Bab 3

11.2K 276 0
                                    

"Hello Adam, Emir pengsan lah. Tolong datang cepat di syarikat Emir ni.Sekarang juga." Ryan menelefon sahabatnya.

"Ok ok. Aku datang sekarang."

Tengku Adam merupakan doktor di hospital milik bapanya. Dia juga salah seorang daripada kawan baik kepada Emir dan Ryan.

Tok! Tok! Tok!

Pintu dibuka perlahan. Kelihatan Tengku Adam datang dengan senyuman manis bak gula.

"Assalamualaikum Ryan." Tengku Adam memulakan bicara.

"Waalaikumsalam. Hahh...kenapa Kau senyum sumbing pula tu? Aku nak Kau periksakan kawan kau ni. Takut penyakit lama dia datang." Ryan cemas.

Tengku Adam dengan riak tenangnya mula mendekati Emir.

"Kau buat apa kat sini? Tepi lah. Shuh shuh." Tengku Adam menghalau Ryan ke tepi apabila dia masih di sisi Emir.

"Ishh ye lah, aku tau lah." Ryan berganjak ke belakang.

Selang 5 minit...

"Alhamdulillah, keadaan Emir stabil. Nasib baik penyakit lama dia tak datang cuma perut dia tu. Apasal pula bengkak tu? Ditumbuk ke?" Muka Tengku mulai tersenyum sinis.

Sebelum ni tiada sesiapa yang berani memukul Emir melainkan kawan-kawannya. Siapa gerangan yang berani menyentuh Emir?

"Aku tak tau lah. Aku datang je, dia dah memang pengsan. Tapi hari ni dia ada temu duga untuk PA baru dia." Ryan menguis-nguis dagunya yang bersih.

"Takkan perempuan pula yang pukul dia. Emir kan sweet talker kalau dengan perempuan yang cantik lagi. Lagipun semua perempuan akan cair punyalah." Kata Tengku Adam dengan yakin.

"Ntahlah Dam. Aku katakan aku tak tau. Kau tanyalah dia sendiri nanti. Aku belahlah dulu." Ryan terus mengambil barangnya di atas meja.

"Woi...siapa nak jaga Emir ni?"

" Kau lah yang jaga. Apasal pula aku yang jaga. Kau kan doktor. Dah lah. Aku nak balik dulu."

Ryan terus keluar dari pintu tanpa menoleh ke belakang.

" Bertuah punya kawan. Jaga Kau nanti, siot." Tengku Adam meninggikan suaranya.

"Jangan bisinglah. Aku masih nak tidur ni."

"Eh, kau dah bangun Mir. Alhamdulillah, hidup juga kau masih." Tengku Adam menyapu mukanya tanda syukur.

"Aku masih hiduplah siot. Suka lah tu kalau aku mati awal." Emir menjeling tajam.

" Amboi-amboi, dah mula lah tu datang perangai budak-budak dia. Merajuk bagai nak rak lah kau ni."

Tengku Adam menarik telinga Emir.

"Sakitlah gila. Aku ni masih sakit lah." Emir menyapu-nyapu telinga yang merah dek ditarik Adam.

"Cakap pasal sakit ni, apasal perut kau bengkak? Siapa yang berani pukul kawan taiko aku ni?" Belakang Emir ditepuk kuat.

Emir menepis tangan Adam. Mukanya disapu perlahan. Hatinya sakit bila terkenangkan peristiwa tadi pagi.

"Kau ok ke bro? Nak aku periksa kau lagi ke?" Tengku Adam bersuara apabila Emir mendiamkan dirinya.

Emir menggeleng perlahan.

"Nantilah aku cerita hari lain kat kau ngan Ryan. Sebelum tu,mana Ryan? Aku rasa dia yang bantu aku kot." Mata Emir melilau mencari kelibat Ryan.

"Kawan bertuah kau tu dah balik. Penat lah katakan." Adam membuatkan mukanya yang tidak puas hati.

"Tak pelah. Biarlah dia tu balik. By the way,thanks bro." Emir mengangkat kening kanannya.

"Takde hal lah. Kau kan kawanku kot. Jadi sekarang ni baik kau kemas-kemas barang kau. Aku nak hantar kau balik rumah."

Emir akur. Dia terus menuju ke office nya yang tidak jauh dari bilik sakit. Nasib baik Adam ada. Tak macam Ryan tu, pentingkan diri sendiri.

                    **********

"Hasya! Bangunlah. Dah nak maghrib kot. Kau belum mandi lagi ni." Aisy menggoyangkan bahu ku lembut.

"Mmmm..." Aku memukul-mukul tangan Aisy yang berada di bahuku. Masih nak tidurlah.

Aisy geram. Kalau pasal tidur, memang susah sangat nak bangunkan aku. Nanti aku salahkan dan termarah pula kat Aisy.

"Bangunlah makcik!!!" Aisy menjerit pada telinga ku.

Apalagi, aku terus terduduk dengan mata yang terbeliak. Aku memandang tajam Aisy. Aisy membalas pandanganku.

"Sakitlah telingaku siot. Kau nak aku pekak ke apa?" Aku meraup mukaku. Masih mengantuklah tu.

"Kau tu kalau tak diteriak,tak kan bangun punyalah. Macam kau tak biasa aku teriak kau hampir setiap hari." Aisy menunjukkan raut muka mengejek.

"Aku masih stresslah pasal hal tadi pagi. Aku nak tidur kejap lagi la."

"Cakap pasal hal tadi tu,cerita lah kat aku dari A sampai Z. Cerita yang detail punya.Please..."
Aisy mencuit-cuit bahu aku.

"Kacau la kau ni. Ye lah, aku cerita sekarang tapi lepas ni kau tutup mulut kau. Kalau tak..." Tanganku terus menunjukkan penumbuk.

Aisy tersengih-sengih. Gembira lah tu.

"Si Emir tu cuba nak kiss pipi aku. Tapi aku tendang perut dia. Tu je yang kau perlu tau. Tak perlu nak detail sangat." Aku beriak biasa. Biasalah,baru bangun tidur.

Yang terkejut nak mampus tu si Aisy. Terbeliak kedua belah biji matanya.

"What!!! What the hell lah si Emir tu. Bak aku jumpa dia sekarang." Aisy terus berdiri dengan tangannya dikepalkan.

Memang bakal rasa penumbuk lah jantan ni. Aisy berdiri dan menghentak meja di hadapannya.

"Apasal kau yang frust giler ni. Aku dah bagitau kau kot tadi pagi. Lagipun aku yang jadi mangsa dia lah." Aku menarik Aisy untuk duduk semula.

"Of course la aku marah. Kau tu kawan aku tau."

"Ye lah. Terima kasih jadi kawan yang caring la sangat. Padahal aku cerita tadi pagi, kau tak kesah pun. Acuh tak acuh je." Aku terus memalingkan badanku dari memandangnya.

" Heheheheh...sori ya.By the way,teman aku belanja barang dapur esok." Aisy menukar topik.

"Malam ni pun boleh." Aku menunjukkan sebaris gigiku yang rata.

"Good girl. So,mandi lah sekarang. Cepat!" Aisy mengarahku. Kalau tak diarahkan,memang tunggu lah kau setengah jam.

"Nak mandilah ni. Nasib baik aku tak solat tau." Aku terus mengambil tuala dan terus meluruh ke bilik mandi.

"Whateverlah. Yang penting, lepas ni kita pergi mall."

Aisy keluar dari bilik ku untuk pergi bersiap sementara menunggu kawannya yang super siput tu. That's me. Hohohoho

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now