang ke KL ni. Nanti Sya bawa jumpa kat rumah mami ye. Sekali bagi kata putus." Aku turut setuju dengan perancangan majlis pertunangan tu.

"Ok lah. Mami pun nak jugak dengan rancangan dari dua anak bujang yang bakal kahwin ni. Oh ya,dah ikut kursus kahwin?" Tiba-tiba mami menyoal kami pasal kursus kahwin.

"Emir dah pergi tiga tahun lalu."

"Sya pun dah pergi tahun lalu." Aku menayangkan sebaris gigi ku yang rata.

"Emmm baguslah tu. Kalau pergi lagi, lagi bagus. Makanlah. Dah sejuk tu makanan kamu."

Aku dan Emir memandang satu sama lain dan turut menggangguk serentak.

Kepalaku pening. Tak sangka mami akan cakap pasal benda ni. Aiyyooooo...

"Oh ya,lepas ni pergi butik ya. Mami dah buat appoinment. Tinggal kamu je yang pilih baju ye." Datin Zulaikha tersenyum hingga menyepetkan lagi matanya.

Sekali lagi aku dan Emir saling memandang. Respons yang sama diberikan dengan anggukan sahaja.

Tambah pening kepala aku ni. Aduhaiii kepala, sabarlah dikau ye.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now