"Assalamualaikum boss." Aku menjegulkan muka ku di pintu.
"Masuk lah." Emir sibuk dengan fail tebal di meja nya. Bukan satu fail je, tiga empat fail ada kat meja tu.
"Hari ni schedule tuan tak padat. Today, jam 11 ni,boss ada meeting tentang projek Dato' Rahman. And in 2 o'clock, boss need to meet Datin Zulaikha. That's all for today." Aku melemparkan senyuman manis kemudiannya terus berlalu keluar.
Entah kenapa mood aku hari ni lain macam. Happy je dari tadi pagi.
Emir yang hairan melihat perlakuan ku menjongketkan keningnya sebelah.
Why mood dia hari ni happy semacam ye? Gumam hati Emir.
Emir berdiri dan terus berlalu keluar. Matanya terus tertancap pada sekunjur badan yang sedang menaip.
Nak mula cakap apa ye? Emir berfikir sejenak. Dia berhenti di depan meja ku.
Kepala ku dongakkan.
"Emmm...nak makan tak sama-sama tak? Aku belum makan pagi lagi ni. Jom join aku."
Emirrrrr...apa kau cakap ni? Kau dah makan kot tadi pagi.
"Saya dah makan tadi pagi boss tapi kalau nak ditemankan, boleh je." Hasya berdiri.
Emir tersenyum.
Tak sangka dia akan temankan aku. Desis hatinya.
"Jom. Kalau kau nak makan, pesan je. Aku belanja."
"Ok lah boss." Hasya mencuit hidungnya.
Mood boss hari ni tak dapat diterjemah pulak ye. Kalau boss happy,saya sebagai assistant pun kena happy. Desis hatiku.
***********
"Terima kasih ye Sya." Kata Emir memulakan perbualan.
Well,dari tadi kami diam hingga lah sampai restoran ni. Entah nak kongsi cerita apa.
"Eh, kenapa boss berterima kasih pulak ni? Saya yang patut berterima kasih sebab ajak saya makan." Aku menampakkan sebaris gigi ku yang rata.
"Bukan tu maksud saya. Emmm,maksud saya pasal terima pinangan tu." Emir terus tunduk.
Terima pinangan tu. Terima pinangan tu. Perkataan tu bergema di otak.
Muka ku merona merah. Terasa bahang dimuka.
"Emmm...pasal tu. Don't worry lah. Tapi maaflah boss. Saya terima tu sebab petunjuk dari Allah and saya masih belum sukakan boss." Aku memegang belakang tengkukku yang dilapisi tudung.
"Belum suka?" Mukanya diangkat dan jelas senyuman sinis terpamer.
"Emmm...ye lah. Belum suka." Aku menoleh memandang lain.
"Nanti aku buatlah kau suka aku. Cinta selepas nikah tu kan indah." Emir menghirup air nya yang baru sampai sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Dush!
Terkena peluru kenyitan mata Emir ke hati ku.
Apasal aku nak berdebar bagai pulak. Arghhh...malunya aku.
"Whatever lah. Cepatlah makan tu. Saya nak balik office cepat."
"Makanan belum sampai lah lagi lah Sya oii sayang." Emir ketawa kecil.
Aku terus memandang meja.
Alamak! Memang betul lah makanan belum sampai. Apasal lambat sangat makanan ni sampai ke aku yang terasa lama duduk kat sini? Desis hatiku tidak menentu.
Emir menongkatkan dagunya sambil memandang aku dengan senyuman tak dapat ditafsirkan.
Aku menjelingnya. Rasa seram sejuk pulak dipandang begitu oleh lelaki.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...