"Makkk!" Aku memeluk mak kesayangan ku.
"Baru je kita jumpa beberapa hari lalu. Dah rindu?" Mak menepuk belakangku kuat.
"Acah-acah minta puji je tu mak. Sebab ada orang tu dah nak kahwin." Sampuk Aiman.
"Penyibuk je lah kau ni. Aku tempeleng kang. Biar terkehel leher kau." Aku acah-acah mahu memukulnya.
"Apa ni! Dah lah tu. Macam kucing dengan anjing je kamu dua ni. Tak boleh jumpa langsung. Jomlah balik cepat. Nak siap-siap lagi untuk malam ni." Marah mak.
"Ok lah mak. Yang penting Ain adalah kucing and adik tu adalah tutttt..." Aku cepat-cepat meloloskan badanku ke dalam kereta.
"Hek eleh kakak tomboy aku ni. Ku tumbuk betul-betul kang dia ni. Biar muka dia biru time kahwin ni." Geram Aiman dan terus meloloskan dirinya ke seat belakang.
"Shuuu...diamlah kamu dua. Tak tenang mak nak rehat otak ni." Marah mak lagi.
"Hehehe...sori mak." Aku terus menekan pedal kereta.
Aku dengan Aiman sempat lagi berbalas jelingan siapa punya jelingan paling mantap. Hahahhaha.
***********
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum." Kami memberi salam bersama.
Pintu besar itu terkuak luas.
"Waalaikumsalam. Masuk masuk." Mami menyambut kami mesra.
Aku terasa kekok tapi tak boleh biar ni sebab mak dengan Aiman mesti lebih kekok kan.
"Aisy,tolong genggam tangan aku ni. Gementar lah sis." Aku genggam buka tanganku yang mulai terasa sejuk.
"Jangan lah gementar. Belum kahwin dah gementar. Kuat semangat sis, ni bukan sis berani yang aku kenal." Aisy menggenggam tangan ku.
"Siapalah tak seram kalau kita nak bawa bincang hal kahwin. Ni tentang future aku, Aisy." Genggaman tanganku makin erat.
"Kau yang decide nak kahwin dengan dia. So, kau tak perlu lah risau. Kalau Allah dah bagi petunjuk dari istikharah kau tu, tak perlu lah nak ragu-ragu."
"Aku bukan ragu lah siot. Seram! Faham tak!" Aku menjentik dahi Aisy.
"Anak-anak dara oii, cepatlah masuk. Dari tadi cerita kamu dua ni tak habis. Tuan rumah tu dah menunggu kedatangan bakal menantu dia ni." Kata Puan Rusna kuat.
Aku dan Aisy terus menghayunkan langkah besar dengan segera.
"Assalamualaikum." Aku dan Aisy serentak memberi salam.
"Waalaikumsalam Sya. Masuk." Datin Zulaikha mempelawa kami masuk.
Disebabkan kami bergerak macam kura-kura tadi, mak dengan Aiman dah masuk awal dari kami.
Aku dan Aisy terus menyalam dan berlaga pipi dengan Datin Zulaikha.
"Cantiknya Sya dengan Aisy malam ni. Mami suka nampak anak dara yang ayu-ayu ni." Datin Zulaikha memaut lengan ku dan Aisy pada kedua belah tangan Datin.
Ayu? Kalau Datin Zulaikha tau yang aku ni budak karate, memang ketawa lah Datin.
Aku mengambil tempat di sebelah mak. Dan Aisy disebelah ku.
"Fiya, panggil abang kamu tu. Bersiap mengalahkan mak datin pulak. Tetamu dah datang ni."
"Ok mi." Afiyah terus bangun dan menuju ke tingkat atas.
"Maaflah ye. Emir tu malu sebenar nya. Tu yang lambat tu. Kan bang." Datin Zulaikha memandang suaminya yang baru keluar dari bilik dan mengambil tempat bersebelahan dengannya.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...