"Ok boss. Jom settle kan benda ni. So,apa plan boss? InshaAllah saya ikut. Kalau rancangan oklah."
Aku terus melabuhkan punggungku di kerusi berhadapan Emir.
"Aku harap kau boleh ikut plan aku. Tapi plan aku ni complicated sikit sebab kau watak paling penting dalam plan ni."
"Apalah plan nya tu boss?" Soalku.
"Kau ikut aku ke klinik Tengku Adam untuk buat ujian pregnancy. Aku nak bawa reporter sewel tu semua ke klinik dia and kasih sentap diorang yang kau tu tak mengandung. Apa macam? Ok kan." Emir sudah tersenyum senget.
"Uiii...straight to the point lah boss ni. Takde lah kias-kias sikit. Terkejut saya dengar plan boss ni." Aku sudah mencebik. Bak lah boss sengal harimau ni bagi kias-kias sikit.
"So,ikut plan aku atau kau ada plan?"
"Ok je. Setakat buat ujian pregnancy. Apa je tu. Kacang je macam kacang hijau digoreng. Biar reporter tu tau yang aku ni still virgin."
Aku setuju dengan idea Emir tu walaupun menyusahkan.
"Bagus-bagus. Tak susah pujuk kau ni ye. Nasib baik ada pekerja yang dengar cakap. Kalau tak...memang dah kena potong gajilah jawabnya." Emir menyilangkan kakinya dengan tangan sudah berada di atas paha.
Tiba-tiba telefonku berdering yang mendendangkan lagu 'Biar Aku Yang Pergi'.
"Saya jawab ye boss." Aku tersengih.
"Jawab lah."
Aku sudah menelan liur melihat nama si pemanggil. Mak aku yow.
"Hello...Assalamualaikum mak. Pa kabar?" Hatiku sudah berdetak kuat. Takut mak marah.
"Waalaikumsalam nak. Balik ke hujung minggu ni?" Jawab Puan Rusna.
Dahiku sudah berkerut. Mak tak tanya pasal khabar angin tu ke?
"Emmm...jap ye mak." Aku menjauhkan telefon dari mulutku.
"Boss,cuti hujung minggu ni boleh ke?" Soalku sekali lagi. Sebenarnya dah dapat cuti tapi nak kan kepastian lagi.
"Kan aku dah cakap boleh. Oh ya,kirim salam kat mak kau. Cakap dari boyfriend kau." Emir tersenyum sinis.
Ek eleh mamat ni. Itu pun sebab aku belum terangkan kat mak lah.
Aku hanya menggangguk.
"Hello mak. Kata boss Ain,boleh je. Cuti 3 hari dan..."
Mak terus memintas kataku. Belum habis aku cakap dah dipotong. Alahai mak ku.
"Jap dulu. Bukannya boss kamu tu yang datang rumah tu hari kan."
"Emmm...ye. Dialah tu. Dia kirim salam kat mak."
Aku memandang Emir yang sudah tersenyum bangga. Ceh,dasar mamat pembawa masalah.
"Waalaikumsalam. Kak Aisyah ada telefon tadi pasal khabar angin kau dengan boyfriend kau. Betul ke tu?" Suara mak kedengaran serius.
Gulp!
Mamposlah aku.
"Tak lah mak. Reporter tu buat citer sembarang pasal Ain ngan Emir. Kami dah terangkan tapi keluar pulak pasal benda merepek." Aku memegang dadaku disebalik tudung.
"Tapi kata Kak Aisyah siap ada gambar lagi. Betul ke Ain tak mengandung atau tidur dengan dia?" Soal mak.
"Mak tak percaya Ain ke? Esok Ain akan buktikan. Biar mak ngan Kak Aisyah percaya 100 percent." Kataku yakin.
"Mak percaya yang anak mak tak salah. Dah lah. Bersihkan nama kamu dua dulu. Lepas tu,baru balik kampung ye."
"Ok lah mak. Nak sambung kerja dulu. Sa...yang mak sangat. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Eh...sampaikan salam mak kat bakal menantu handsome mak tu."
Handsome lah sangat. Tapi memang handsome pun si budak kacukan ni.
"Emmm...ok." Aku mematikan talian.
Emir dari tadi duduk memerhatikan aku yang bertelefon.
"Mak saya kirim salam." Aku menjugilkan mataku. Suka lettuw cari pasal sama orang.
"Waalaikumsalam." Emir tersenyum manis.
Aduii boss. Jangan senyum kat saya begitu. Nanti tercabut jantung hati saya ni.
"So,bila nak buat plan tu?"
"Petang ni atau malam ni. Ok?"
"Malamlah. And aku bawa Aisy sekali ye. Kau bawa Ryan sekali."
"Deal. Dah buat kerja kau di luar. Kalau ada orang serbu kau,panggil aku."
Wowww!!! Boss Emir caring kat sayalah. Hahahahaha.
"Ok." Aku terus membuka fail yang dari tadi ditanganku.
"Schedule hari ni..."
Emir terus memintas.
"Bila masa kau bawa masuk tu?"
Tu??? Oh...fail lah tu yang boss maksudkan.
"Lepas Ryan keluar. Dah dah. Schedule hari ni dengan Tuan Rahman dibatalkan atas sebab benda ni. Jumpa dengan Datin jam 3 petang ni. Tu je schedule hari ni. Satu je."
"Mami aku nak jumpa? Satu je schedule aku hari ni? Tu je?" Soal Emir bertalu-talu.
"Yelah. Dah saya cakap camtu. Begitu lah. By the way, takziah untuk projek dengan Tuan Rahman." Balasku.
"Hek eleh budak ni. Kalau satu projek hilang,boleh mengancam gaji kau jugak."
Aku terus terbeliak. Ya Allah. Duit makin kurang lah maksud dia ni. Tak boleh jadi ni.
"Harap kita boleh basmi otak reporter tak tau di untung tu. Sekali lagi,takziah boss. Tapi boss tak frust ke? Biasanya kalau dalam drama melayu mesti frust gile boss diorang."
Aku hairan. Tak kan lah boss muda ni tak frust hilang projek. Dia masih muda kot."Frust tu memang lah tapi kata mak aku, kena tenang dalam semua benda yang jadi. Minta pertolongan dari Allah." Kata Emir sambil memandang foto Puan Zulaikha yang berada di atas mejanya.
"Tapi saya nak tanya lah boss. Kenapa sebelum ni boss jadi playboy? Tapi pengetahuan agama boss ok dan terbaik je." Soalku hairan.
Mana tak hairannya,sebelum ni berpegang-pegang dengan perempuan suka lantak dia je. Tapi hebat je dalam soal agama.
"Kalau pasal benda tu,kau tak perlu tanya. Cukuplah aku dah berubah. Aku tak nak ingat pasal benda lepas." Emir sudah tunduk dengan tangan ditongkatkan di dahi.
Benda lepas? What happened?
"Ok lah. Saja je nak tanya. Yang penting,bagus sangat lah tu boss dah berubah." Aku melemparkan senyuman manis.
"Saya nak keluar dulu boss. Sebab saya rasa semua sibuk pasal benda ni dan projek. So,saya pun nak tolong sama jugak." Aku berdiri.
Emir mendongak. Mukanya seperti anak ayam comel.
Dahiku mulai berkerut. Dah kenapa dia buat muka comel ni?
"Tolong aku." Emir membuatkan matanya menambahkan seri kecomelannya.
Aduiii...bersinar benar muka dia ni. Comel plus handsome. Kalau boleh nak dicubit pipi dia ni sampai koyak.
"Nak minta tolong apa?" Aku cuba berlagak biasa.
"Buatkan teh ais." Emir tersenyum.
Macam nak pukul pulak dia ni. Mengada sangat.
"Oklah. Oh ya,lain kali jangan buat muka macam tu lagi. Nanti saya tonyoh muka boss dengan dakwat,baru boss tau." Ditanganku sudah tersedia pen marker permanent.
"Aku yang buat muka, kau yang sakit. Comel ke aku?" Emir ketawa.
Aku mencebik dan terus keluar menuju ke tempat membuat air.
Ceh, setakat muka kau. Banyak je kat luar tu yang lebih baik dari kau.
Maaflah kalau citer watpadd ni saya buat panjang. Sebab idea datang mencurah-curah pulak.
![](https://img.wattpad.com/cover/164358236-288-k740357.jpg)
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
Random-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...