Bab 71

5K 153 9
                                    

Selepas beberapa hari di hospital dan akhirnya aku dan Emir pun keluar hospital.

Perkara aku paling tak suka sangat adalah duduk hospital tu lama-lama. Bau ubat tu setiap hari aku hidu.

"Tengah hari ni kita dah boleh keluarkan."

Nasib baik aku dan Emir dalam bilik yang sama. Senang sikit nak bercerita. Takdelah bosan duduk sendiri dalam bilik VIP ni.

"Yup sayang. Tapi keluar dari hospital ni abang nak ke balai polis dulu." Kata Emir sambil mengemas barangnya.

"Eh, bukan dah selesai ke?" Soalku hairan.

Dua hari lalu, mastermind kes tu dah ditangkap tapi aku tak tahu lah siapa dalangnya. Kalau aku jumpa dia, memang aku cekik-cekik orang tu.

"Nak jumpa mastermind tu. Kata Ryan dia tahu tapi dia suruh aku yang jenguk sendiri balai."

"Memang sesuai lah tu. Aku pun nak tahu juga siapa dalangnya." Aku tersenyum sinis.

Aku nak ejek orang tu sebab bangang sangat nak cari pasal dengan aku.

"Ok Sayang. Dah siap-siap kemas barang tu. Tak lama lagi nak check out hospital." Kata Emir sambil tangannya sibuk melipat kain kotor.

"Hehe. Ok." Aku menurut katanya.

************

"Maaf encik. Saya Emir Naufal dan ni isteri saya Ainin Hasya nak jumpa dalang kes tempoh hari kat grandest hotel."

"Ooo...encik dan puan yang kena serang kat hotel tu kan. Sekejap ye encik. Boleh duduk kat sana ye."

Polis itu menunjukkan kami tempat untuk berjumpa dengan orang yang tak guna tu.

Selang 3 minit, polis tadi muncul bersama seorang gadis yang berambut perang.

"Kau!" Emir terkejut.

Aku juga turut sama terkejut kerana gadis itu adalah ex-girlfriend Emir, Kate.

Kate hanya diam dengan matanya yang sembam dan mukanya yang pucat.

"Kenapa kau buat semua ni?! Kau pun dah tau semua ni jenayah kan!" Sergah Emir.

"Emir, sabar. Jangan nak marah sangat. Polis tu dah tengok kita." Kataku cuba menenangkan Emir.

Emir mengambil nafas dalam dan menghembuskan nafasnya perlahan.

"Tell me Kate. Kenapa? Kenapa kau buat semua ni?" Soal Emir lagi.

Aku hanya berdiam diri tapi dalam hati dah membara-bara nak siat-siat kulit perempuan gila ni.

"Kau nak tau kenapa. Sebab perempuan ni lah! Kalau aku tak dapat kau, dia pun takkan dapat kau lah! Semua ni takkan jadi kalau kau tak reject aku lah Emir! Kau punca aku jadi macam ni!" Marah Kate sehabis-habisnya.

Dia mula meronta-ronta apabila polis cuba menenangkan dia.

"Maaf encik. Saya kena bawa dia masuk." Kata polis itu sambil menahan Kate yang tengah meronta-ronta.

"Ok encik." Jawab Emir dengan keningnya yang berkerut.

"Hek eleh perempuan ni. Dah memang dia yang salah, nak salahkan orang pula." Kataku kecil tapi boleh didengari oleh Kate.

"Apa kau kata perempuan?! Kau memang nak kena ni!!!" Rontaan Kate semakin menjadi-jadi.

Aku menjelingnya tajam.

"Maaf ye encik dan puan."

Gedebuk!

Seorang doktor tiba-tiba datang dan memberikan suntikan pada Kate.

Setelah diberikan suntikan itu, Kate pengsan.

Aku menjelingnya geram dan berlalu pergi bersama Emir.

Cemburu memakan diri.

Itu apa yang aku selalu dengar. Nasib lah aku tak jadi macam dia. Terlalu buta dengan cinta sampaikan lupa kepada penciptanya.

"Sayang, jom balik. Lapar." Aku merangkul tangan kanan Emir.

"Ok baby sayang." Emir hanya membiarkan perbuatan ku.

Bab kali ni kurang menarik sikit tapi saya akan cuba yang terbaik. Ok guys, read and vote. Thanks my lovely reader. Mungkin dalam beberapa bab lagi, Saya akan tamatkan Wattpad ni.

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now