Bab 42

6.1K 171 0
                                    

"Semuanya dah beres. Lengan dia dah dibalut. Tapi time aku bersihkan luka lengan dia,luka lengan dia tu terbuka semula and banyak darah keluar. So,jangan bagi dia buat kerja kuat-kuat,ok." Terang Tengku Adam panjang.

Emir menggangguk. Matanya dari tadi tertancap pada pintu tempat merawat pesakit.

Tengku Adam menggeleng. Dah suka lah tu kat Hasya.

"Kalau nak jenguk dia, masuklah."

"Terima kasih ye Adam." Emir terus berdiri dan segera masuk di bilik yang menempatkan aku.

"Assalamualaikum." Pintu terkuak sedikit.

"Waalaikumsalam." Aku terus segera menapuk lengan ku yang berbalut apabila mendapati Emir masuk.

Emir masuk dan duduk pada kerusi bersebelahan ku. Tiada perkataan langsung keluar dari mulutnya.

Aku jugak tidak bersuara. Kekok dengan keadaan kami yang berdua ni.

Tak boleh biar ni...baik aku yang mula cakap dari terus membisu. Naik kekok aku dibuatnya.

"Eh boss. Dah makan ke? Dah tengah hari ni. Nak makan sama."

Apa aku cakap ni?! Harap dia tak salah faham. Gumam hatiku marah.

"Lengan kau tu dah ok ke? Boleh ke kita pergi sekarang?" Soalnya pulak.

"Emmm...boleh kot. Sebab luka lengan saya ni dah dicuci and dibalut. Tinggal minta ubat antiseptik je ni." Aku bercakap pada Emir tapi mataku memandang arah lain. Kekok pulak aku kali ni.

"Jom lah makan. Kat mana kau nak makan?"

"Boss lah. Nanti tak kena cita rasa boss pulak. Saya ni makan je kat mana-mana." Aku sekali sekala memandang jam tangan ku. Cepatlah...nak keluar ni.

"Makan kat mana-mana? Takkan kau makan kat jamban jugak." Emir tersenyum sinis. Sengaja mengenakan aku.

"Hampeh betul lah boss ni. Takkan lah saya nak makan kat tandas pulak kan. Kat tandas tu tiada apa-apa. Maksud saya tu makan kat warung tepi jalan tu je." Aku memalingkan mukaku ke tepi. Poyo punya mamat.

"Eh eh, dah pandai menjawab pulak ye. Kasar pulak tu." Emir masih tidak lekang dari senyuman sinis nya.

"Dah lama kot saya cakap macam ni dengan boss. Boss tu je terlebih poyo. Tu yang suka menyakat tu." Aku melawan cakap. Aku Jeni's yang susah nak mengalah kalau bab berdebat ni.

"Entah lah apa jadi kalau dah jadi bini aku ni. Entah-entah, setiap hari membebel." Aku memandang ke tempat lain bila menyebut pasal rumah tangga.

Mataku ku bulatkan. Dia dah tau ke? Cepat betul informasi tu sampai. Desis hatiku.

Mukaku merona merah seperti tomato.

"Dahlah. Saya lapar ni. Jom lah makan." Aku terus menukar topik. Kalau diteruskan, memang tak lalu nak makan lah jawabnya.

Emir menggangguk dan terus berdiri membukakan pintu untuk ku.

Kalau orang dah bukakan pintu,lalu je lah kan.

"Well,thanks hantar saya ke klinik." Suaraku kecil tapi jelas kedengaran di telinga Emir.

"Sama-sama dear." Emir tersenyum bahagia dan memandang mukaku yang berdiri hanya bersebelahan dengannya.

Aku tunduk sebaik sahaja anak mataku bertembung dengan anak mata Emir dan terus melajukan langkah ku meninggalkan Emir dibelakang.

"Eh eh,macam pengantin baru je korang dua ni erk. Bilnya tak perlu risau. Aku bagi free untuk hari ni." Tengku Adam menyampuk. Nasib baiklah dia menyampuk. Kalau tak...kekok habis aku kat sini.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now