"Urghhhhhhh..."
Hasya sekuat hati meneran.
Yeah! Dah sembilan bulan dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Baby will be born!
"Sayang, abang ada kat sini. Sayang kuat ye." Emir memegang tangan Hasya yang sudah dipenuhi dengan peluh.
Kali ini Emir melihat dengan matanya sendiri betapa susahnya isterinya bertarung nyawa untuk melahirkan bayi yang dijaga selama 9 bulan itu. Sama seperti ibunya yang sudah melahirkan nya di muka bumi ini.
"Urghhh..." Dengan muka merah padam, Hasya meneran sekuat hati.
Tangan Emir digenggam sekuatnya. Peluh merintik di dahi.
"Uwekkkk..." Kedengaran suara si kecil yang telah pun lahir di muka bumi Ilahi.
"Tahniah cik. Anak lelaki." Jururawat itu membersihkan bayi itu terlebih dahulu dan kemudiannya membungkus ayi itu dengan tuala berwarna biru. Setelah bayi itu bersih dari darah, jururawat itu memberikannya kepada Emir.
Hasya tersenyum memandang Emir dengan mukanya yang lesu dan dibanjiri dengan peluh itu. Emir juga tersenyum girang melihat Hasya walaupun hakikatnya dia kasihan pada isterinya.
Kemudiannya Emir mengumandangkan azan pada telinga kanan si kecil. Semoga dengan azan tersebut mampu menanamkan keimanan pada hati si kecil.
Selesai sahaja, Emir terus mendekati Hasya yang terbaring lesu dan memberikan bayi itu pada dakapan Hasya.
"Abang pergi panggil mami dengan mak kejap." Emir mahu keluar tetapi tangan Hasya terlebih dahulu menarik hujung bajunya.
"Kejap bang. Sebelum tu, Hasya nak namakan dia. Nak nama kan dia Ikmal. Bolehkan bang."
"Boleh je tapi macam ada yang kurang sikit. Abang nak tambah Hakimi lah. Sesuai juga, IKMAL HAKIMI. Kan sayang."
"Haah bang. Sayang suka dengar nama tu. Ok bang, thank you. Boleh lah panggil mami ngan mak." Hasya tersenyum riang dengan mukanya yang pucat lesu itu.
Emir menyapu kepala Hasya yang dibaluti selendang itu dengan senyumannya yang sayu dan kemudiannya keluar memanggil mak dan mami.
"Ikmal Hakimi, comel ye anak lelaki mak ni. Mata je ikut umi, kulit rambut mulut hidung semuanya ikut babah dia." Hasya mengomel sendiri dan mengucup dahi anaknya yang sedang terlena.
Pintu wad terbuka luas.
"Hasya anak mak. Ok ke?" Mak terus memeluk Hasya.
"Ok je lah mak. Tengok lah cucu mak ni. Comel kan. Ikut mata umi dia yang comel ni." Hasya tersengih-sengih sambil memuji dirinya.
"Emm, yalah nak. Mengada sangat. Tapi hidung mulut dia ikut bapa dia."
Mak mengangkat Hakimi ke pangkuan mak.
Mami yang turut sama teruja melihat cucu lelaki comel dia bertukar tangan dengan mak.
Wad bising dengan gelak ketawa kami.
*************
Malam itu aku terus di bawa ke rumah mami. Kata Mami, Mami nak jaga cucu dia ni hingga dah besar 6 bulan.
So, kami akur je. Lagi bagus supaya senang nak berpantang.
Emir mengangkat ku ke bilik tetamu di tingkat bawah.
"Abang nak minum kejap. Sayang nak air?" Tutur Emir lembut.
Makin gentleman abe aku sorang ni. Huhu...
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...