Bab 60

6.2K 198 14
                                    

"Rehat lah dulu. Abang nak pergi ke toilet dulu."

Aku tidak menjawab. Aku hanya melihatnya hingga hilang dari pandangan.

Abang???!!!! Aku terkejut dan terkaku saat dia mengatakan 'abang' tu.

Terus guna abang weiii.

Berdiri bulu roma seluruh badan aku dengar 'abang' tu.

Aku terus baring di atas tilam yang bersaiz king itu.

"Hari ni mesti penat. Majlis pun hingga malam. Mestilah penatkan." Kataku kecil.

Mataku terasa berat disebabkan kepenatan dan make up yang di mata ni.

Tak sampai seminit, aku terus terlelap.

************

"Bangun Sayang. Dah nak jalan ni." Emir menggoyang-goyang badanku untuk membangunkan aku.

Dahiku berkerut.

Sayang?! Dengar perkataan tu buat telinga aku ni berbulu.

Dengan muka separuh sedar,aku bangun.

"Mak dah panggil tu." Kata Emir lembut.

Aku hanya menggangguk.

Malasnya!!! Tak boleh ke kalau majlis tu tak perlu nak buat. Nikah pun dah cukup.

"Sya!!! Emir!!! Cepat! Semua tunggu kamu je lagi ni. Lambat betul pengantin baru ni." Marah mak.

"Ok! Ok!" Kataku kuat.

"Jom cepat!" Emir menarik tanganku.

"Ok raja sehari." Aku menurutinya.

Dah kenapa si Emir ni baik je hari ni. Tak selesa aku di buatnya. Tak sukalah dengan dia yang begini. Tak seronok. Getus hatiku.

Tiba-tiba terasa badanku di awangan.

"Eh! Lepaslah. Aku boleh jalan sendiri." Aku memukul dada Emir.

Malulah aku kalau dinampak begini.

"Lambatlah sayang jalan. Baju tu terlampau besar. Lagi cepat kalau abang angkat." Emir yang membahaskan dirinya abang itu dan membahaskan aku sayang membuat ku terdiam.

Hati ni dah dup dap dup dap dengar perkataan tu. Aku masih tak biasa. Harap si Emir tak dengar degupan jantung aku.

"Piweeeet!!! Baru je nikah terus mesra erk." Ryan mengharu-birukan suasana.

"Uhuuuuu! Patutlah lambat turun."

"Orang tengah berkenalan hati satu sama lain tu."

"Dah! Dah! Cepat naik kereta. Takut lambat pulak. Entah-entah semua tetamu yang kamu jemput tu dah ada di sana." Kata mami membalikkan suasana.

Aku terus menolak Emir menjauh apabila aku sudah diturunkan.

Emir merangkul pinggang ku supaya mendekat. 

Aku menjugilkan mata apabila melihat senyuman sinis Emir.

"Ok mami." Jawabku.

Kami berdua seiringan ke kereta untuk pengantin.

"Boleh tak kalau kita guna awak dengan saya je dulu. Saya masih tak selesa guna dua perkataan tu." Bisikku pada Emir.

"Kenapa? Takde problem pun kan." Emir seperti berbolak balik.

"Bolehlah awak. Bila tiba masanya nanti, saya panggillah guna abang tu." Suaraku makin kecil bila sebut 'abang' tu.

"Ok lah. Tapi bila kat depan mak,mami dengan ayah,mesti guna abang sayang. Ok?"

"Ok." Aku merangkul lengannya.

Emir tersenyum lebar dan membiarkan aku memeluk lengannya.

Nasib baiklah hari ni mood dia baik sangat. Kalau tak, dia nak consider kah benda tu.

"Thanks." Aku memandang nya dengan senyuman yang terkuntum.

"No problem." Emir mencubit pipiku.

"Dah dah lah tu pengantin baru. Cepat lah masuk kereta ni. Baru nikah terus acah romantik." Suara mak yang jelas kedengaran menyebabkan kami terus bergegas.

Lambat sangat kah kami jalan tadi? Aku tak kisah pun. Hahahhhahahahha.

************

Kompang terus digendangkan apabila kami tiba di majlis.

Uuuu...lain debarnya kali ni sebab staff dari company pun ada dijemput.

Staff kat company tiada yang tau hubungan kami sebetulnya walaupun Emir ada announce kat media yang kami bakal berkahwin. Hanya Ryan dan Siew Lin je yang tau.

"Tahniah Hasya."

"Tahniah Boss dan Hasya. Semoga ke anak cucu."

"Uhuuuuu...pasangan secocok. Bagai pinang di belah dua."

Tiba sahaja kami di majlis,aku tak sangka diorang akan sambut kami meriah sangat.

Semua tetamu memberikan tepukan gemuruh. Nervous giler aku.

"Kau chill je." Bisik Emir.

Aku menarik nafas dalam dan hembus lembut.

"Kita nak baik pelamin mahal tu ke?" Bisik ku pada Emir.

"Of course lah." Emir menarikku naik ke pelamin.

Aku hanya menuruti langkah Emir walaupun muka ni dah tahan malu.

Sorry guys. Skrg ni susah nak update sbb baru msuk U. So,doakn lah saya spya bnyk masa utk update lagi

Sweetheart CEOWhere stories live. Discover now