Bab 7

9.1K 227 6
                                    

"Arghhhhh... Buat aku geram je lah boss kat syarikat tu." Suara ku bergema seluruh rumah.

"What is the problem Sya? Tell me." Aisy yang mendengar suara ku terus turun dari tingkat atas.

"Mamat tak guna tu aku jumpa lagi. Kenapa lah aku boleh lupa yang itu syarikat dia. Aku dah pi sana kot. Haishhhh." Kepalaku ku ketuk perlahan.

"Eh,kepala kau tak salah,yang salah tu kau sendirilah." Kepala ku disapunya perlahan. Sayang benar dia sama orang ni ya. Hehe.

"Ye lah. Aku yang salah. Tak cukup orang kat syarikat tu buat aku stress ditambah lagi dengan kau." Aku menunjuknya tepat  ke arah mukanya yang suci bersih itu. Flawless lah katakan.

"Aku pula. Kau yang cari masalah kot. So,kenapa kau ni macam orang gila lagi ni. Cerita sikit kat aku." Aisy melabuhkan punggungnya ditepi ku.

"Aku bukan apalah,tapi mamat yang aku pernah jumpa tu...boss kat syarikat tu. Haishhh... Kenapa aku boleh lupa ye." Aku meraup mukaku kasar.

"Mamat mana lagi ni. Kau terangkan aku dulu,siapa mamat yang buat buddy aku ni stress."

"Mamat yang cuba kiss pipi aku bulan lalu tu. Lagi satu tu,kita terjumpa dengan dia kat klinik time kaki aku terseliuh. Kau ingat tak?"

"Mamat yang ludah kau tu kan. Macam mana kau boleh lupa salah satu musuh kau." Aisy terus duduk menghadap aku. Kedua belah bahuku disentuhnya.

"Aku pun geram ni babe. Kenapa lah otak aku ni boleh jadi pelupa." Meja di hadapanku dihentak perlahan.

Bahu ku Aisy tepuk perlahan. Nampak sangat dia memahami perangai aku. Tiada orang lain yang sangat memahami aku melainkan dia, Aisy.

"Aku tak mampu buat apa-apa Sya. Aku hanya mampu doakan kau je. Good luck menghadapi hari anda dengan mamat handsome and pervert ye." Aisy memandang tepat mataku seperti pasrah dengan ketentuan.

"Kau jangan pandang aku macam tu. Kau tau kan yang kawan kau ni kuat dan hebat." Aku menepuk-nepuk dadaku perlahan.

Aku tak suka untuk kalah dengan orang lain. Tapi itu yang memberi aku semangat untuk menang.

"Aku tau lama dah kawan aku sorang ni. Fighting!" Aisy melemparkan senyuman.

Tak sia-sia aku puji kawan aku sorang ni.

"Yow."

**********

Alamak! Ini hari pertama aku nak kerja. Fuh...nervousnya.

Hati ku berombak kencang. Tangan ku sudah naik sejuk. Lutut kakiku sudah bergetar. Mata ku asyik melilau memandang sekeliling.

"Nak masuk sekarang ke? Atau aku masuk nanti." Kaki ku cuba melangkah masuk tapi dalam masa yang sama aku berpatah kembali. Aku hanya bermundar-mandir di hadapan syarikat. Semua yang lalu melihat aku hairan dengan keadaan ku.

"Hey baby girl. Apa yang kau buat kat depan ni? Aku perhati je kau dari dalam kereta aku. Kenapa? Tak nak masuk?" Emir menegurku. Mungkin hairan dengan keadaanku sedemikian.

Emir masih tetap berada di sebelah ku. Aku memandang nya sekilas. Nasib baik lah kau ni pervert,klu tak dah lama aku jatuh hati kat kau.

Mataku beralih melihat Emir lagi. Kulitnya yang sawo matang, hidungnya yang mancung dan matanya yang berwarna hijau seperti mata kucing. Handsome dan perfect. Memang handsome kalau kacukan melayu-thai.

"Puas dah kau scan aku." Emir terus memandang ku tepat pada mataku.

"Perasan." Aku terus meninggalkan Emir yang masih di hadapan syarikat. Pipiku yang merona merah terus ku pegang.
Huhh...panas. Kenapa lah aku pandang dia macam tu. Mesti dia perasan punya.

Suara ketawa sinis Emir dapat ku dengari. Yang peliknya, semua orang yang lalu sebelah Emir mesti riak muka mereka hairan. Tiada sesiapa pun yang pernah melihat dia ketawa seperti itu. Aku je kah yang rasa dia selalu ketawa.

"Woi, sini kau jap." Emir memanggilku. Dia bahasakan aku dengan 'woi' je.

Aku terus menoleh ke belakang. Kenapa lah si Emir ni lagi. Mentang-mentang dia boss.

"Kau kan mula kerja hari ni. So,kau kena bagitau schedule aku hari ni. Kita jejak je syarikat ni,aku anggap kau macam pekerja lain. Aku tak suka campurkan kerja dengan peribadi. Nanti aku bagi kau syarat dan terma syarikat."

"Baik tuan." Aku tabik hormat.

Emir terus meninggalkan aku. Aku membututinya dari belakang. Emir tersenyum sinis seperti ada yang dirancangkannya.

***********

"Ini tempat kau, kat depan office aku. Ini pula syarat dan terma syarikat untuk kau baca. Kalau kau tak jalankan tugas kau dengan baik, awas kau. By the way,panggil aku boss bukan tuan." Emir sudah memberi amaran. Mukanya serius menandakan dia tidak main-main.

"Baik tuan. Eh,boss." Aku tunduk menghadap lantai. Seram melihat mukanya yang serius dan dingin itu.

"Kau cek schedule aku hari ni. Nanti kau bagitau aku kat office aku." Emir membuka pintunya. Belum sempat dia menjejaki masuk office nya, aku memanggilnya lagi.

"Sebelum tu boss, saya nak tanya. Mana Puan Diana? Saya nak jumpa dia." Aku memandangnya serius. Tapi dalam hati, siapa yang tahu. Takut gak bercakap dengan mamat dingin ni.

"Kau sibuk nak jumpa dia kenapa. Tak perlu nak jumpa dia sekarang. Kau cek schedule aku dulu." Emir membelakanginya tapi suaranya yang dingin dapat didengari.

Aku terus naik seram. Patutlah pekerja syarikat ni takut kat dia. Rupa-rupanya cara dia ni dingin. Nasib kau la Hasya bekerja dengan mamat dingin dan pervert ni.

Aku terus mengambil fail yang tersedia atas meja. Ini kot dia punya schedule. Aku terus membuka fail tersebut. Ku belek satu persatu dalam fail tersebut.

Mesti ini schedule dia hari-hari sebelumnya tapi banyak gak temu janji dia dengan perempuan. Semua perempuan nya ni lain-lain. Aku bermonolog sendiri. Nampak sangat dia ni kaki perempuan.

Kakiku terus melangkah ke bilik pejabatnya. Nasib baik dekat je. Aku terus membuka pintu tanpa mengetuknya.

"Boss, ini schedule hari ni. Jam..." Belum sempat aku meneruskan kata-kata ku, Emir sudah memotong.

"Kau tak reti nak ketuk pintu ke?" Emir memandangnya sinis.

Aku tunduk memandang lantai. Diam tak bersuara. Tidak berani melihat muka Emir yang dingin.

"Kenapa kau tunduk? Tak nak teruskan apa yang kau perlu cakap tadi. Bagitau schedule aku hari ni."

Aku terus mengangkat mukaku tapi tidak memandang Emir. Aku terus memandang fail di tanganku.

"Maaf atas kesilapan saya boss. InshaAllah di ubah. So, schedule boss hari ni, jam 8 pagi ni ada meeting mengenai projek tanah. Jam 11 ada temu janji yang tertunda dengan Datin sehari yang lalu. Jam 3 ada temu janji dengan Cik Zahra. Itu sahaja untuk hari ni." Aku terus melangkah untuk keluar. Tiba-tiba Emir bersuara.

"Kau sebagai PA aku, kena ikut meeting pagi ni. By the way,aku nak kau tukar high heels dua inci kat kaki kau tu. Aku nak kau pakai lebih kurang lima inci. Faham!"

Gulp!Liur ku telan sedikit. Lima inci!!! Mati lah kaki aku. Yang susah tu duit. Mana aku nak korek tabung ni.

"Maaf boss. Kalau saya tukar kasut ni bulan depan. Boleh tak?" Aku seperti teragak-agak untuk menanyakannya. Takut aku diganyangnya pula.

"Aku nak esok juga kau tukar kasut tu. No excuse." Emir terus memutarkan kerusinya membelakang ku.

"Cis,aku mana ada duit nak beli kasut high heels bagai ni." Gumamku kecil. Namun dapat didengari Emir.

"Kau boleh keluar ya. Pintu kat depan tu je. Nanti jam 8 kita pergi meeting kat atas."

"Baik tuan." Aku terus berlalu keluar.

Mulutku ku pukul perlahan. Haishhh mulut ni bising sangat lah. Agak-agaknya dia dengar ke apa aku cakap tadi? Mati lah aku. Huhhh...

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now