"Kak,ajar Man jawab soalan ni."
Aiman ni kalau rajin,rajin sangat tapi kalau dah datang malas dia nak belajar,tiada siapa boleh halang kemalasannya.
"Sori,akak masih masak. Nanti akak ajar."
"Emmm...oklah." Jawab Aiman acuh tak acuh.
Emir menghampiri Aiman.
"Apa soalan yang kau tak tau tu? Mungkin aku boleh bantu." Soal Emir. Emir lebih prefer guna kau-aku. Terbiasa cakap dengan kawan dia lah tu.
"Soalan ni." Aiman menunjukkan soalan pada buku muetnya.
"Ooo...senang je ni. Begini. Biar aku tunjukkan."
Emir mengajar Aiman soalan yang dia tidak tahu jawapannya.
"Wow...hebat jugak awak ye. Senang faham. Perfect match untuk akak aku." Aiman memuji Emir.
Tapi ke situ pulak dia tujukan. Perfect match? Tak payah makan lah dengan kebaikan dan kekacakan si Emir ni. Kau tak tau dia ni macam mana sebenarnya.
"Ahahhaha...soalan ni hampir sama dengan soalan yang aku pernah jawab sebab aku pun ambil STPM." Emir tersengih.
"Kalau begitu, senang lah nak minta ajar ni. Tapi awak ada berapa hari je kat sini lagi kan,bang."
"Tanya je selagi boleh untuk berapa hari ni. Yang penting fokus kelas. Banyak-banyak doa pada Allah dan qiamulaill. InshaAllah senang masuk pelajaran." Emir menasihati Aiman. Abang mithali kalau begini.
"Itu ke yang abang biasa buat?" Bertalu-talu soalan yang Aiman tanya.
"Iya. Dah jadi rutin tapi dulu lah. Hehe. Dah lah tu. Sambung belajar."
"Oookaayyy... Sebagai balasan ajar Man,nanti Man bawa abang ngan akak sekali jalan-jalan kat tempat favorite Man."
"Bagus. Nanti kau bagi pinjam aku baju lawa kau ye." Sempat lagi dia kenakan adik aku ye.
"Boleh je."
Eh eh,dah jadi rapat. Pandai jugak si Emir ni ambil hati orang ya. Aiman ni bukan orang yang senang nak bawa gaul melainkan orang yang dia rapat. Tak sangka Emir boleh rapat dengan dia.
**********
"Ni tempat favorite Man. Warung Pakcik Samad."
"Kenapa kau bawa boss aku kat sini? Dia ni mana lah biasa makan kat warung bagai ni." Bisikku kecil pada Aiman.
"Belum cuba belum tau. Jom." Aiman menarik tangan ku.
"Boss okay ke makan kat warung je." Aku risau. Nanti tak sedap, dia bising-bising. Mudah-mudahan tepatlah citarasanya.
"Aku ok je lah. Ingat aku ni apa,huhh."
"Okok boss. Jangan marah." Aku tersengih.
"Biar Man yang pergi pesan makanan special kat sini." Aiman terus ke kaunter untuk memesan. Kaunter layan diri ye.
***********
"Bakso jawa special. Gerenti sedappp..." Aiman menunjukkan thumbs up.
"Boleh percaya ke ni? Setahu akak bakso sedap ni senang dapat kat Sabah je. Takpe biar kami cuba. Tapi boss okay ke makan ni?" Soalku ragu.
Boss aku ni kan orang kaya, takkan lah dia nak makan bakso murah ni je.
"Like Aiman said, belum cuba belum tahu. It's okay lah." Emir terus menghirup bakso di hadapannya.
Terbungkang luas mata Emir selepas menghirup bakso itu. Dia diam tapi terus memandang aku.
"Tak sedap ke boss?" Peluhku sudah merenik. Aduiii...susah lah kalau tak sedap. Nanti Dia mengamuk...
"Sedap lah." Emir terus laju menyambung makan baksonya.
"Sedappp?" Aku terus menghirup bakso itu.
"Kan Man dah kata sedap. Sebab orang yang masak ni dari Sabah. Lagipun family dekat dia orang Indonesia." Aiman cerita panjang tentang pemasak bakso itu.
"Tak rugi makan kat sini. Kalau korang nak pesan lagi,pesanlah. Biar aku yang bayar." Emir bercakap sambil makan baksonya.
"Eh,tadi Man kan yang kata nak belanja awak dengan akak."
"Takpe. Habuan kau lah sebab bawa aku kat sini." Emir masih menikmati baksonya dengan berselera. Suka sangat dia dengan bakso tu.
"Ini kali pertama boss makan bakso?" Soalku. Aku pun nak jugak tau kan. Well,dia kan kaya. So,mesti lah dia makan western food je.
"Taklah. Dah berkali-kali tapi tempat yang aku pergi tu takde yang sedap macam ni?"
"Baguslah kalau boss suka. Nanti balik KL boleh kita singgah untuk bungkus bagi datin."
"Bagus idea kau tu."
Tangan Emir sudah hinggap pada kepalaku yang berlapik tudung itu. Dia menyapu-nyapu kepalaku tanpa ku sedar sebab aku tengah tunduk menghirup sup bakso.
"Ehemm...tangan tu." Aiman memukul-mukul tangan Emir yang hinggap di kepalaku itu.
"Oopppsss...sori. Tak sedar." Emir tersengih.
Kau dah kenapa buat begitu kat Hasya? Dahlah adik dia kat situ. Apa kau fikir ni?" Bentak hati Emir.
"Boss...ada orang datang lah." Aku mengejutkan boss dari khayalannya.
"Mana?"
"Tuuu..." Aku menunjuk lelaki yang tinggi dan tegap itu.
Lelaki itu memakai apron dan menuju ke arah kami. Mungkin tukang masak bakso ni kot.
"Sedapkah bakso ni? Saya nak minta pendapat kamu berdua." Lelaki itu meminta pendapat kami tentang bakso nya.
" Sangat sedap bakso ni. Kalau saya, saya akan bagi lima bintang. Awak tukang masak kat warung ni?" Emir memberi pendapat nya.
"Aduiii...malu pulak saya ba. Iya, Saya pemasaknya.Terima kasih banyak ya makan kat warung kecil saya ni. Saya baru buka dua minggu lalu." Kata pemasak itu dengan bahasa Sabah nya yang pekat itu.
"By the way,saya Emir Naufal. Panggil Emir." Emir menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan.
"Aku Akmal Khoir. Eh,terkeluar pulak Sabah saya. Panggil Akmal atau Khoir." Pemasak itu atau boleh dikenali Akmal menyambut huluran Emir.
"Saya nak pesan satu lagi. Kau Sya? Man? Nak lagi?"
"Bungkus satu." Jawabku. Nak bungkus untuk mak kat rumah tu.
"Tak lah. Dah kenyang. Lagipun aku selalu lepak kat sini,kan bang Khoir."
Aiman menggelarnya dengan Khoir. Dah rapatlah tu dengan abang warung ni.
"Itu jak ya.Bah,saya cuba siapkan cepat ya." Akmal terus berlalu pergi ke tempat masak.
"Apsal bungkus satu je? Tak bungkus lebih?" Soal Emir hairan.
" Bungkus untuk mak kat rumah."
"Ooo...okay. Kau jugak paling terbaik Man."
"Ini Aiman Harraz lah." Bangga Aiman. Suka lettuw dipuji.
"Lepas awak makan ni, Aiman bawa putar-putar area ni lagi,kay?"
"Okay. Beres." Emir terus menghirup bakso yang sudah sampai dengan cepat.
Tak sabar lah tu nak putar-putar. Well,dah lama tak cuti. Santai di posisi dulu.
Maaf sebab bab kali ni biasa-biasa je. Tiada yang nak di excited kan sangat. InshaAllah next part ni. Please vote.
YOU ARE READING
Sweetheart CEO
De Todo-completed -my first Wattpad -Just suka-suka ja, tidak mengaitkan dengan sesiapa pun -Jangan plagiat tau Pertemuan Emir dengan Hasya menyebabkan Hasya menjadi sasaran Emir disebabkan pertemuan pertama kali yang teruk untuk kedua-dua belah pihak. Sia...