Bab 33

5.8K 219 1
                                    

"Emir,mak nak kamu bawa Hasya sekali ye." Kata Datin Zulaikha di telefon dengan nada yang serius.

"Ok mak. Petang ni kan. Kat tempat biasa?"

"Ye, jam 3 petang ni. Tu je." Datin Zulaikha terus mematikan talian.

Emir tersandar pada kerusi nya dan mengeluh kuat.

Kenapa ini ujian yang kau berikan kali ni ya Allah. Astaghfirullah Ya Allah.

***********

"Assalamualaikum aunty." Aku tersenyum manis dan menghulurkan tanganku untuk bersalaman.

"Waalaikumsalam. Eh,sejuk tangan kamu ni. Ok ke? Demam?" Datin Zulaikha meletakkan tapak tangannya pada dahiku.

Aku terkejut dengan tindakan Datin.

"Eh,ok je. Cuma aircond kereta je yang kuat. Tu sebab tangan ni sejuk." Aku tersengih dan mengambil tempat berhadapan Datin.

"Baguslah tu. Aunty nak cakap something penting ni." Muka Datin bertukar serius.

Aku dan Emir saling berpandangan silih berganti. Serius sangat ni.

"Boleh je aunty. Cakaplah." Dadaku sudah berombak laju.

"Tapi ini berkaitan hidup Hasya jugak ni. Sebelum tu,aunty nak minta maaf ye." Datin Zulaikha sudah menggenggam tanganku.

Aku memandang Datin yang sudah tertunduk. Dan kemudiannya memandang Emir yang kelihatan tenang.

"Mak kamu ada cakap pasal hantar rombongan meminang kan."

"Ada. Kenapa?" Soalku hairan. Apa kaitan nya dengan Datin kan.

"Sebenarnya aunty yang hantar rombongan meminang tu." Datin terus mengangkat mukanya memandang aku

Aku terus terbeliak. Takkan Datin nak aku kahwin dengan anak sengal dia ni.

"Tapi kenapa aunty nak hantar rombongan pulak. Saya takde kaitan pun dengan Emir melainkan menjadi assistant dia." Aku makin berdebar. Laju kedengaran berdetak.

"Aunty nak kamu kahwin dengan anak aunty. Aunty nak nampak dia kahwin sebelum aunty pergi dan aunty rasa Hasya calon paling bagus." Genggaman tanganku dieratkan lagi.

"Apa ni mami. Cakap pasal pergi-pergi pulak. Emir masih nak jaga mami lah." Marah Emir. Dia paling tak suka bila mami nya mengaitkan topik meninggal ni.

"Orang cakap jelah." Datin Zulaikha memukul lengan Emir lembut.

Aku sudah tak keruan. Tak boleh nak fikir betul. Apa patut aku buat ni? Kekoknya.

"Sebelum tu, Emir setuju ke nak kahwin dengan saya?" Soalku. Takkan lah dia nak kahwin dengan aku yang biasa-biasa ni.

"Dia yang suruh aunty hantar rombongan meminang. Tapi itu pun sebab aunty suruh dia cari calon sebelum aunty yang pilih kan. Tapi aunty memang nak sangat Hasya jadi menantu aunty." Datin tersenyum manis.

Alahai...macam mana ni. Nak ke tak? Tapi aku tak nak. Apa lagi dengan mamat yang pelik ni. Lagipun aku still muda.

"Nanti saya fikirkan ye aunty." Aku menghadiahkan senyuman walaupun kekok.

Bila aku fikirkan balik. Bagus aku istikharah. Petunjuk Allah tu yang terbaik. Mana tau depan mata aku ni adalah jodoh ku.

Tapi kenapa dia pilih aku pulak? Siap hantar rombongan lagi.

"Oklah Sya. Pesanlah minuman dengan makanan. Biar anak aunty yang bayar." Jemput Datin.

"Emir pulak." Kata Emir sambil mencebik.

"Eppp...jangan melawan."

"Ok." Cebikan Emir makin panjang sedepa.

Aku hanya mampu tertawa kecil melihat dua beranak ni. Comel je.

************

"Hello boss. Saya dah dapat orang nya." Bisik Joe kecil. Dahlah bertelefon. Berbisik pulak tu. Macam mana nak dengar jelas.

"Tak payah bisik-bisik lah. Bagus. Good job. Jumpa kat tempat biasa sekarang. Sempat lagi ni sebelum jam 8 malam ni."

"Ok bossku." Joe mematikan talian.

Emir tersenyum kemenangan. Finally,jumpa jugak si pelaku tak guna.

**********

"Ni bukti-bukti dia boss. Memang ternyata dia yang lakukan. Tapi penyebar berita palsu ni diupah oleh tuan dia. Tuan dia perempuan ni." Joe mengeluarkan gambar dari sampul berwarna coklat.

Emir terkejut. Tak sangka orang yang dia syak main-main tu pelaku sebenar dia.

"Kate?! Kenapa dia buat semua ni? Dia orang paling aku percaya and dia ada kat tempat kejadian time tu." Soal Emir hairan.

Fikirannya celaru. Dia ada dendam kat aku ke? Tapi kenapa dia tolong aku time terangkan dengan reporter perkara sebenar? Dia ke yang manipulasi semua khabar angin tu?

"Maaflah boss. Mesti boss tak percayakan. Tapi yang saya taulah pasal khabar angin hari ni,dia yang putar belitkan."

"How?! Tell me!" Emir sudah mulai panas. Berani cari pasal dengan boss sendiri ye.

"Saya tanya pada salah satu reporter yang datang kemarin. Dia kata yang Kate beritahu benda ni. Dia kata jugak yang kononnya Kate terpaksa cakap benda tu di depan reporter.

So,lepas boss dengan yang lain-lain dah naik ke atas,dia kononnya bagitau perkara sebenar yang assistant boss tu tengah mengandung." Terang Joe panjang lebar.

Emir menghentak meja kuat. Geram akan benda yang jadi. Kenapa dia boleh tak perasan. Tapi...

"Tapi Joe, reporter dah pergi dulu sebelum kami naik." Soal Emir.

"Tu yang saya nak cakap ni. Kawan sekongkol Kate ni adalah reporter boss. So,boleh je dia jumpa kat luar lepas reporter semua tu dah pergi dan putar belitkan cerita." Terangkan Joe lagi.

Emir berfikir sejenak. Betul jugak apa yang dia cakap. Nasib baik dapat spy dan penyiasat yang bijak.

"Ni sampul yang ada barang bukti. Boss selesaikan lah. Nak bawa ke balai polis pun boleh." Joe menyerahkan sampul yang mengandung barang bukti.

"Thank you so much Joe. Tapi Joe aku nak kau bantu satu hal lagi."

"Apa dia tu?"

Emir mahu mengenakan Kate dengan menyebar bukti ni di internet dan media sosial.

"Ok boss. Boleh je."

Emir tersenyum puas. Puas hati kerana apa yang Kate dah buat akan terbalas balik. Serve you right.

Time buat Bab ni semangat sangat. Happy sangat bila dapat vote and orang baca. Vote please guys.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now